November 2007


12 hari saya tidak melihat laman ini, saya ada kerja diluar kawasan. Kerjanya di KL. Sempat tengok perhimpunan Hindraf dari tingkat 39 bangunan di Jalan Ampang.  Sayang tak ada kamera untuk ambil gambar. Hanya simpan dalam ingatan sahaja.

Kepada ibubapa jagalah anak-anak waktu cuti ni. Mana-mana yang ada motosikal jangan biarkan anak-anak mengambilnya secara suka-suka. Petang semalam dalam perjalanan pulang dari KL saya terjumpa sekumpulan anak-anak dalam lingkungan umur 12 ke 15 tahun sedang merempit. Ini berlaku di satu kawasan kampung berhampiran dengan kampung penulis. Apa akan jadi kalau belaku kemalangan? Pastinya anak-anak itu tidak mempunyai lesen memandu! Apa-apa pun ibubapanya yang bertanggungjawab atau tidak mampu mendisiplinkan anak-anak mereka.

Kalau tinggal di kampung, sepatutnya JKKK Kampung atau JK Masjid buatlah apa-apa program untuk mereka supaya mereka mendapat kesedaran bagi bekalan masa dewasa mereka.  Sebenarnya anak-anak masa kini kekurangan kesedaran untuk menghadapi hidup atau tak sedar diri.  Anak-anak kampung masa dulu sedar mereka anak orang susah, anak penoreh getah, anak pesawah, anak nelayan dan anak orang miskin oleh itu tertanam dibenak pemikiran anak-anak desa ini untuk membela nasib, ini menjadi faktor kepada mereka berusaha untuk berjaya.

Anak-anak kampung sekarang sebahagian besarnya tidak dapat meresakan keadaan ini. Walaupun ada yang sedar. Sebabnya ramai orang kampung dah selesa hidupnya, anak-anak tidak merasakan hidup mereka susah, apa hendak mesti dapat. Tapi keselesaan itu juga dugaan dalam hidup. Itu juga ujian dari Allah.  Betullah apa yang dinyatakan oleh seorang sahabat ketika saya masih muda dahulu. Beliau menganalogi keadaan itu dengan beruk. Beruk kalau dia lapar semasa duduk di atas dahan kayu, walau pun ribut kencang melanda dia tidak akan jatuh, tetapi kalau dia kenyang tidak perlu angin ribut melanda, akan mengantuk dan angin tiada, ribut tiada akan jatuh juga. Oleh itu sentiasalah ingatkan Allah sewaktu susah dan senang. Sekian untuk kali ini.

Sabtu, 17 Nov 2007, cuti persekolahan bermula.  Guru guru kembali ke kampung masing-masing. Mana yang jaga periksa masih bertugas, mana yang akan memeriksa kertas akan menghadapi tugas baru, menanda kertas. Mungkin bagi guru-guru muda akan bertunang atau berkahwin. Yang dapat tukar ketempat yang diminta akan bergembira. Bagi guru yang vetren mungkin tunangkan atau kahwinkan anak.

Pengisian waktu masa cuti sekolah adalah penting, Kepada ibubapa pastikan anak tidak membuat nakal atau masalah kepada sesiapa baik keuarga atau masyarakat. Kepada anak yang hendak ambil peperiksaan jangan lupa buat ulangkaji. Apa yang patut dibuat?

1. Buat nota ringkas. pastikan nota tahun lalu dilengkapkan dan mula baca apa yang akan di pelajari tahun depan.

2. Buat peta minda atau peta konsep bagi setiap tajuk

3. Tengok juga soalan-soalan tahun lalu dan cuba jawab.

4. Cari kawan dan buat perbincangan bukan pergi merempit.

5. Cari guru atau orang yang boleh membimbing anda, itu pun kalau nak berjaya.

6. Jangan buang masa kerana masa itu kehidupan. Kalau anda buang masa ertinya anda membuang kehidupan anda.

7. Jangan lupa solat lima waktu kerana solatlah yang membezakan antara seorang muslim dan bukan muslim

Sekian, panduan ringkas masa cuti.   

Esok hari akhir persekolahan bagi seluruh negara kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu yang akan tamat persekolahan 2007 hari ini. Keputusan UPSR keluar hari ini. Yang ramai bergembira ial yang mendapat 5A tapi yang dapat 5C atau 5E gembira juga. Tahun depan tetap bersekolah, tak kira berapa yang mereka dapat dalam UPSR. Yang pandai ke sekolah baik yang teruk akan ke sekolah yang tak tersenarai.

Di sekolah menengah nanti guru-guru yang menerima muraid pandai mudahlah kerja mereka, tekanan juga kurang dari pihak pengurusan sekolah dan atasan. Tapi guru-guru yang terima murid yang tak pandai banyak D dan E tu nanti terpaksa berkerja sepenuh masa atau tak kira masa untuk menjayakan murid mereka. Usaha mesti lebih, kadang-kadang tak jaya juga dan padahnya kena marah orang atas angin yang tak faham keadaan.

Kepada yang terima banyak A dan B di tingkatan satu 2008 nanti gilaplah murid-murid itu biar mereka bersinar. Yang terima murid-murid banyak C, D dan E tu bersabarlah , berusahlah dan berdoalah agar usaha anda berjaya dan berharga. Buat dengan ikhlas, sedarkan anak murid bahawa mereka kena belajar bersungguh-sungguh. Bekalkan mereka dengan keinsafan, kesedaran, kesungguhan dan kemahiran belajar. Banyak contoh dalam kehidupan manusia dimana mereka bukan cerdik sangat pada masa kecil atau kanak-kanak tetapi boleh memanjat kejayaan sehingga ke tahap profesor yang terkenal. Oleh itu kepada ibubapa yang anak mereka tak dapat 5A jangan berduka. Asalkan anak hendak belajar, ada keupayaan, ada usaha dan betulkan sikap mereka insya Allah berjaya.  Betulkan niat, ikut kehendak syariat, jauh dari maksiat, hidup pasti barkat dan bahagaia di dunia cdan akhirat.    Sekian untuk kali ini.

Waktu-waktu begini para Pengetua dan Guru Besar Sekolah pening kepala. Mereka menghadapi berbagai tekanan. Antaranya tingginya kadar poteng di sekolah. Murid yang hadir pula ada kalanya buat vendalisma, musnahkan kerusi meja. Disiplin tidak terkawal. Inilah antara isu penting, belum lagi masalah lain diambil kira. 

Ibubapa pula ramai menganggap guru-guru adalah pengasuh anak-anak mereka. Mereka tak dapat jaga anak mereka dirumah tetapi mengharapkan guru yang buat kerja mereka walau pun waktu cuti sekolah. Cuti ertinya cuti. Sepatutnya taiada kelas tambahan, tiada apa-apa program yang dianjur oleh sekolah. 

Ada pihak pengurusan sekolah ugut guru-guru, tapi hal murid tak ambil peduli. Kalau murid gagal dikatakan guru tak pandai mengajar, tapi mereka lupa guru itu juga ajar kelas yang pandai dan sederhana pandai, semua boleh lulus atau cemerlang tapi kelas dihujung tu yang tak baik keputusannya mengapa salahkan guru. Mesti ada sebab dari murid, oleh itu pihak pengurusan sekolah hendaklah ambil perhatian dan buat ikhtiar untuk perbaiki sikap murid. Jangan salahkan guru.

Ingat:  KEJAYAAN = KEUPAYAAN x USAHA x SIKAP.

Keupayaan ada; boleh menulis, boleh membaca, boleh bercakap, boleh bertanya dll.

Usaha: ini merupakan perkara yang kurang dikalangan murid masakini. semua nanti disuap oleh guru. Guru yang belajar, akhirnya guru yang pandai. tapi gutu tak boleh ganti murid ketika peperiksaan SPM.

Sikap: Sukar diubah, nak ubah sikap murid mesti ubah ilmu murid itu, kepercayaan murid itu dari segi kebolehannya bukan agamanya. beri motivasi kepadanya dan bentuk persekitaran yang kondusif kepada pembelajarannya.

                                                                             Sekian, untuk kali ini.

Kepada semua calon SPM 2007.

Isnin ini bermulalah peperiksaan bertulis SPM 2007. Kepada calon ingat SPM merupakan satu-satunya peperiksaan yang memberikan sijil yang penting bagi rakyat Malaysia. Tapi yang sedihnya ibubapa kepada calon-calon SPM tak ramai yang peduli atau prihatin kepada anak-anak mereka yang mengambil SPM.  Kalau dibanding dengan perhatian ibubapa kepada anak mereka yang ambil UPSR.  Walaubagai mana pun, diharapkan semua calon dapat bersedia bersungguh-sungguh agar Mac 2008 menjadi detik-detik kegembiraan dalam hidup anda.  Sekian untuk kali ini.  

Selamat datang ke laman blog keilmuan dari fikrah orang yang berasal dari kampung dan ingin menyumbang untuk meningkatkan ilmu dikalangan orang yang ingin berfikir..