Februari 2008


Kalau dimenongkan dan ditilik kepada performance orang melayu selama 51 tahun merdeka, kita akan dapati orang melayu yang tercorot dari segi ekonomi. Ini dapat dilihat daripada bukti jawapan dalam parlimen beberapa bulan dahulu.

Sengaja saya petik secara melebar komen penuh sentimen Ahli Parlimen Gerik yang juga bekas Timbalan Naib Canselor, UKM Bangi itu. Memang mainan bahasanya penuh simbolik dan makna. Maklumlah, mahaguru bahasa. Cuma yang hairannya, sebagai seorang pejuang bahasa, Wan Hashim tidak begitu menyerlah ketangkasannya membela kedaulatan bahasa Melayu di Dewan Rakyat apatah lagi bila berhadapan dengan isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Menjawab soalan Wan Hashim itu, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Zainal Abidin Osman menjelaskan bahawa pendapatan isi rumah kasar bulanan untuk tahun 2004 bagi kaum bumiputera adalah RM2,711 sebulan, Cina (RM4,437), dan India (RM3,456).

Statistik Jabatan Perangkaan itu, ujarnya menunjukkan peningkatan 5 peratus pendapatan isi rumah kaum India berbanding 1999 yang cuma berjumlah RM2,702 dan bumiputera tidak berubah (RM2,711). Menurut Zainal Abidin, kadar kemiskinan tegar kaum bumiputera jauh lebih tinggi iaitu 8.3 peratus berbanding kaum India (2.9 peratus) manakala Cina (0.6 peratus) pada tahun 2004. “Angka ini juga kalau dibandingkan dalam tahun 1999 adalah lebih baik di mana kemiskinan dan kemiskinan tegar keseluruhan bagi kaum India di tahun 1999 adalah 3.5% dan berkurang kepada 2.9% pada tahun 2004; jauh lebih baik daripada 8.3% di kalangan Melayu dan bumiputera,” katanya.

Jawapan Zainal Abidin itu disambut gembira sebahagian Ahli Dewan Rakyat penyokong kerajaan sehingga ada yang menepuk-nepuk meja. Tetapi sebenarnya jika mereka tidak buta mata, buta telinga dan buta hati (seperti diungkapkan Wan Hashim); pastinya mereka tidak akan gembira apabila melihat, mendengar dan merasa bahawa sebenarnya, bumiputera khususnya bangsa Melayu masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain termasuk India! Wan Hashim dan rakan-rakan MP-nya daripada Umno sepatutnya merasa malu dengan kedudukan ekonomi masyarakat Melayu. Setelah 50 tahun merdeka, dan Umno masih menjadi tunjang utama BN, kedudukan orang Melayu dalam bidang ekonomi masih jauh ketinggalan. Malah dalam perhimpunan agung Umno tahun lalu, isu ekuiti Melayu dalam ekonomi negara turut disentuh.

Pemilikan ekuiti kita pada tahun 2006 hanyalah 14 peratus sedangkan sasaran kita adalah sebanyak 30 peratus, manakala pemilikan aset adalah lebih parah lagi,” kata wakil Umno Melaka, Idris Haron. Bagaimanapun seperti kebiasaan, para pemimpin Umno akan menuding jari ke pihak lain untuk menutup kegagalan ini. Dan kali ini, pengendali jentera kerajaan yang hampir 85 peratus berkulit ’sawo matang’ dijadikan punca kemunduran dan keciciran orang Melayu.”

Dari data di atas dapat dilihat bahawa UMNO gagal membawa orang melayu dalam bidang ekonomi yang merupakan tumpuan utama gerakan UMNO semenjak merdeka.  Saya masih ingat lagi apabila anak-anak muda tahun 70an dahulu mengajak UMNO menumpukan perhatian terhadap memurnikan akidah umat melayu Islam.  Jawapan yang diberikan ialah kita majukan dulu ekonomi kemudian baru tumpukan kepada Islam.  Tapi bila sampai krisis ekonomi melanda tahun 1997, dalam masa 2 minggu seluruh usaha ekonomi yang diberikan tumpuan selama 40 tahun merudum.  Tetapi akidah yang disuburkan oleh anak muda 70an dahulu masih kental hingga ke hari ini.  Itulah UMNO yang tidak berjuang berlandaskan Islam.  51 tahun merdeka ekonomi tak dapat akidah pun meleset.  Oleh itu kalau hendak bahagia di dunia dan akhirat serta tidak dicelup dalam neraka jangan undi UMNO/BN.  (Setiap hari bila berdoa minta bahagia di dunia dan akhirat dan jangan dimasukkan kedalam neraka).  Sekian dahulu. 

Saya petik artikel ini dari satu laman yang saya amat kenal penulisnya.  Saya panjangkan kepada para pembaca sekelian untuk difikirkan!!! 

Aku membelek e-mail aku petang tadi, ada satu e-mail yang dihantar oleh kenalan aku di kolej. Lama tak dengar cerita dia. Bila tengok alamat yang disertakan dalam e-mail aku, rupa-rupanya dah berjawatan besar dia ni. Alhamdulillah… Dalam e-mail tersebut dia bercerita tentang kekecewaannya dengan AMNO dan Be End. Jadi aku copy and paste untuk tatapan kita semua.

Baru-baru ini saya telah bertemu dengan seorang Melayu yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GLC. GLC adalah syarikat berkaitan kerajaan. Beliau telah memberitahu saya tentang pelbagai salah laku dalam sektornya.

Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah CEO Melayu tersebut mengatakan secara jelas kepada saya bahawa beliau tidak akan mengundi BN dalam pilihanraya umum yang akan datang. Beliau memberitahu saya sekarang kita tidak boleh lagi mengundi BN. Kita mesti menghantar pembangkang yang kuat di Parlimen.

Kemudian ada seorang Melayu yang menjadi Pengerusi syarikat lain yang banyak berurusniaga dengan kerajaan. Beliau mempunyai jawatan dalam Umno di sebuah bahagian. Beliau berkata bahawa dirinya dan seluruh kaum keluarganya tidak akan mengundi BN. Kali pertama berlaku dalam sejarah 40 tahun beliau mengundi. Ianya bagaikan duri yang menyucuk dirinya tetapi beliau telah membuat ketetapan untuk tidak mengundi Umno.

Saya telah bercakap dengan ramai ahli Umno dan di 4 buah kawasan Dun, BN akan kehilangan banyak undi dari kalangan mereka ini. Ini bukannya kes terpencil. Bahkan beribu-ribu orang ahli Umno tidak akan mengundi BN pada kali ini. Di antara mereka adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli Umno yang keahliannya bernombor 1. Malah beribu-ribu orang Melayu lagi yang bukan ahli Umno juga akan turut berbuat demikian.

Tun Dr Mahathir telahpun berkata sebelum ini bahawa kita tidak patut mengundi BN. Dr Mahathir menggunakan bahasa kiasan ataupun sarcastic. Pertamanya beliau berkata kita patut mengundi ‘calon-calon yang mempunyai kredibiliti’. Kemudiannya beliau berkata ‘kita tidak mampu mengubah Umno daripada dalam, perubahan perlu datang dari luar, jadi mengundilah dengan bijak’. Jika kita mencantumkan kedua-dua mesej ini menjadi mesej yang jelas daripada Dr Mahathir maka mesejnya ialah kita tidak patut mengundi BN.

Kita akan dapat melihat perubahan besar undi orang Melayu pada kali ini. Begitu juga kita mengharapkan agar kaum Cina, India, Siam dan lain-lain juga bersedia untuk membuat perubahan. Kaum Cina di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Selangor, Kelantan dan di negeri lain sudah berbisik secara senyap sejak awal lagi bahawa mereka tidak akan mengundi BN pada kali ini.

Akhir-akhir ini kaum India juga telah bangun dari kelalaian yang disuntik sejak sekian lama oleh BN. Demonstrasi Hindraf oleh mereka baru-baru ini adalah suatu kejutan mereka yang baru sedar bahawa BN lah yang menyebabkan kaum India menjadi kaum termundur di negara ini.

Adalah sesuatu yang penting bagi kita menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. Walaupun dengan 51% kerusi yang dimenangi, BN akan tetap menguasai kerajaan tetapi BN tidak boleh bermengah lagi seperti sekarang untuk mengadakan dasar yang menyusahkan rakyat. Inilah apa yang kita semua mahukan. Kita mahukan check and balance. Pertamanya, jika BN hilang majoriti 2/3, ini akan mengakibatkan kejutan psikologi yang maha besar kepada BN. Ini akan membolehkan Abdullah Badawi, PM yang lemah dan sentiasa dibayangi oleh menantunya ini akan dijatuhkan dalam pemilihan Umno yang akan berlangsung selepas pilihan raya umum ini. Jika Abdullah berjaya diketepikan, maka menantunya, kroninya dan perompak khazanah negara akan turut sama dijatuhkan.

Dengan menafikan majoriti 2/3 BN, ianya akan menyebabkan calon BN (terutamanya Umno) tidak mempunyai jawatan awam. Jika mereka kalah di kerusi Parlimen atau kerusi Dun, maka mereka tidak boleh untuk dilantik sebagai Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan sebagainya. Ini bermakna saluran untuk mereka merompak wang rakyat akan ditutup. Ini boleh merubah senario politik kita. Harga petrol dan bahan api yang lain tidak akan sewenang-wenangnya dapat dinaikkan oleh BN jika rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 BN.

Perkara ini adalah sesuatu yang maha penting untuk direalisasikan oleh seluruh rakyat untuk kita menjamin masa depan negara yang lebih baik tanpa sebarang campur tangan negara asing. Kita tidak hanya perlukan undi protes sahaja. Sebaliknya kita mesti mengundi untuk perubahan yang drastik.! Saya tidak sabar untuk menantikan kedatangan pilihanraya umum.   
  
Saya harap cerita ini benar sebenar-benarnya demi menyelamatkan negara yang tercinta.  Dan orang-oarang kampung sangat banyak menderita apabila harga barang naik melambung.  Bila berbual dengan pemuka-pemuka UMNO/BN di desa-desa meraka kata harga barang kena naik kerana kita import semua. Jadi kalau diluar negara harga naik maka dalam negara harga kena naiklah juga.  Hujah kelabu itu bolehlah diberi kepada orang kampung yang menjadi pak turut, tetapi kepada yang boleh fikir tentu tak boleh.  Harga minyak masak naik takkanlah minyak masak barang import juga. Kan Malaysia pengeksport terbesar minyak masak?  Sekian dulu.

Beliau adalah sahabat lama saya.  Bersama-sama sebagai guru biasa semasa saya muda dahulu.  Dia menjadi pengetua saya yang ke 9.  Perangainya sudah banyak berubah terutama dari segi komitmen kerja.  Hubungan sahabat tetap sama malah dalam keadaan saya menjadi Guru Cemerlang ini beliau lebih menghormati saya.

Beliau memang mudah dibawa berbincang.  Beliau sendiri akan mengemukakan ideanya kepada saya sebelum dibawa kepada perbincangan dengan para guru.  Tujuannya ialah meminta saya memberi pandangan, menyuburkan idea dan mengkritik jika perlu.  Dengan yang demikian idea itu sukar ditolak oleh para guru.  Apabila idea-idea itu dibentangkan kepada para guru dia tetap yakin bahawa idea dalam bentuk program atau acara itu tetap diterima dengan rela hati oleh guru-guru.

Selepas beliau membentangkan program atau apa-apa acara untuk sekolah, beliau akan serahkan kepada guru-guru yang ditentukan untuk melaksanakannya.  Setelah memberi sedikit penerangan dan arahan beliau akan meminta guru-guru buat ikut stail mereka sendiri.  Dal hal pelaksanaaan apa-apa kerja beliau memegang kepada prinsip berikut, (a) Semua guru adalah graduate atau telah terlatih oleh itu mereka tahu menyelesaikan masalah, (b) Guru-guru kena belajar membuat sesuatu berdasarkan ilmu pengtahuan, kemahiran dan sikap yang betul, (c) Guru-guru jangan takut untuk bertanya atau merujuk sesuatu kepada yang tahu, dan (d) Guru-guru jagan takut minta bantuan dari guru-guru yang lain dalam melaksanakan sesuatu.   Dari prinsip ini beliau mudah meminta para guru membuat apa-apa kerja disamping melatih para guru untuk maju dan menokok pengalaman dalam kerjaya.

Akibat dari keadaan ini banyak kejayaan telah diraih oleh sekolah semasa beliau mentadbir sekolah itu, antaranya menjadi juara 3K bagi Pahang dan bertanding keperingkat kebangsaan.   Menjadi sekolah tempat pelancaran Portal Utusan bagi Pahang dan beberapa kejayaan yang lain.

Beliau pengetua yang berani memulakan aliran sains setelah sekolah ini berumur 38 tahun.  Dalam hal ini beliau meminta komitmen dari saya untuk melakukan kerja-kerja asas.  Selain meminta saya memulakan kelas aliran sains beliau juga memberikan kepercayaan kepada saya untuk meningkatkan keputusan Bahasa Inggeris dalam PMR.  Alhamdulillah keputusan Bahasa Inggeris meningkat 9% selepas program itu dilaksanakan.

Dalam hal pengurusan sekolah beliau bersikap seimbang antara kurikulum, kokurikulum dan keceriaan.  Oleh kerana sekolah yang ditadbir adalah di luar bandar, maka banyak kerja-kerja yang berkait dengan kurikulum perlu diberikan perhatian. Beliau telah memberi perhatian yang sewajarnya.  Walaupun begitu keputusan PMR dan SPM adalah dalam peringkat naik dan turun tetapi tidak merudum.

Kini beliau telah bersara, sedikit uzur dan menjaga cucu.

Saya akan tangguhkan dahulu tentang anakdot pengetua ini sehingga selepas 8 Mac 2008 kerana saya hendak menulis tentang tanggungjawab memilih pemimpin dan kemahiran membuat keputusan.  Posting berikutnya ialah tentang kemahiran membuat keputusan. Sekian.

Beliau pengetua yang membujang, hanya balik bertemu keluarga dihujung minggu.  Oleh itu beliau dapat menumpukan kerja dan mengisi masa lapangnya di sekolah.  Beliau berkelulusan Pengajian Islam dari UKM.  Isteri beliau juga seorang guru yang juga berkelulusan Pengajian Islam dari UKM.

Beliau sangat mengambil berat tentang kurikulum dan sangat menumpukan usaha untuk meningkatkan disiplin dikalangan murid-muridnya.  Memegang prinsip sekiranya disiplin meningkat, keputusan peperiksaan (akademik) akan meningkat.  Beliau juga mahir dalam pengurusan kewangan sekolah.

Malam-malam tertentu beliau akan mengajar di surau-surau di sekitar sekolah di satu gugusan Felda. Ini merupakan cara bagi beliau memberikan sumbangannya kepada masyarakat.  Oleh itu masyarakat gugusan Felda menghormati beliau (terutama yang selalu ke surau).  Beliau juga mempunyai hubungan yang erat dengan pihak pengurusan Felda di gugusan itu dan memudahkan beliau mendapat bantuan kewangan untuk sekolah.  Beliau sering menjadi tetamu diacara-acara yang dijalankan oleh pihak pengurusan Felda.

Beliau mengajar dua kelas tingkatan lima mata pelajaran pendidikan Islam sebagai bukti komitmen beliau terhadap peningkatan kurikulum serta sebagai contoh dan tauladan kepada para guru.  Dengan mengajar itu beliau kenal murid-muridnya dengan lebih dekat lagi dan tahu perangai baik atau buruk murid-muridnya itu.

Selepas makan di kantin selalunya beliau akan balik kerumahnya (dalam kawasan sekolah) untuk merokok.  Ini hanya diketahui oleh orang-orang yang rapat dengan beliau. Dalam hal ini beliau cukup menjaga disiplin.  Hubungan beliau dengan para guru adalah baik, malah beliau menganjurkan hari keluarga staf dan guru di kawasan sekolah dengan acara disertai oleh seluruh warga staf dan guru.

Beliau adalah pengetua yang melantik saya sebagai GPK1 sebaik-baik saya melapor diri ke sekolahnya (bertukar dari daerah lain).  Apabila beliau bertukar dari sekolah itu saya terpaksa menanggung kerja pengetua selama sebelas bulan setengah sebelum pengetua baru DG2 datang melapur diri.

Oleh kerana dia masih DG3 (peringkat tingkatan kanan dalam skim lama) beliau sangat takut kalau-kalau tak layak mendapat DG2, dan kalau tak dapat DG2 beliau terpaksa bertukar sebab sekolah itu adalah sekolah gred A (Pengetua mesti DG2).  Oleh itu beliau memohon bertukar kembali ke negeri asalnya iaitu negeri pesisir pantai.  Apabila bertukar ke negeri pesisir pantai itu beliau dilantik menjadi pengetua sebuah sekolah yang jaraknya lebih 50 km dari rumahnya.    Apabila beliau dapat DG2  tiba-tiba beliau dihantar kembali ke Pahang menjadi pengetua disebuah sekolah yang baru dibuka.  Beliau bertugas di sekolah itu sehingga bersara.  Kini beliau kembali ke negeri pesisir pantai dan menetap disana.   Sekian hingga bertemu lagi Insya Allah.

Beliau orang yang baik.  Seorang lagi pengetua yang berulang alik setiap hari sejauh 45 km., dengan menggunakan Volvo Hijau.  Seorang pengetua yang peramah, mesra dan lincah.  Suka belanja guru-guru di kantin atau di tempat lain tetapi tidak akan beri peluang guru belanja dia.  Suka berkawan dengan guru-guru bujang (lelaki) untuk diusahakan mencari pasangan tetapi setakat yang saya tahu beliau tidak pernah berjaya dalam program ini.

Beliau mengseimbangkan pengurusan antara kurikulum, kokurikulum dan keceriaan sekolah.  Ketiga-tiga ‘K’ ini diberikan pertimbangan yang adil dan munasabah.  Pengurusan beliau telus, beliau boleh dikomen dan mudah diajak berbincang.  Bagi yang mengisi borang tukar kita boleh minta lihat ulasan yang dibuat dengan mudah dan ada masanya kita boleh cadangkan ulusan yang patut dibuat untuk diri kita sendiri.

Beliau suka promosi guru-guru dari sekolahnya naik pangkat kalau guru berkenaan sudah layak.  Beliau merupakan pengetua yang pertama memberikan kepercayaan kepada saya untuk menulis teks ucapan untuk beliau gunakan di sesuatu majlis yang besar.  Apabila saya bertukar beliau mempromosikan kebolehan saya itu kepada ketua baru saya.  Sesungguhnya pengalaman itu sangat berguna kepada saya hingga kehari ini.

Beliau sudah bersara dan berniaga kecil-kecilan. Jawatan terakhir ialah Pengetua sebuah Sekolah Berarama Penuh.  Sekian hingga bertemu di Pengetua 8

Beliau masa itu hanya memangku jawatan pengetua kerana belum dilantik ke DG2, tetapi dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkesan.  Beliau tegas dalam hal-hal yang berkait dengan kurikulum.  Sebenarnya beliau telah bertugas sebagi Pengetua sejak 10 tahun sebelum itu di sebuah sekolah gred B di satu kawasan felda. Oleh itu pengalaman mentadbir sangat banyak pada dirinya.  Beliau selalu mengingatkan guru-guru bahawa kurikulum atau mengajar adalah core business yang mesti diutamakan. 

Hubungannya dengan guru baik, waktu petang beliau akan turun padang bermain sepak takraw atau bola tampar dan malam badminton di dewan sekolah. Bergaul dengan beliau, seseorang tidak tahu bila dia senyum atau masam sebab raut wajahnya sememangnya begitu.  Ini menyebabkan ramai guru dan murid takut kepadanya.  Oleh kerana saya dah kenal dia lama sebelum dia jadi ketua saya maka saya arif tentang keadaan itu.

Suatu yang pelik dengan pengetua ini ialah harta dia adalah harta sekolah tetapi tidak sebaliknya. Contohnya dia beli kamera video dengan duitnya sendiri tetapi kamera itu boleh diguna oleh semua guru dan disimpan di sekolah.  Ada lagi barangan lain yang beliau beli sendiri dengan duitnya tetapi disimpan di sekolah.  Kalau ditanya mengapa dia buat begitu. Beliau kata tak boleh bawa balik ke rumah nanti orang di rumah akan tanya banyak soalan.

Beliau sangat teliti dalam urusan kurikulum seperti hal penulisan buku rekod mengajar,  pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, soalan peperiksaan/ujian, analisis soalan dan analisis keputusan peperiksaan. Contoh ketelitiannya ialah ketika memeriksa buku rekod mengajar  setiap minggu, beliau baca dan kalau ada ejaan salah beliau betulkan, kalau kandungan salah dia buat tanda tanya besar pada ruang berhampiran, kalau tak masuk nilai-nilai dalam p&p beliau akan buat tanda tanya juga dan beliau tulis komen pada buku rekod.  Apa yang ditulis akan dipantau pelaksanaannya semasa mengajar.  Beliau tidak menjadualkan atau memaksa guru buat kelas tambahan tetapi mengajar dalam kelas mesti betul.

Beliau merupakan pentadbir yang memberi perhatian kepada pengurusan stok dan semua guru dilatih untuk memeriksa stok yang ditentukan.   Beliau kini sudah bersara, jawatan terakhir ialah Timbalan Pengarah di satu lembaga dalam KPM dan bergelar Dato’.    Sekian, hingga beretmu dengan Pengetua 7

Beliau antara anak tempatan yang dilantik pengetua.  Istimewanya beliau mempunyai PR yang sangat hebat dengan orang atasan seperti pada peringkat JPN dan Kementerian.  Beliau sangat berbangga dengan kemampuannya mendapat second class upper dalam bidang sejarah dari UM.

Malangnya beliau menggunakan kehebatan PRnya itu untuk mendapatkan glamour bagi dirinya dan bukan mengangkat nama sekolah yang dipimpinnya.  Ada guru menegur beliau, kalau imej sekolah naik automatik nama pengetua akan naik, tetapi kalau nama pengetuanya glamour belum tentu sekolahnya cemerlang.  Walau pun diawal kepimpinannya keputusan peperiksaan SPM meningkat selama tiga tahun berturut-turut tetapi keputusan SPM menurun sebanyak lebih kurang lima peratus setiap tahun selama lima tahun berturut-turut.  Sehingga tersenarai oleh JPN sebagai satu-satunya sekolah yang peratusnya menurun selama lima tahun berturut-turut.  Dapat juga dia glamour.

Guru-guru senior yang pernah bersama beliau semasa beliau masih guru biasa di sekolah itu semuanya ditukarkan atas berbagai alasan.  Mungkin takut guru-guru ini menggugat kewibawaannya, kerana beliau ada rekod yang tak berapa baik dimasa menjadi guru biasa dahulu, umpamanya tentang istilah “Buku Rekod Mengajar“. (Buku rekod yang masuk kelas tetapi gurunya hilang entah kemana.) 

Beliau sangat mementingkan kokurikulum lebih daripada kurikulum.  Suka kepada guru atau murid perempuan yang cantik dan lawa. Kalau buat program sekolah mesti pada skala besar dan jemput orang besar-besar untuk angkat glamour beliau.  Sangat tak suka kepada guru-guru di bawahnya yang nampak lebih hebat daripadanya seperti punyai kereta yang berjenama melebihi beliau.  Ada kes dimana guru berkenaan ditukarkan.

Beliau minat berpolitik kepartian tetapi berhenti dan tak aktif akibat sesuatu arahan dari parti politik yang dianggotainya. Hilanglah peluang nak jadi YB.  Kalau menteri atau timbalan menteri datang melawat daerah dia akan tinggalkan sekolah kerana sebab yang tidak diketahui untuk menyambut tetamu itu.

Kini sudah bersara. Jawatan akhir tak glamour pun, hanya sebagai pengetua sahaja.  Malangnya kalau bertemu di bandar masa kini, beliau tak berkawan, keseorangan. Hilanglah glamour yang dikejar.  Sekian untuk kali ini.  

Beliau adalah pengetua contoh.  Hari-hari hidupnya menguruskan sekolah dari pagi hingga ke larut malam.  Beliau tinggal dalam kawasan sekolah di rumah semi-D, bersama-sama isterinya yang juga seorang guru, adiknya yang masih bersekolah yang dipelihara sejak kecil dan dua anaknya seorang putera dan seorang puteri.

Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan pembelajaran dan penggunaan komputer kepada guru dan murid di sekolah dalam pertengahan tahun 80′an.  Sekolahnya merupakan antara sekolah yang pertama di Pahang menggunakan komputer dalam pengurusan sekolah dan menganalisis keputusan peperiksaan/ujian.

Beliau pandai bertukang. Hasil ketukangannya masih terdapat di sekolah tempat dia bertugas seperti pintu gerbang sekolah, penambahan kepada rumah kediaman, membina rumah guru secara gotong-royong, renovasi kepada surau sekolah.  Pekerja-pekerja sekolah yang berminat bertukang akan diajar dan mendapat bimbingan dari beliau. 

Beliau suka menganjurkan kursus perkembangan staf kepada para guru yang berkaitan dengan p & p, seperti menggunakan OHP dalam pengajaran.  Oleh kerana masa itu KBSM mula diperkenalkan beliau meminta guru-guru senior di sekolah untuk mengkaji dan menyediakan bahan untuk kefahaman konsep dan prinsip dalam KBSM.  Guru-guru yang diberikan tugas itu diminta untuk menyampaikan ceramah kepada para guru.

Diwaktu malam, beliau mengumpulkan semua guru yang tinggal dalam kawasan sekolah untuk diajar tentang pengurusan sekolah.  Bahan-bahan yang beliau perolehi dari IAB dibincangkan bersama-sama untuk kefahaman guru-guru.  Sesungguhnya apa yang beliau buat itu membuahkan hasil masa kini.  Dikalangan guru-guru yang pernah dilatih oleh beliau itu kini menjadi PPD, Pengetua cemerlang dan juga guru cemerlang.  Sesungguhnya usaha beliau yang bersikap futuristik itu sangat berguna kepada para guru.

Beliau yang sangat dedikasi dalam kerja, sehingga apabila jaga bercuti dihujung minggu beliau sanggup bertugas menjadi jaga bersama-sama dengan guru-guru yang tinggal dalam kawasan sekolah.  Banyak kerja-kerja menceriakan sekolah dibuat secara gotong royong bersama-sama murid asrama dan guru-guru.  Beliau tidak kedekut, setiap gotong- royong yang dianjur pasti ada makan. Isterinya guru ERT, memang pandai memasak, jadi isterinyalah yang menyediakan makanan untuk gotong-royong.

Antara perkara yang agak menarik tentang beliau ialah kalau ada gotong royong beliau akan take the lead bagi kerja itu.  Umpamanya waktu menebang buluh untuk buat lemang bagi majlis Aidil Fitri peringkat sekolah, beliaulah orang yang pertama menebang buluh lemang.  Kepimpinannya adalah melalui teladan.  Dia bukan pemimpin yang hanya beri arahan sahaja, tetapi dia akan buat dahulu sesuatu perkara.  Beliau mempunyi multi telent.

Semasa beliau memimpin sekolah keputusan peperiksaan SRP dan SPM sentiasa meningkat.  Hubungan antara guru sama guru adalah intim.  Saya pernah ditanya oleh Nazir yang memantau sekolah tentang bagaimana beliau dapat menyatukan guru-guru.  Pada saya antara keistimewaan beliau ialah beliau mengikat hubungan yang baik dengan guru-guru melalui usaha bergotong-royong bersama-sama, makan bersama dan kalau nak komen tentang beliau boleh komen.  Kalau ada guru yang komen pengetua dalam bilik guru, dimana isterinya ada disitu, isterinya akan mengiakan komen itu malah isterinya akan tambah lagi komen sehingga guru berkenaan tidak mampu lagi untuk menambah komen.  Oleh itu tidak terjadilah kaedah isterinya menjadi spy bagi beliau di bilik guru.

Selepas menghadiri satu kurus di IAB beliau telah meminta saya menganjurkan qiamullail bagi pelajar asrama.  Dia kata dia berminat untuk buat perkara itu tetapi tak berani nak jadi imamnya.  Oleh kerana saya ada sedikit kebolehan maka saya buatlah kursus pendek bagi penghuni asrama dan melaksanakan program qiamullail di hujung minggu.  Sesungguhnya program itu dan solat jemaah serta tazkirah pendek selepas jemaah subuh dan maghrib setiap hari menjadikan masalah disiplin asrama menjadi sangat minima.

Beliau juga suka kepada kanak-kanak kecil. Anak-anak kami para guru yang bermain-main dalam kawasan sekolah waktu petang akan dipanggil atau diajak oleh beliau ke rumahnya untuk makan-makan dan bermain komputer.  Sampai sekarang anak-anak saya masih ingat semangat kasih sayang yang beliau berikan kepada mereka.

Beliau sudah bersara dan kini berniaga.  Jawatan akhir sebelum bersara ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri.  Sekian, untuk kali ini. 

Beliau seorang pengetua yang baik. Antara pengetua yang dianggap boleh menyelesaikan masalah di sekolah-sekolah yang bermasalah.  Berulang-alik dari rumahnya ke sekolah sejauh 180 km.  Datang ke sekolah pagi isnin (tentu bertolak dari rumah pukul 4.00 pagi, melalui jalan yang bengkang bengkok sambil merdah najis kerbau di sepanjang jalan dan sampai ke sekolah 7.30 pagi isnin) dan petang selasa kembali kerumah, datang semula pagi rabu dan balik semula petang jumaat atau pagi sabtu.  Itulah rutin hidup seorang pengetua yang penyayang.  Sayangkan keluarga tinggal-tinggalkan, sayangkan sekolah hidup bujang untuk dapat bermesra dengan guru dan staf sekolah.  Masa berbujang di sekolah dia dapat menumpukan kerja-kerja dan urusan sekolah hingga larut malam dipejabatnya.  Kalau dipelawa minum petang atau makan malam oleh para guru yang mendiami kuaters sekolah pasti dia tak lepaskan.

Sikap penyayang itu menjadikan dia memang mesra dengan semua guru.  Guru-guru mudah berkira bicara dengan beliau. Masalah peribadi guru juga diberi perhatian. Hati para guru dimenangi.  Ada guru yang was-was nak sambung belajar ke universiti, dia panggil dan beri motivasi serta nasihat, akhirnya guru itu sambung belajar.  Ada guru yang ragu-ragu nak pilih pasangan hidup beliau hulurkan bantuan, maka terbinalah mahligai bahagia hingga ke hari ini. Pernah satu peristiwa sepasang suami isteri datang menyerang sekolah kerana kononnya anaknya dianaya oleh guru, beliau menghadapi dengan tenang sehingga mereka memohon maaf kepada guru berkenaan.

Urusan sekolah beres, banyak wang berlebih (wang asrama), dia tak gunakan tapi pulangkan balik kepada JPN lebih kurang RM 50,000.00 yang memudahkan ia kembali bertukar ke sekolah dekat rumahnya (ini politik cari makan dalam pendidikan). Beliau juga ada cable besar untuk urusan ini.

Urusan disiplin murid terkawal. Sekolah tenang, pembelajaran tidak terabai, semua gembira, keputusan peperiksaan meningkat.  Banyak masalah di atasi, gerakkerja Islam disemarakkan, dibuat antara memberi kesedaran dan paksaan (solat jemaah digerakkan, murid perempuan yang Islam dipaksa pakai menutup aurat kalau tidak diberi surat untuk bertukar, akhirnya semua murid dan guru-guru Islam menutup aurat)   

Beliau dikira berjaya melaksanakan visi dan misinya. Kini beliau bersara dan berniaga.  Jawatan akhirnya ialah PPD disebuah daerah.   Sekian untuk kali ini, hingga menyusul Anakdot Pengetua 4 minggu depan.

Beliau merupakan pengetua pertama yang berkelulusan universiti, membuat pengkhususan pengajian melayu dari UM. Bertugas sebagai Ketua Jabatan Bahasa di sebuah maktab perguruan di Selatan Tanah Air sebelum menjawat jawatan Pengtua. Beliau ini ada perangai pelik sedikit. Antara perkara yang wajar dicatatkan ialah;

Takut kepada pelawat atau Nazir.  Suka tulis pada papan kenyataan di bilik guru ayat berikut, “Sila ambil perhatian ada pelawat datang hari ini ke sekolah.” Oleh kerana dah selalu sangat ingatan itu ditulis tetapi pelawat/nazir tak datang juga maka ingatan itu sudah menjadi basi, malah ada guru yang menggantikan huruf ‘t’ pada perkataan pelawat menjadi ‘k’. Pelawat menjadi pelawak.  Bayangkan seorang pengetua sudah dipermainkan oleh anak buahnya.

Menjengok bilik guru 23 kali dalam masa 2 waktu (80 minit). Entah apa tujuannya hanya beliau yang tahu. Perkara ini direkodkan oleh beberapa orang guru yang ada dibilik guru ketika itu. Salah seorangnya masa kini menjadi YB bergelar dato’ di Negeri banyak negeri.

Suka mengintai guru mengajar dari luar kelas (dari belakang kelas yang hanya ada tingkap sahaja) terutama apabila guru-guru tertentu mengajar. Agaknya buat pemantauan (istilah pengurusan masa kini).

Isterinya juga mengajar di sekolah yang sama. Kalau ada apa-apa yang kontravesi tentang pengetua dalam bilik guru, esoknya pasti ada reaksi dari pengetua. Cepat bertindak ikut kata bini.

Takut kepada guru-guru tertentu, terutama guru-guru yang suami dan isteri mengajar di sekolah yang sama.  Ketika itu ada lima pasang guru mengajar di sekolah itu selain beliau sendiri.

Sangat kedekut untuk berbelanja, usahkan untuk para guru dan muridnya, malah untuk anak-anaknya dia sangat berkira.

Akibat dari perangai atau tabiat yang pelik itu sekolah menjadi tidak terkawal. Dia tidak dapat mengawal keadaan di sekolah dan malangnya tidak ada yang sudi menolongnya hatta GPKnya sendiri. Rasa hormat dikalangan semua warga sekolah hilang malah disatu peristiwa ada murid yang berani sembunyikan seliparnya ketika di surau.

Walau pun begitu sebenarnya hatinya baik. Dalam hal selain yang berkait dengan duit, dia sedia membantu para guru atau muridnya. Mungkin kerana ikhlas hatinya itu dia dinaikkan pangkat selepas bertugas di sekolah dan akhirnya sebelum bersara dia sempat menjadi Pengarah.  Sekian dulu sehingga diikuti oleh Pengetua 3, insyaAllah..

Laman Berikutnya »