Skip to content

Saranan untuk Guru Sains SPM

Januari 28, 2009

Pada entri ini, aku ingin menukilkan saranan untuk sahabat-sahabat guru sains yang mengajar mata pelajaran sains SPM. Aku nukilkan saranan ini diawal tahun agar dapat digunakan bagi menpersiapkan anak murid menjelang peperiksaan SPM akhir tahun nanti.

Sepanjang pengalaman aku dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini aku dapati banyak kelemahan dalam penyediaan mereka untuk membekalkan anak murid mereka dengan persiapan yang betul.

SARANAN KEPADA GURU

                             

1.        Guru mesti mengetahui dan memahami format soalan peperiksaan Sains SPM sebenar supaya kefahaman itu boleh memandu dan membantu guru untuk membuat soalan ujian dan peperiksaan peringkat sekolah mengikut format sebenar.

2.         Membimbing pelajar dalam menjalankan kerja amali sains dan membuat pelaporan kerja amali sains yang betul agar anak murid mudah menjawab soalan C10 dengan baik.

3.         Mendedahkan teknik menjawab soalan yang betul kepada pelajar mereka supaya dapat membantu pelajar menjawab soalan dalam peperiksaan SPM sebenar.

4.         Sentiasa mengadakan perbincangan profesional sesama guru untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

5.        Membimbing calon untuk memahami konsep dan prinsip asas sains serta kemahiran proses sains terutamanya membina hipotesis, mendefinisi secara operasi, membuat inferens, membuat pemerhatian dan lain-lain.

6.         Membimbing calon supaya menjawab soalan mengikut arahan yang ada dalam soalan bagi soalan-soalan Bahagian C.

7..        Sebelum dan semasa menjalankan eksperimen :

• Menyoal pelajar apakah tujuan eksperimen yang akan dijalankan.

• Pelajar hendaklah menyebut dan memahami setiap  pembolehubah dengan betul.

• Pastikan pelajar boleh membezakan antara pembolehubah.

Membuat latihan untuk mengeksperimen.

• Melatih pelajar membuat laporan PeKA.

8.        Guru mesti meningkatkan kemahiran mereka dalam subjek yang diajar supaya pelajar tidak tertinggal terutamanya tentang konsep baru. Guru mesti faham konsep asas sains dengan jelas sebelum mengajar.

9.        Guru mesti peka dan memahirkan diri dengan bentuk soalan yang terbaru dan format soalan SPM terbaru.

10.       Guru masih perlu menggunakan kaedah lama iaitu latih tubi menjawab   soalan  SPM tahun-tahun lepas dan membincangkan jawapan dengan terperinci sambil menekankan penggunaan istilah-istilah dan takrifan yang betul.

11.      Jangan lupa melatih anak murid menjawab soalan tahun-tahun yang lalu terutama soalan dari tahun 2003 hingga 2009. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menjawab soalan sebenar.

Aku harap posting kali ini dapat membantu sahabat semua dalam penyediaan calon-calon SPM tahun ini. Sekian TK

About these ads
6 Komen leave one →
  1. November 12, 2009 11:09 am

    saya setuju kalo ada aper2 tips dan koleksi soalan2 tahun2 lepas dari mana2 negeri tlg emailkan saya ye…

    Untuk Tips bacalah entri saya pada 11 November 2009. Tips Sains SPM. Koleksi tu boleh pakai soalan tahun-tahun SPM sebenar 2003-2008.

  2. Februari 19, 2010 11:47 am

    Hhmmmm…, insafnya saya bila membaca entri ini, lebih kuat semangat saya berusaha untuk anak dan bangsa!

    Semoga keinsafan itu akan menjadikan cikgu terus berusaha memperkayakan pengetahuan dan kefahaman sendiri serta mengaplikasikannya dalam kelas ketika mengajar. Dibanyak tempat terutama di luar bandar memang anak murid sangat bergantung harap kepada para guru.. Ayuh saudaraku semua para guru teruskan usaha murni anda…..

  3. Cikgu Sobrye permalink
    Februari 21, 2010 7:29 pm

    Insyaallah, mudah-mudahan keinsafan ini akan dapat dirasai oleh semua guru-guru di seluruh Malaysia….Anak-anak murid kita, pembela kita di masa hadapan…

  4. Februari 27, 2010 9:28 pm

    salam..

    terima kasih atas perkongsian ini..

    moga2 saya dapat mengikutinya..

    Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Semoga ada kefahaman yang betul dan dicuba sendiri. Belajar untuk mengajar melalui pengetahuan dan pengalaman. Selamat mencuba dan seterusnya berjaya.

  5. cg zaiton permalink
    Julai 31, 2010 12:15 am

    salam. ada tak tips tertentu untuk membantu pelajar lemah menjawab soalan kertas 1?

    Ada bebrapa strategi antaranya: Membuat “test and retest”, (kaedah ini perlu dibuat soalan objektif yang sama beberapa kali dari satu topik sehingga mencapai 85% betul). Membuat kaedah elemination atau kaedah menyingkir jawapan yang tidak betul satu demi satu. Mempastikan menjawap setiap satu soalan selama 1 minit 30 saat. Itulah antara strategi yang perlu dibuat. TK

  6. Januari 15, 2013 11:45 pm

    Terima kasih di atas tips-tips tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: