Disember 2007


Sekarang ini ibubapa sibuk untuk mendaftar semula anak kesekolah. Ramai yang lega apabila pada budget dulu PM kata yuran sekolah telah dimansuhkan, tiada lagi yuran sekolah. Tapi bila sekolah nak buka timbul pula istilah pembayaran tambahan. Malah pembayaran tambahan itu lebih mahal daripada pembayaran yang ada yuran. Tiba-tiba ada seorang menteri yang jaga pelajaran kata “Malaysialah satu-satunya negara didunia ini yang pendidikannya percuma”. Nak gahlah depan orang kampung tu!!.

Siapa yang pening? Tentulah guru, atau Guru Besar atau Pengetua Sekolah Kerajaan. Kalau tak kutip duit sekolah tak cukup duit. Duit kerajaan bagi mana cukup untuk beli itu dan beli ini.  Ibubapa sudah tentu tak nak bayar apa-apa pembayaran sebab menteri kata sekolah di Malaysia percuma. 

Pada mulanya orang-orang dekat kementerian pelajaran nak ubah dari yuran kepada pembayaran. Yang percuma ialah yuran tapi ada pembayaran yang perlu dibuat. Tapi diputuskan beberapa pekej yang perlu dipilih oleh PIBG dan Sekolah.  Tiba-tiba ada pula menteri yang jaga pelajaran kata persekolahan adalah percuma. Semua jadi kelam-kabut. Taklimat diberi kepada Pengetua dan GB seluruh negara.

Kalau ibubapa tak nak bayar yuran atau pembayaran tak boleh paksa. Jadi penulis seru kepada ibubapa jangan bayar apa-apa kepada sekolah. Mungkin yuran makan di asrama pun tak perlu bayar.

Menteri mesti ingat, yuran ke, pembayaran ke, itu semua duit. Yang dibincangkan dalam perlimen dulu ialah masalah duit yang terpaksa keluar dari poket ibubapa setiap awal tahun yang sentiasa meningkat sama meningkat dengan harga barang. Harga Barang Naik (BN). Jadi yuran juga naik, pembayaran juga naik. Duit keluar poket ibubapa nak hantar anak ke sekolah juga naik sebab harga petrol naik, tol naik dan semua harga Barang Naik (BN).

Orang besar-besar mana tau ini semua sebab mereka orang berada. Banyak duit, banyak wang atau orang yang berwang (beruang) yang selalu pepah kepala orang yang susah dan miskin.

Ingat ibubapa semua jangan bayar apa-apa kepada sekolah. Sebab persekolahan di Malaysia adalah percuma dan tiada yuran.

Cuti sekolah sudah lebih separuh, ibubapa sudah mula bersedia untuk membuat persiapan untuk anak-anak kembali ke sekolah. Guru-guru yang menjadi pentadbir di sekolah sedang sibuk membuat perancangan tahunan bagi tahun 2008. Pemeriksa kertas SPM sedang sibuk menanda kertas SPM. Dengar khabar bayaran pendaan kertas dan bayaran iktisas untuk SPM naik. Naik tu selepas berbelas tahun meminta tiba-tiba tahun 2007 bayaran pemeriksaan LPM naik, alhamdulillah.

Tapi ada perkara yang akan menggemparkan hari-hari awal persekolahan akan berlaku. Apa dia? Ingat tak masa budget dulu? PM kata yuran sekolah dimansuhkan. Ramai ibubapa tak tahu bahawa yuran sekolah hanya RM 9.00 di sekolah menengah dan RM 4.00 di sekolah rendah. Yang memerlukan pembayaran yang lain tu banyak lagi, yuran komputer, yuran peperiksaan dalam, yuran koperasi, yuran takaful dan lain-lain lagi. Yuran-yuran inilah yang menjadikan pembayaran awal tahun menjadi berpuluh malah beratus tu. Malah tahun ini yuran-yuran lain akan lebih tinggi.  Jadi maklumat oleh budget tu jadi tak tepatlah disisi orang kampung, orang miskin dan golongan marhein dinegara yang dikuasai oleh orang kaya dan taukeh-taukeh judi tu. Orang kampung jangan marah ye kalau barang naik harga, yuran (pembayaran) akan naik harga. Ini lah Malaysia ku yang kaya raya.      Sekian untuk kali ini.