Jun 2008


Aku mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT yang mentakdirkan setakat ini 6 dari lapan anakku layak belajar ke Universiti. Dua lagi anakku masih di sekolah menengah. Semalam 29 Jun 2008 aku menghantar anakku untuk mendaftar di Universiti Malaya. Kami bertolak selepas solat subuh, dan sampai ke UM pukul sembilan pagi. Kami menaiki sebuah Van (Ford Econovan). Seorang masuk universiti, yang menghantarnya mungkin satu kereta atau dua kereta. Dari Jalan Pantai Baru membuat belokan dihadapan Masjid Ar Rahmaniah dan menyusuri jalan melalui Fakulti Undang-Undang kolej 1 dan kolej 2, menlinatsi dihadapan perepustakaan. Selepas membelok ke kiri kami diarahkan untuk memasuki pakir dihadapan Fakulti Sains. Oleh kerana kolej kediaman yang hendak dituju adalah kolej ke 7 (Zaaba) kami terpaksa menapak sejauh satu kilometer.  Sangat banyak kereta yang memasuki kampus UM, sehingga pakir kolej 3, 4 dan 7 penuh. Ramailah pengiring-pengiring siswa-siswi baru yang menarik, memikul, menjinjing dan menjunjnung barang-barang ke kolej-kolej itu.

Dihadapan Masjid Ar Rahmaniah, kami dilambai mesra oleh PMIUM. Aku tanya anak aku siswi tahun 2 Fakulti Kejuruteraan UM, mengapa PMIUM duduk menunggu diluar kampus? Dia menyatakan bahawa memang sikap Pentadbir UM agak tidak senang dengan PMIUM. Pelik bin ajaib kan majoriti pentadbir UM itu orang Islam, kan ugama rasmi Malaysia Islam, tapi aktivis islam tidak dibenarkan beraktiviti dikampus UM. Ini macam saudara Abu Lahab dan Abu Jahal aje!!  Yang lebih memeranjatkan ialah bila sampai dekat kolej 3, terdapat untaian anyaman daun kelapa merentasi pintu pagar kolej 3 itu. Macam ucapan selamat datang ke kuil Hindu pula. Apakah aktiviti bersifat kehinduan boleh dibuat dalam kampus tetapi aktiviti keislaman tak boleh. Ke semua pentadbir UM ni hindu agaknya. Mungkin jugalah sebab BOSS kepada JKO kolej ke 7 tu macam india aje. Aku nampak pada tek nama yang dipakai oleh si BOSS tu. Tertera nama BOSS. Itulah gambaran first glance dari orang luar kepada kampus UM. Mungkin gambaran pandang pertama ni betul, mungkin juga salah. Tapi biasanya tanggapan pertama itu biasanya betul!!

Sebenarnya anak aku yang pertama telah tamat pengajian dalam bidang Business di KUTPM atau nama masa kini MSU (Management and Science University). Kini dia menyambung pengajian pada peringkat Master (MBA) di Universiti yang sama.  Anak kedua telah tamat pengajian di UNIMAS dalam bidang TESL, kini menjadi pensyarah Bahasa Inggeris di sebuah Politeknik di Negeri Selangor. Anak ketiga telah tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tun Hussein Malaysia (KUiTTHO). Kini bekerja dikilang MIECO di Kuala Lipis.  Anak ke empat kini sedang belajar dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal juga tetapi di Universiti Teknologi Malaysia, Sekudai, Johor. Anak kelima baru mendaftar di UM, semalam dan akan mengikuti Kursus Pendaidikan Awal kanak-kanak (Early Childhood Education). Manakala anak yang ke enam pula mengikuti kursus Kejuruteraan Elektrikal di UM, tahun kedua.

Kesyukuran ini aku terakan disini kerana aku memang berhajat sangat semua anak aku sekurang-kurangnya dapat menamakan pembelajaran mereka diperingkat Ijazah Pertama dan kalau boleh lebih lagi. Semoga Allah memakbulkan hajat aku dan isteriku. Sekian, TQ.

Kini Kakitangan Kerajaan sedang sibuk memilih jangka perkhidmatan mereka, antara 55, 56 atau 58 tahun perkhidmatan.  Aku memilih untuk bersara wajib pada umur 56 tahun.  Ramai yang mengajak untuk sambung dua tahun lagi iaitu 58 tahun. Aku rasa cukuplah aku berkhidmat sehingga 56 tahun. Iaitu tahun hadapan. Bulan Julai 2009. Pada ketika itu perkhidmatan aku adalah selama 32 tahun 1 bulan. Ada beberapa sebab mengapa aku hendak bersara pada umur mencecah 56 tahun itu, antaranya ialah:

Pertama:  Aku rasa cukuplah setakat itu perkhidmatan wajib aku kepada negara. Tetapi selagi hayat dikandung badan, aku akan tetap berbakti kepada bumi tempat tumpah darahku ini selagi terdaya dalam bentuk yang lain pula. Masih banyak bidang yang aku boleh terokai dalam hal berkhidmat untuk negara ini. Aku boleh berkhidmat dalam bidang pertanian. Mengusahakan tanah tinggalan ayah bonda yang sudah lama tidak dijayakan. Insya Allah aku akan fokus kepada perkara ini selepas bersara dari perkhidmatan kerajaan nanti.

Kedua: Aku merasakan bahawa perkhidmatan aku sebagai guru sudah melebihi klimeksnya. Selepas klimeks tentulah ia dalam proses menurun. Biarlah aku berhenti pada masa aku tidak mendatangkan masalah perkhidmatan. Banyak sebab tentang hal ini boleh aku coretkan. Ini termasuklah keadaan yang tidak kondusif kepada pemikiran aku. PPSMI sangat mengganggu reputasi perkhidmatan aku.  Kalau mengajar sains menggunakan Bahasa Melayu pun masih ramai murid yang tidak faham, inikan pula mengajar Sains dalam bahasa Inggersi, menjadikan anak-anak murid dua kali tak faham. Walau pun aku maklum bahawa pihak atasan (orang Kementerian, orang JPN, orang PPD dan pentadbir sekolah) sangat suka kepada PPSMI ini kerana kata mereka masalah globalisasi, belajar dari pengalaman Singapura ( selepas 20 tahu baru berjaya), duit dah banyak habis dan berbagai hujah yang diulang seperti kakak tua dari orang-orang tertentu. Hakikat sebenarnya hanya guru-guru yang berada dibilik darjah sahaja yang lebih arif akan hal ini.

Ketiga: Aku tak nak kena buli lagi. Cukuplah beberapa tahun aku sebagai guru Sains dibuli oleh orang-orang atasan. Sabtu ini, 28 Jun 2008, sekali lagi guru-guru Sains dan Matematik diseluruh negara akan dibuli. Mereka akan dikehendaki menduduki peperiksaan (Peperiksaan Tahap Profiesensi (PTP) penguasaan Bahasa Inggeris. Kemudian guru Sains dan Matematik dibuli lagi kerana mereka menerima Elaun Khas.  Dalam kelas dibuli lagi. Aku jadi serba salah, aku memang boleh berbahasa Inggeris sebab aku datang English Medium tahun 60′an dahulu. Tetapi bila aku mengajar dalam bahasa Inggeris murid tak faham. Kalau aku tak ajar dalam bahasa Inggersi Elaun BISP aku diugut. Ajar dalam BI murid tak faham, Tak ajar dalam BI aku kena marah. Dari rasa seraba salah baiklah aku berhenti bila sampai tarikh bersara wajib nanti.

Keempat:  Menurut satu kajian manyatakan bahawa semakin jauh jarak umur antara pendidik dan yang dididik (guru dan murid) semakin sukar untuk menyampaikan pengajaran.  Aku percaya dengan dapatan ini. Pengalaman aku mengajar memang mengiakan dapatan ini. Aku kini terasa sukar untuk menyampaikan pengajaran aku. Beza umur antara aku dengan anak muridku hampir 40 tahun, aku berumur 55 tahun dan anak muridku dalam lingkungan 15 ke 17 tahun. Aku sangat terasa sukarnya menyampaikan apa yang hendak aku sampaikan. Disatu pihak yang lain remaja masa kini memang sukar difahami tutur bicaranya. Perangai mereka terkeluar dari norma yang kita hendaki. Oleh yang demikian terasa satu gap yang besar dalam mendidik mereka masa kini.

Kelima: Aku hendak fokus dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Aku hendak belajar tentang Islam lebih mendalam lagi. Disamping itu aku hendak membanyakkan masa untuk berinteraksi dan membantu penduduk kampung aku. Aku rasa aku boleh menyumbangkan sesuatu yang berharga kepada penduduk setempat. Apa yang aku hendak sumbangkan itu biarlah menjadi rahsia aku sendiri buat masa ini.

Aku rasa cukup dengan lima perkara ini ini sebagai sebab utama mengapa aku perlu berhenti pada umur 56 tahun. Insya Allah aku masih sihat. Masih boleh naik ketingkat empat bangunan kelas tempat aku mengajar. Suara aku masih kuat. Hanya keinginan aku sudah agak luntur. Kelunturan itu disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah; waktu balik lebih pukul tiga petang, banyak sangat mesyuarat atau tak habis-habis dengan mesyuarat, perangai show off banyak sangat dikalangan orang tertentu, perangai suka cakap banyak tapi tak ada apa pun bertambah-tambah, kerja-kerja pekeranian semakin meningkat, lambat balik kerana jumlah mata pelajaran wajib dah meningkat ikut keinginan menteri (bila menteri bertukar satu mata pelajaran baru akan ditambah) dan yang penting sekali sudah tidak ada kepuasan bekerja.

Ada satu lagi perkara yang patut aku coretkan disini. Ini berkaitan fokus sebahagian guru yang mementingkan 10% berbanding 90%. Kokurikulum hanya untuk 10% sahaja dalam pentaksiran seseorang murid manakala akademik ialah 90%. Tetapi nampaknya tumpuan usaha untuk mendapatkan 10% itu sangat diberatkan.  Akibatnya ramai murid pergi menyertai berbagai aktiviti kokurikulum ketika mana waktu pengajaran dan pembelajaran berjalan (P&P).  P&P adalah usaha untuk mencapai 90% pentaksiran. Kalau kemenjadian akademik tak baik bagaimana kemenjadian kokurikulum boleh menyumbang. Masalah disini adalah keutamaan. Dalam banyak hal pengurusan keutamaan ini tidak sangat diberikan perhatian.

Diharapkan para pembaca sekelian, terutamanya guru fikirkan hal-hal yang aku coretkan di atas.  Walau pun aku bersara tahun depan, insya Allah aku akan sambung menulis pengalaman yang sempat aku rakamkan sepanjang perkhidmatan aku. Sekian untuk posting ini. TQ.

Pagi ini, ketika aku baru habis mengajar Biologi di tingkatan Lima, aku membuka laman “Wadah Orang Kampung” terpegun aku dibuai gembira. Lama yang aku kendali semenjak November 2007 mencapai hit tertinggi untuk sehari iaitu 68 hit. Pertama aku nak ucapkan terima kasih kepada semua penziarah laman ini yang aku sendiri tak kenal wajah, yang aku tahu adalah tulisannya sahaja, itu pun bagi yang membuat komenter. Kedua, laman aku ini tidaklah sepopular laman orang politik, ia sekadar banyak menumpukan hal yang berkait dengan pendidikan.  Ketiga, kadang-kadang apa yang hendak ditulis tak kesampaian.

Aku masih ingat lagi ketika aku menyampaikan ceramah kepada guru-guru sains Daerah Lipis pada 11 Jun 2008 (Rabu) yang lalu, bahawa aku menggalakkan setiap seorang dari mereka yang hadir hendaklah mempunyai laman sesawang sendiri. Tujuannya adalah untuk berkongsi pangalaman dan pengetahuan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta kerenah anak-anak yang dididik disekolah. Sama-samalah kita kayakan literature pendidikan negara untuk tatapan insan-insan yang bergelar guru dan sesiapa sahaja yang ingin memahami kerja-kerja dalam bidang pendidikan.  Saranan ini juga ditujukan kepada khas guru-guru muda (yang baru berkhidmat) kerana mereka mempunyai asas yang cukup dalam mengendalikan internet. Mereka belajar dan menggunakan alat multimedia ini sewaktu belajar di Universiti dahulu.  Buat masa ini setiap sekolah menengah mempunyai kemudahan internet. Sambil-sambil mengembara dari satu sesawang ke sesawang yang lain, sambil tengok-tengok karya bestari orang lain apa salahnya kita juga sampaikan idea kita.  Mungkin pengalaman rakan, sahabat dan taulan kita dapat membantu kita menapak gembira mencari kaedah terbaik untuk mendidik anak-anak yang ada dihadapan ruang bicara kita dibilik kelas yang kita kuasai.

Kemahiran Membuat Keputusan. Dikesempatan bicara kali ini ingin saya menambah satu lagi kemahiran yang perlu dititiskan kepada anak didik kita iaitu Membuat Keputusan.  Rata-rata kita terpaksa membuat keputusan setiap hari. Kalau guru perempuan contohnya, pagi-pagi lagi dia terpaksa membuat keputusan tentang apa yang hendak dimasak bagi menjadi sarapan pagi untuk suami dan anak-anaknya. Keputusan mesti dibuat berdasarkan apa yang ada dalam simpanan peti sejuk atau stor makanan.  Selepas itu cik gu itu mesti membuat keputusan tentang apa yang hendak dipakai pada hari itu. Baju dan kain mesti sesuai dari segi warna dan gayanya. Diikuti dengan pemilihan warna tudung dan kasut. Pendek kata cik gu berkenaan terpaksa berfikir untuk membuat keputusan itu. Malah dalam berbagai keadaan dan interaksi seharian kita terpaksa membuat keputusan.

Bagi murid tingkatan lima mereka terpaksa membuat keputusan selepas keputusan SPM keluar. Para guru terpaksa membuat keputusan untuk memilih sama ada mengikuti skim pencen atau skim KWSP. Penjawat Awam kena pilih dan buat keputusan sama ada nak pencen pada umur 55, 56 atau 58 tahun. Ada keputusan yang mesti dibuat perlukan masa berfikir atau sedikit masa sahaja sebelum keputusan dibuat. Sebagai orang Islam, kita ada cara untuk membuat keputusan muktamad iaitu dengan bantuan Allah SWT. Kita disyariatkan untuk melakukan solat sunat Istikharah, solat sunat dua rakaat diikuti dengan membaca doa khas.  Solat sunat Istikharah ini bukan sahaja digunakan ketika memohon pertolongan Allah SWT dalam memilih jodoh tetapi sewajarnya diguankan dalam penentuan keputusan bagi hal-hal yang lain juga.

Langkah-langkah tertentu hendaklah dibuat untuk membuat keputusan. Pertama, hendaklah ditentukan matlamat yang hendak dicapai. Kedua, mengenal pasti alternatif untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Ketiga, susun alternatif mengikut keutamaan.  Nilai setiap alternatif dan  Pilihlah alternatif yang terbaik. Untuk melihat contohnya bolehlah saudara saudari meneliti posting yang dibuat awal bulan Mac 2008 yang lalu. Posting ketika menghadapi pilihanraya.

Tajuk posting kali ini adalah Penaut Silaturrahim. Tujuan aku gunakan tajuk ini adalah untuk mengenengahkan idea kepada para pembaca sekelian bahawa laman sesawang ini bolh menjadi penaut silaturrahim antara penulis dan pembaca. Silaturrahim bukan sekadar datang mengziarah laman sesawang tetapi juga mungkin mengenali antara satu dengan lain. Perkenalan bertujuan mempertautkan ukhuwah. Sesunnguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Melalui media ini kita berukhuwah. Menjalin silaturrahim untuk kebarkatan bersama. Mungkin para pembaca budiman boleh mencadangkan kaedah dan pendekatannya.  Tetapi yang penting adalah bagaimana idea itu hendak dioperasikan. Saya menyambut baik cadangan dan penokokan idea. Sekian TQ 

Khamis yang lalu 19 Jun 2008, Aku ke SM Teknik, Tengku Ampuan Afzan, Bentong, menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Zon C. Ini kali kedua aku menerima anugerah khidmat cemerlang. Kali pertama aku terima ditahun 1995, untuk perkhidmatan tahun 1994. Ini kali kedua, untuk perkhidmatan tahun 2007. Nampaknya aku terima satu anugerah bagi satu abad. Syukur Alhamdulillah!! di atas pengiktirafan terhadap perkhidmatan.  Sehingga tarikh ini aku telah berkhidmat selama 31 tahun.

Hari Sabtu lalu, 21 Jun 2008, aku juga terpaksa ke sekolah sekali lagi kerana ada majlis besar. Sekolah aku menjadi tuan rumah perayaan hari guru peringkat Daerah Lipis. Persiapannya hebat. Hiasan dewan hebat. Persiapan jamuannya hebat. Itulah hebatnya guru-guru sekolah aku membaut persiapan. Harapkan guru memang hebat. Apa yang menjadi masalah besar ialah muridnya. Adakah mereka hebat?

Rabu yang lalu, 19 Jun 2008, aku menyampaikan ceramah kepada murid-murid sekolah aku. 8.30 pagi hingga 10.20 pagi, aku menyampaikan ceramah kepada murid-murid tingkatan tiga yang hendak ambil PMR. Aku beri ceramah berkaitan cara menjawab Sains dalam PMR. Aku bukanlah pandai sangat tetapi oleh kerana pengalaman mengajar sudah lama aku rasa aku boleh mengingatkan murid-murid ku sesuatu yang sangat berguna bagi mereka ketika menghadapi PMR nanti. Dari 11.00 pagi hingga 2.50 petang aku beri ceramah kepada murid tingkatan lima. Aku memang pakar bagi mata pelajaran Sains SPM. Inilah mata pelajaran kepakaran aku sebenarnya. Tetapi tidak ramai dikalangan murid-murid aku yang tahu tentang hal ini. Selama aku berceramah itu majoriti murid lelaki tidur. Itulah murid yang ada pada masa ini. Duduk dalam kelas tidur, duduk di surau pun tidur. Tak tahulah bila mereka belajar.  Bila mata ditutup, telinga juga tertutup.  Kita berinteraksi untuk belajar melalui dua deria ini. Kalau dua deria utama ini sudah ditutup bagaimanakah kita dapat belajar. Kini dah heboh mengatakan bahawa pelajar lelaki kurang ramai yang layak ke IPT.

Pendidikan Sepanjang Hayat.  Menjadi hasrat Negara kita untuk melihat konsep pendidikan sepanjang hayat diamalkan oleh warga negara Malaysia. Satu lagi konsep yang perlu diketengahkan ialah belajar melalui pengalaman. Bagaimanakah mengajar atau menerapkan kedua-dua konsep di atas. Asasnya ialah setiap murid masakini hendaklah memahami tiga asas kemahiran strategi berfikir, iaitu Kemahiran Mengkonsepsi, Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kemahiran Membuat Keputusan. Apa pentingnya tiga kemahiran ini?

Kemahiran Mengkonsepsi atau Membina Konsep, adalah satu kemahiran yang patut dikuasai oleh seseorang bagi memahami persekitarannya. Dalam hidup ini banyak berita, peristiwa dan maklumat yang berlegar sekeliling kita. Bolehkah kita memahami atau membina konsep terhadap apa yang kita temui itu. Berita, peristiwa dan maklumat itu adakah berguna kepada kita, apakah makna kepada hidup kita. Apakah ia membawa kebahagiaan kepada kita. Apa konsep bahagia? Apa konsep maju? Apa konsep jumud? Apa konsep hadari? madani? dan banyak konsep yang perkataannya kita sebut tetapi konsepnya kita tak faham.

Ambillah satu contoh. Konsep Bahagia. Ramai orang salah konsep tentang bahagia. Bahagia ialah ada kereta besar, rumah besar, pangkat besar dan mempunayai banyak benda besar.  Belum tentu bahagia!! Rasulullah SAW mengatakan bahawa seseorang itu akan bahagia kalau ada empat perkara ini. Pertama, isteri solehah (kalau orang perempuan, suami soleh). Kedua, rumah yang selesa. Ketiga, kenderaan yang selesa dan keempat, jiran yang baik. Itulah konsep bahagia disisi Islam. Kalau hendak disyarahkan tentu panjang. Diharapkan yang membaca posting ini dapat berfikir tentang membina konsep berkaitan dengan perkara yang ada dilingkungannya dan juga dalam posting akan datang aku akan berbicara tentang dua lagi keperluan pendidikan sepanjang hayat dan belajar melalui pengalaman. Sekian TQ

Pada 15 dan 16 Jun 2008 iaitu hari Ahad dan Isnin datanglah satu bas siswa siswi UiTM Jengka, Pahang pada pukul 12.30 pagi ke SMK Padang Tengku dengan hasrat murninya untuk memotivasikan murid-murid SMK Padang Tengku. Murid murid tingkatan Lima yang hendak ambil SPM tahun ini. Memanglah motivasi itu baik tetapi kalau salah bikin dia jadi sebaliknya. Hempeh…

Program bermula katanya 8.30 pagi Ahad. Tapi aku tengok pukul 8.30 murid-murid masih berkeliaran lagi di Pekan Sahari Padang Tengku (Pasar Minggu). Satu motivasi gagal. Menepati masa sudah tak berjaya diterapkan. Aku tidak menilai apa yang dibuat. Tentulah ada Ice Breaking sebagai permulaan bicara. Kata murid-murid ku lepas itu ada explore race. Buat apa explore race atau program mencari harta karun bagi bebudak yang nak ambil SPM tak sampai enam bulan lagi. Harta karun yang hendak dicari ada dalam buku teks atau nota-nota mereka, bukan menyusup-nyusup mencari bebenda yang entah apa-apa.  Siswa siswi ni nak bakar apa. Nak bakar lemak bebudak tingkatan lima aje. Letihlah bebudak itu.

Sepatutnya tetamu diraikan. SMK Padang Tengku sepatutnya meraikan siswa siswi UiTM Jengka yang berjasa tu. Tetapi nampaknya siswa siswi sendiri tak aturkan program itu.  Untuk pengtahuan orang Universiti, pagi Isnin setiap minggu semua sekolah ada perhimpunan mingguan, mengapa tidak ada program bersama. Apa salahnya siswa siswi UiTM berhimpun bersama-sama dengan seluruh warga SMKPT. Sekurang-kurangnya dalam ucapan Pengetua dapatlah Pengetua SMKPT mengucapkan terima kasih kepada UiTM. Sekurang-kurangnya dapat juga siswa siswi melihat gelagat bebudak sekolah yang beradab lebih baik daripada bebudak UiTM tu.  Ada sahabat guru-guru kata, hebat sungguh tetamu kita ni. Mereka duduk bersantai dan tidur di Master Bedroom kita tuan rumah tidur didapur dan dijamban. Mengapa jadi demikian?  Biasanya waktu perhimpunan kita berhimpun dalam Dewan Besar SMKPT tetapi pada hari Isnin lalu kita berhimpunan di Dataran Bakti (car park depan pejabat aje) sedangkan program motivasi UiTM dibuat di Dewan Besar. Siapa yang bodoh dan yang pandir aku tak tau!!

Bagaiman hasil motivasi?  Hebat!!  Pada hari ini, selasa 17 Jun 2008, apabila aku masuk ke tiga kelas tingkatan lima, hasilnya sangat mengecewakan.  Aku lihat dari aspek kedatangan. Ada kelas yang terbaik, yang tak hadir enam orang biasanya satu atau dua sahaja.  Ada kelas, murid yang tak hadir melebihi sepuluh orang biasanya dua atau tiga sahaja. Satu kelas yang teruk sekali. Yang tak hadir adalah lima belas orang. Mengapa tak hadir, kata mereka yang hadir, kami letih. Mereka letih kerana programnya meletihkan. Itulah motivasi bebudak universiti, MELETIHKAN!!.  Hasil lain tak ada. Semangat meningkat ke?  Jauh api dari ikan. Jadi ikan tak akan masak, ikan akan jadi busuk ajelah. Haa.. berjayalah motivasi kamu wahai bebudak UiTM Jengka. Budak letih, semangat turun, ulangkaji tak dapat dibuat. menghabiskan bores aje. Sekian posting aku yang agak kemarahan ini. TQ    

Murid-murid hari ini sangat berbeza dengan murid-murid lima tahun dahulu. Kalau tahun-tahun 70′an, 80′an dan 90′an dahulu murid-murid duduk mendengar dengan tekun, ada juga yang nakal, kaki bising tetapi tak ramai.  Murid-murid kini kurang boleh mendengar. Masa tumpuan mereka untuk belajar sekejap sahaja.  Walau pun menggunakan alat bantu mengajar yang tercanggih pun masa tumpuan mereka tak dapat dipanjangkan.  Menggunakan alat pemancar LCD tidak menjamin masa tumpuan murid dapat dipanjangkan. Alat canggih itu mungkin tak berbaloi jika digunakan dengan CD yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Oleh itu pendekatan mengajar yang sesuai perlu dicuba.

Dalam pengalaman saya sebagai guru selama 31 tahun, saya menggunakan pendekatan dimana murid yang bercakap dalam kelas, saya hanya mendengar sahaja. Saya gunakan kaedah yang pernah digunakan oleh seorang guru saya ketika beliau mengajar Kesusasteraan Melayu tahun 1971 dahulu. Cik gu Muhamad Hassan (Dato’) telah menggunakan satu pendekatan yang sangat menarik. Mulanya beliau ajar dahulu asas-asas menganalisis sajak, cerpen dan novel kemudian setiap orang murid (kami) diberikan tugas untuk menganalisa sama ada cerpen, sajak atau novel. Beliau akan menetapkan masa pembentangan.  Bila sampai waktu yang ditetapkan murid tertentu akan membuat pembentangan dihadapan kelas. Murid-murid lain mendengar dengan teliti disamping menyediakan soalan yang bersesuaian dengan tajuk pada hari itu. Setiap orang murid mesti mendapat tugasan dan mesti membuat pembentangan. Hasil dari pendekatan ini 16 orang daripada 32 murid mendapat A2 Kesusasteraan Melayu dalam MCE tahun 1971 itu.

Pengalaman ini saya telah praktikkan dalam P & P masa kini. Malangnya bukan semua murid menyahut cabaran untuk membuat dan membentang tugasan. Saya applikasikan pendekatan ini dalam mengajar sains. Saya bentuk kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu sub tajuk untuk dibuat tugasan. Setiap kumpulan akan membentangkan empat perkara bagi setiap sub tajuk. Pertama mereka mesti mencari kata kunci dalam sub tajuk berkenaan. Kedua, membina peta minda atau peta konsep bagi sub tajuk berkenaan. Ketiga membina/mencari lima ke 10 soalan objektif, satu atau dua soalan struktur bagi sub tajuk berkenaan dan Keempat, setiap kumpulan mesti menyediakan nota berdasarkan Learning Outcome yang tertera bagi sub tajuk berkenaan. Tugasan mesti disiapkan dalam masa dua minggu, pembentangan bagi satu sub tajuk dibuat dalam masa satu waktu pembelajaran (40 minit). Pembentangan boleh dibuat menggunakan kertas sebak (mahjong) atau menggunakan power point. Pendekatan ini boleh menjadi applikasi kepada pendekatan Konstruktivisme dan Pembelajaran Kenteksual.  Pendekatan ini menjadi pendekatan Konstruktivisme kerana murid sendiri membina konsep tentang pembelajaran mereka. Usaha mereka melibatkan 5E (Engage, Explore, Explain, Elaborate dan Evaluate).  Pendekatan ini menjadi Pembelajaran Konteksual kerana murid membina konsep berdasarkan pengalaman yang bermakna dan juga melibatkan hands on.   Usaha mereka merangkumi konsep REACT (Relating, Experiencing, Applying, Cooperating and Transfering)

Kerja guru adalah menjadi fasilitator, ketika yang sama guru mengawal kelas, membetulkan apa yang salah atau silap dari segi konsep atau fakta, mengukuhkan perkara yang betul, membuat sedikit komenter dan memuji yang betul. Secara tidak langsung guru dapat menanam self confidence (keyakinan kendiri) kepada murid-murid kita, mengurangkan teachers’ talk dan mengwujudkan students’ centered learning. Suara guru akan kurang kedengaran, suara murid tidak bising tetapi terarah. Kepada rakan-rakan guru selamat mencuba.

Cerita dari kawan lama

Sabtu lalu (14.06.08) aku ke majlis menjemput menantu sahabat sekampung. Aku jumpa abang Kob, duda anak sebelas yang baru menikah seorang janda anak enam. Abang Kob ni orang kuat UMNO ditempatnya. Ustaz yang dah pencen. Dia beritahu aku tentang sifat orang UMNO, dia kata “Mereka itu orang-orang UMNO mesti ada tiga sifat kalau nak berjaya dalam UMNO, iaitu pertama, ampu sini ampu sana.  Kedua tipu sini tipu sana. Ketiga sapu sini sapu sana.”  Abang Kob tambah lagi “Ahli-ahli ampu ketua cawangan untuk dapat subsidi, ketua cawangan ampu ketua bahagian nak dapat kontrak-kontrak kecil, ketua bahagian ampu Presiden atau MKT UMNO untuk dapat kontrak besar atau saham”. “Oleh itu” kata Abang Kob “jangan percaya UMNO dan selamanya aku memang ahli UMNO tapi setiap kali pilihanraya aku pangkah PAS.” 

Agaknya memang ramai orang UMNO jenis ini. Jenis semut berkumpul ditempat gula banyak, bila dapat gula semut akan usung gula ketempat lain.  Bagaimana kalau UMNO dah tak jadi tempat kumpul gula, alamatlah semut-semut itu akna berbondong-bondong lari ketempat lain. Kita lihat selepas 2013 nanti. Sebab ikut firasat DS Sanusi Junid, UMNO pupus tahun itu.

Kembali kepada cerita Abang Kob ini, aku minta dia tulis buku tentang pengalamannya. Beliau ni pandai bercakap, banyak juga pengalamannya yang boleh dimanfaatkan walau pun tak nafikan bahawa kelentongnya banyak juga. Dari coretan ceritanya, aku dapat menyambar khabar bahawa dia ditakuti atau disegani oleh dua Menteri Besar Negeri tok gajah ini. Itulah hebatnya Abang Kob. Sekian posting kali ini, TQ

Kalau ditanya kepada pada para guru hari ini, apakah yang paling mereka bimbang dari segi profesion mereka, jawapan yang diberi akan berfokus kepada dua perkara. Pertama ialah masalah PTK dan kedua ialah Laporan Prestasi (LNPT). Walau bagaimana pun bagi guru sains dan matematik mereka akan menambah satu lagi iaitu masalah profisiensi mereka dalam berbahasa Inggeris. Sekiranya pihak pentadbir sekolah ingin melihat para guru tidak stress dari segi profesion atau kerjaya mereka tiga perkara di atas perlu diberi perhatian.

Bagi mengatasi kerisauan atau kebimbangan para guru dari segi Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) para pentadbir wajarlah menilai para guru dengan penuh adil dan saksama. Sentiasa berikan mereka markah lebih daripada 90% agar mereka  sentiasa terdorong untuk meningkatkan mutu kerja. Selalu adakan perbincangan dengan para guru memfokuskan kepada usaha mencapai dengan cemerlang apa yang dinyatakan dalam borang LNPT. Ikut pusingan kerja pengisian LNPT dengan betul dan jangan segan untuk confront guru-guru yang ada masalah. Jangan sekali-kali mengugut para guru dengan menggunakan LNPT kerana apabila sekali dibuat ugutan nanti padahnya akan menjadi buruk sekali. Yang penting selalu ingatkan para guru bahawa LNPT merupakan perkara penting bagi kenaikan pangkat serta peluang untuk melanjutkan pelajaran. Kalau guru mengajar dengan baik dan dokumen Buku Rekod Mengajar dibuat dengan betul tak ada sebab guru berkenaan tidak boleh diberi markah melebihi 90%.

Kerisauan kedua ialah masalah PTK. Pihak pengurusan sekolah sewajarnya menganjurkan peluang berwacana bagi para guru tentang perkara yang berkait dengan PTK. Ceramah dan perbincangan tentang soalan PTK wajar diadakan terutama kepada guru-guru DG41 atau DG29 dan DG32. Bagi mereka yang sudah berada di DG44 keatas pihak pengurusan wajar mengadakan sessi kefahaman tentang kursus yang bakal mereka tempohi. Bagaimana nak buat esei, bagaimana nak buat public speaking, bagaimana nak bentang esei dan bagaimana menghadapi Ujian Akhir Kursus. Kalau perkara sebegini dibuat oleh pihak sekolah atau diaturkan oleh pihak tertentu di sekolah sudah pasti tension dan stress dikalangan para guru dapat dikurangkan. Malah guru-guru akan bertambah termotivasi untuk berkerja.  Inilah cara untuk memenangi hati para guru.

Satu lagi punca tension dikalangan guru khususnya guru sains dan matematik ialah masalah profisiensi mereka dalam bahasa Inggeris. Apa yang malang ialah terdapat pihak pentadbir yang tak pandai berbahasa Inggeris yang sangat memberikan penekanan kepada guru Sains dan Matematik supaya menggunakan BI dalam P & P mereka. Sedangkan yang bercakap dan menggesa itu sendiri tak mampu berbahasa inggeris. Inilah dasar burung kakak tua. Sebagai guru sains, saya merasakan bahawa mengajar sains dalam bahasa yang anak murid cukup asing dan kurang cekap sangat membebankan. Menggunakan Bahasa Melayu dalam P & P Sains dan Matematik pun masih sukar untuk menyampaikan mata pelajaran sains dan matematik. Inikan pula menggunakan BI.  Fokus dalam P & P sains ialah pengetahuan, kefahaman, applikasi, kemahiran proses sains serta kemahiran dalam straregi berfikir. Kalau tanya pengawai yang menekankan P & P dalam BI bagi Sains dan Matematik bagaimana nak mengajar perkara-perkara di atas melalui mata pelajaran sains sudah pasti mereka sendiri tiada jawapan yang tepat dan betul. Tetapi kerana dasar burung kakak tua,  yang dianuti, maka mereka tetap memaksa para guru buat seperti yang mereka hendak. Akhir sekali hujah mereka ialah dah jadi dasar kerajaan, kita ni pegawai aje, kita laksanakanlah apa yang disuruh. Sekali lagi hujah burung kakak tua, muncul. Nampak sangatlah pegawai atau pengetua berkenaan bukan orang Malaysia tetapi orang dari negara atas angin bukan negeri dibawah bayu. 

Semasa mula-mula P & P Sains dalam BI (PPSMI) dulu dilaksanakan para guru digula-gula dengan BISP. BISP untuk galakkan dan encourage para guru agar mengajar Sains dan Matematik dalam BI. Ramai guru yang layak mengisi borang untuk dapatkan BISP. Tapi kena ingat ramai pegawai atasan tak layak dapat elaun 5% itu sebab mereka bukan orang sains dan matematik walau pun pandai berbahasa Inggeris. Dengki juga mereka. Tiba-tiba timbul idea bahawa wang BISP itu kononnya patut diguna untuk belajar BI. Ini satu lagi hujah yang sangat tak masuk akal. Masa suruh orang buat pujuk dengan duit tapi bila gagal cerita lain pula timbul. Sahlah pegawai-pegawai di KPM sentiasa menekan para guru. Inilah konsep pentadbiran hura hara dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. Kita harap pihak di atas janganlah sukarkan hidup para guru!! Jauhkan dari BULI!!

Masalah lain ada juga seperti masalah mengisi borang yang entah apa-apa gunanya. Semakin canggih penggunaan ICT sepatutnya semakin kurang guna kertas, tetapi kini semakin hebat ICT semakin banyak borang yang hendak diisi.  Nampak sangatlah orang-orang diatas ni tak menghayati pnggunaan ICT atau mereka ingat kerja guru ni isi borang sahaja. Sekian untuk posting ini. TQ

Para guru sering diperdengarkan dengan pendekatan mengajar yang bernama pembelajaran masteri. Dari segi teorinya pendekatan ini memerlukan seorang guru mengajar sesorang murid atau sekumpulan murid sesatu hasil pembelajaran (learning outcome) sehingga murid itu mencapai hasil pembelajaran itu dengan betul dan tepat. Oleh kerana seseorang murid atau kumpulan murid itu tidak sama kadar pembelajarannya (having different pace of learning) maka pencapaian hasil pembelajaran tidak akan sama. Mengikut pendekatan ini selagi hasil pembelajaran tidak dicapai maka pembelajaran tidak boleh berubah. Murid dan guru mesti mengulang pembelajaran berkali-kali sehingga hasil pembelajaran yang dikehendaki tercapai.  

Akibatnya guru akan menghadapi masalah dalam menghabiskan sukatan pelajaran. Mengikut pengalaman, pendekatan ini tidak boleh diguna untuk mengajar sesuatu tajuk yang mempunyai banyak hasil pembelajaran untuk kali pertama.  Kali pertama mengajar sesuatu tajuk yang mempunyai banyak sub tajuk dan setiap satu sub tajuk ada beberapa learning outcome itu hendaklah menggunakan pendekatan lain seperti pendekatan pengajaran kontekstual atau pendekatan konstruktivisme. Dengan menggunakan pendekatan kontekstual atau konstruktivisme ini guru akan dapat mengatur pengajaran mengikut perancangan pengajaran yang dibuat. Oleh itu sukatan akan dapat disiapkan mengikut perancangan.

Bila hendak guna pembelajaran masteri? Ada dua cara yang dicadangkan untuk menggunakan pembelajaran masteri. (1) Melalui kaedah Test and Retest (2) Menggunakan bantuan tutor/guru Muda.  

Test dan Retest.  Kaedah ini digunakan untuk mengulangkaji mata pelajaran yang ada soalan objektif dalam kaedah pentaksirannya (dalam soalan peperiksaan sama ada pada peringkat PMR, SPM atau STPM). Mata pelajaran yang yang bersifat fakta seperti sains (biologi, kimia dan fizik), sejarah dan ekonomi asas sangat sesuai menggunakan kaedah ini semasa mengulangkaji. Pertama sediakan soalan objektif bagi tajuk pilihan. Seeloknya jumlah soalan antara 40 hingga 50 soalan. Kedua, jawab soalan itu di atas kertas jawapan dalam jangka masa yang ditetapkan (1 jam untuk 40 soalan, 1jam 15 minit untuk 50 soalan). Periksa jawapan (minta orang lain yang buat pemeriksaan).  Selagi jawapan yang betul tidak mengatasi 90%, sesorang itu mesti buat sekali lagi ujian objektif dari tajuk yang sama menggunakan soalan yang sama. Antara sesuatu test dengan test berikutnya murid hendaklah membuat ulangkaji. Kaedah ini hendaklah dibuat berulang kali sehingga jawapan betul mencapai 90% atau lebih. Ini bererti seseorang murid itu menguasai (master) semua hasil pembelajaran dalam sesuatu tajuk sebelum dia boleh berpindah ketajuk yang lain. Sekiranya sesorang murid itu menguasai semua tajuk sebelum hari peperiksaan maka murid berkenaan telah master subjek itu.

Menggunakan bantuan tutor/ guru muda.  Kaedah ini menggunakan bantuan seorang guru muda, rakan sebaya yang menjadi tutor untuk membimbing seseorang murid bagi memahami sesuatu tajuk.  Guru boleh membekalkan tutor/ guru muda dengan instrumen (kertas soalan) untuk digunakan bagi menguji kebolehan dan pencapaian seseorang murid.  Menggunakan kaedah ini menguntungkan kedua-dua pihak (situasi menang-menang) dimana tutor akan dapat lebih memahami apa yang diajar (pengajar boleh mengingat 90% apa yang diajar) dan penguasaaan murid dapat dikesan oleh tutornya. Bagi masyarakat Islam kaedah ini sudah biasa digunakan ketika mengaji Quraan, dimana seorang guru Quraan boleh mengajar berpuluh malah beratus murid sekaligus. Sebenarnya guru akan mengajar murid-murid yang senior dan setelah itu murid senior menggunakan kemahirannya untuk mengajar murid murid junior.  Murid tak akan beralih ayat atau surah yang dibaca selagi aspek tartil, fasahah serta tajuwid tidak betul. Belajar dari kaedah mengaji Quraan ini boleh memberikan para guru kefahaman untuk mengoperasikan pendekatan pembelajaran masteri ini.

Mengambil dua kaedah diatas dalam amalan P & P maka pendekatan pembelajaran masteri dapat dilaksanakan. Selalunya orang orang yang melawat sekolah sama ada Nazir Sekolah, Pegawai JPN atau Pegawai PPD tidak dapat memperincikan kaedah yang boleh digunakan dalam P & P seharian. Kalau tak percaya tanya mereka apabila mereka bercakap tentang berbagai pendekatan yang dicadangkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dalam P & P. Oleh itu para guru hendaklah mampu untuk menginovasi apa-apa pendekatan yang diperkenalkan oleh PPK dan cuba mengopersikan pendekatan itu dengan menggunakan kefahaman sendiri. Semoga para guru berjaya dalam membuat dan mencipta inovasi bagi P & P saudara dan saudari.  Sekian untuk posting ini. TQ