Januari 2008


Pagi ini saya dijemput untuk memberi motivasi kepada murid Tahun 6 di sebuah sekolah rendah. Dalam laptop saya terdapat power point tentang tajuk anak cemerlang. Saya kira ia sesuai untuk beri ceramah kepada anak-anak di Tahun 6 dan ibubapa yang bakal hadir.

Antara perkara yang bakal disentuh ialah tentang laluan hidup insan dari alam roh, ke alam rahim, alam dunia (perkembangan dari bayi, remaja, dewasa, tua dan mati), alam kubur, alam mahsyar dan sama ada syurga atau neraka.  Nak jadi cemerlang mesti ada wawasan. Setiap hari selepas solat, dalam doa kita menyatakan visi hidup kita. Bahagia di dunia, bahagia di akhirat dan tak nak masuk neraka. Tapi tak ramai yang sedar perkara ini sebab tak diberi tahu. Sebagai guru kita kena beri tahu perkara ini kepada setiap murid, setiap anak, setiap saudara dan sahabat handai kita.

Sekiranya hendak bahagia di dunia, hendak bahagia di akhirat dan hendak bahagia kedua-duanya sekali mesti ada ilmu. Ilmu itu ialah sampainya makna sesuatu ke dalam diri. Kalau makna sesuatu sampai ke dalam diri kita maka tingkahlaku kita akan berubah dari yang buruk dan tak baik kepada baik. Inilah yang tak sampai dalam pendidikan kita. Sama ada pendidikan di rumah atau pendidikan di sekolah. Mengapa jadi demikian. Sebab orang Malaysia kini bukan fokus kepada pendidikan tetapi fokus utamanya kepada sijil. Cemerlang sijil untuk dapat material (materialistik) bukan cemerlang akal budi untuk bahagia di dunia dan akhirat. Oleh kerana niat diri, niat ibubapa, niat guru, niat pemimpin, niat pemerintah macam itu maka yang dapatnya ialah material sahaja. Akal budi akan diketepikan. Oleh itu pendidikan mestilah memfokuskan kepada pembangunan dan perkembangan akal budi dalam diri anak yang dididik.  Adakah PIPP Kementerian Pelajaran memberi fokus utama kepada pembinaan akal budi? Lihat 6 fokus utamanya ada atau tidak. Kalau tiada akibatnya PIPP akan gagal membina rakyat malaysia yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sekian untuk kali ini.

Saya selalu menjelaskan kepada murid-muridku agar belajar dalam kumpulan, iaitu perbincangan kumpulan.  Kaedah ini banyak faedahnya. Antaranya boleh menambah dan mempercepatkan ingatan (more heads are better than one). Kedua ada kesempatan untuk mengajar rakan-rakan. Mengikut kajian kalau kita ajar orang lain kita akan ingat 90% dari apa yang kita ajar dan kalau kita terlibat dalam perbincangan kita akan ingat 75% daripada apa yang dibincang.

Dari sudut emosi, kumpulan perbincangan akan meningkatkan keakraban antara ahli kumpulan, ahli kumpulan akan sentiasa ingin membantu antara satu dengan lain. Oleh itu persengketaan, dengki mendengki dan benci membenci akan dikurangkan dan persengketaan akan ditiadakan.

Dari segi spiritualnya, kumpulan perbincangan ini ibarat solat berjemaah berbanding solat berseorangan. Pahalanya 25 kali ganda, barkahnya sudah pasti juga berganda, manfaatnya tidak terkira. Oleh itu belajar menjadi mudah dan kejayaan akan datang dengan segera.  Sekian untuk kali ini.

Jumaat 18 Januari 2008, sekolah mengadakan majlis konferens antara guru dan ibubapa/penjaga. Kerja aku jadi penyambut tetamu, tapi belum siap kerja, aku dipanggil pengetua untuk berucap tentang perkembangan akademik semasa kepada ibu bapa yang hadir.

Oleh kerana bidan terjun, aku cakaplah apa yang teringat sahaja, persediaan dalam masa 20 minit. Bercakap untuk setengah jam. Aku memperkatakan kepentingan SPM berbanding UPSR dan PMR. Aku tegur ibubapa yang mengambil peduli bersungguh-sungguh masa anak dia ambil UPSR tapi kurang ambil peduli prihal anak masa nak ambil SPM.

Aku terangkan juga keperluan asas bagi anak-anak semasa di sekolah menengah, selain menguasai 3M semasa di sekolah rendah. Antara keperluan asas yang mesti dikembangkan ketika di sekolah menengah ialah kemahiran mengulangkaji, mengukuh dan mengingat.Ini termasuklah kemahiran belajar, membuat dan mengambil nota, pengurusan masa, kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik dan lain-lain lagi.

Persoalannya apa yang ibubapa boleh buat untuk membantu anak-anak ketika dirumah. Anak-anak kepada guru ada kelebihan, mak ayah boleh tolong ajar dirumah , bagaimana pula yang bukan guru? Oleh itu ibubapa mesti ada kemahahiran memujuk dan memotivasi anak-anak.

Ibubapa juga mesti memahami EQ (Kecerdasan emosi) antaranya mendidik anak-anak agar sedar diri (Kesedaran diri), mampu mengurus emosi sendiri, memotivasi diri sendiri, empati dan pandai membuat hubungan interpersonal. Selain dari itu aku nyatakan kaedah mendidik anak-anak dari pandangan Dr Abdullah Nanseh al uluwan. Dr Nansh menyatakan pndidikan anak-anak ada lima pendekatan, iaitu:

Mendidik melalui contoh dan tauladan

Mendidik melalui adat kebiasaan

Mendidik melalui nasihat dan bimbingan

Mendidik melalui pemerhatian dan pengawasan

Mendidik melalui denda dan hukuman

sekian untuk kali ini

Persekolahan sessi 2008 sudah berlangsung 3 hari.  Belum semua kelas dapat saya masuk sebab tingkatan 4 masih orientasi, belum pilih mata pelajaran, belum pilih kelas lagi dan belum belajar lagi. Tingkatan 5 dah mula bincang kaedah hendak belajar. Yang pasti murid-murid mesti mahir kemahiran belajar. Kalau tidak mereka akan jadi penunggu sahaja. Tunggu apa yang guru nak bagi. Guru tak banyak songe, kerja utama mengajar. Tapi disamping mengajar guru dibebankan dengan tugas-tugas yang bukan tugas mereka. Ada masanya terpaksa layan keperluan orang lain.

Contoh jelas adalah dalam cuti sekolah bulan Disember dulu. Datang satu agensi kerajaan nak buat program di sekolah, nak pinjam dewan besar. Pinjamlah apabila diberi kebenaran dan kena bayar ikut peraturan RM50.00 satu jam. Tiba-tiba minta guru sediakan hiasan dewan, minta guru jadi juruacara dan berbagai-bagai lagi. Agensi kerajaan itu tak faham agaknya. Kalau pakai khidmat orang lain kenalah bayar bukan free sahaja.

Awal tahun ini guru-guru sibuk beri latihan kemahiran belajar pada murid-muridnya. Antaranya, note making dan note taking, pengurusan masa, how to form group discussion and also some examination skills.  Setelah diberi terpulang kepada murid sendiri nak guna atau tidak. Jika nak berjaya gunalah kalau tak guna payahlah hendak berjaya.

Ramai murid ingin berjaya tapi malas berusaha, yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang, mesti berusaha. Tidak boleh minta orang lain buatkan. Kalau nak minta pertolongan dari orang lain bertanyalah. Sebab bertanya itu adalah satu kaedah belajar.  Learning is through questioning. Kalau bertanya dengan ikhlas untuk belajar boleh dapat pahala. Tapi berapa ramai murid datang bertanya atau berapa orang murid bertanya semasa guru mengajar. Budaya bertanya sangat kurang dikalangan murid-murid kita tak kiralah di bandar ke atau di luar bandar.

Sekian untuk kali ini.

Pagi Jumaat aku masuk ke kelas semalam. Semua murid ada termasuk yang ponteng enam orang tu. Aku tanya seorang demi seorang yang ada. Rupa-rupanya semua mereka anak pekerja estate dan anak orang kampung. Aku kira mereka tak sedar mereka orang susah sebab itu tak ada motivasi untuk membela diri. Aku dulu anak orang kampung juga, susah juga tapi aku sedar diri, jadi aku belajar sehingga ke Universiti, dapat bela nasib diri sendiri dan keluarga.

Masa dulu mana ada program motivasi, jadi yang ada hanya motivasi dalam diri sahaja. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehinggalah kaum itu mengubah apa yang ada dalam dirinya. Yang ada dalam diri itu yang utama ialah iman, takwa dan zuhudnya dan diikuti dengan perkara-perkara yang berkait dengan dunianya.

Aku akan cuba ubah pemikiran dan kesedaran murid-murid ini, tapi terpulanglah kepada mereka untuk sedar. Mula-mula pujuk kemudian nasihat. Kalau tak pakai juga, cukuplah setakat itu.  Sekian untuk kali ini.

Semasa perhimpunan pagi tadi, Pengetua bersemangat menyampaikan nasihat kepada semua murid. Membahasakan dirinya “ayahanda” kepada semua murid dengan harapan murid akan berubah sikap. Malangnya apabila saya masuk kelas tingkatan lima dah ada 6 orang murid ponteng. Betullah kata pepatah Arab, “We can bring the horse to the water but we cannot make sure the horse drinks the water.”

Sedih juga rasanya. Sebabnya aku dah mengajar 30 tahun, sikap murid semakin teruk. Rasanya aku tak larat dah nak beri nasihat. Denda jauh sekali. Hanya pringkat mula ni cubalah pujuk mereka.  Aku akan layan mana yang nak belajar aje, yang tak hendak biarkan mereka terjun dengan labu-labunya.

Aku rasa semangat pengetua tu juga akan pudar kalau keadaan ini tidak dibendung cepat. Yang hendak menghadapi peperiksaan adalah mereka, yang hendak merubah nasib adalah mereka, yang hendak berjaya adalah mereka, tak payah cakap tentang cemerlang.

Esok aku masuk lagi kelas itu nak tengok bagaimana perangai 6 orang pelajar ini. Nak interview mereka, nak tanya sebab mereka ponteng. Buat kajian kes dan kajian tindakan. Moga-moga aku berjaya. Insya Allah.