Lompat ke isi kandungan

Pelembut Daging

Jun 10, 2009

Musim cuti sekolah adalah juga musim orang buat kenduri kawin. Oleh kerana ramai orang yang hendak kawin kini, tak kiralah sama ada cuti sekolah ke atau tidak majlis kenduri kawin atau kenduri kesyukuran tetap dibuat juga.  Walau pun ekonomi sedang meleset tetapi majlis kenduri tetap diadakan. Biasanya antara hidangan lauk utama yang disediakan ialah daging kerbau atau lembu. Sama ada dimasak sebagai gulai kawah atau rendang. Selain daging mungkin juga ayam. 

Kerap kali daging yang dimasak itu liat. Oleh itu dibawah ini saya cuba untuk menulis pengalaman yang pernah saya lihat bagaimana usaha untuk melembutkan daging atau ayam yang liat itu.

  • Menggunakan betik. Mana-mana bahagian betik, sama ada akar, bahagian kulit, daun atau buah betik boleh digunakan untuk melembutkan daging atau ayam yang liat. Cara menggunakannya ialah dengan memasukkan bahagian betik yang dipilih ketika memasak gulai. Adalah dipercayai bahawa betik mempunyai enzim proteolitik yang mampu untuk mengurai protein yang menyebabkan daging menjadi liat. Walau bagaimana pun penggunaan bahagian betik boleh menyebabkan masakan terasa pahit. Oleh itu pengguna hendaklah mengetahui sebanyak mana bahagian betik perlu digunakan.
  • Tempurung kelapa. Tempurung kelapa juga boleh digunakan sebagai ejen pelembut daging dan ayam. Tempurung kelapa hendaklah dibersih terlebih dahulu dan saiznya hendaklah lebih besar dari hirisan daging. Oleh kerana warna tempurung kelapa adalah juga hitam seperti warna daging yang dimasak, maka jika saiznya kecil nanti ditakuti akan diambil oleh mereka yang sedang makan. Penggunaan tempurung kelapa dalam gulai biasa digunakan semasa membuat gulai kawah untuk majlis kenduri kawin.
  • Daun nangka. Daun nangka juga pernah dicuba untuk melembutkan daging. Hasilnya tidak mengeciwakan. Saya pernah melihat penggunaannya ketika saya mengadakan majlis kenduri kawin anak saya. Semasa menyiang daging saya dapati daging agak liat sedikit. Oleh itu saya meminta tukang masak untuk berusaha menjadikan daging itu lembut. Seseorang mengcadangkan agar menggunakan daun nangka yang memang terdapat tidak jauh dari tempat memasak.
  • Daun manggis. Semalam jiran saya mengadakan majlis kenduri kesyukuran. Hidangan gulai ialah gulai ayam kampung. Semasa memasak didapati daging ayam tidak lembut. Anak tuan rumah pergi mengambil dua helai daun manggis dan meletakkan kedalam gulai yang sedang mendidih. Tidak lama selepas itu daging ayam yang liat itu sudah menjadi lembut. 
  • Ada juga orang yang mencadangkan penggunaan daun pokok koko. Bagi penggunaan daun koko saya belum lagi melihat kesannya. Saudara saudari pembaca boleh mencubanya sama ada ia berkesan atau tidak.

Pengalaman ini boleh dikukuhkan lagi menjadi sesuatu yang diyakini keadaannya dengan membuat penyelidikan secara saintifik. Sebenarnya banyak ubatan dan barangan yang ada dalam pasaran kini bermula dengan mengutip pengalaman orang-orang dahulu dan kemudiannya dilakukan penyelidikan secara saintifik. Apabila sesuatu produk dari penyelidikan itu diketahui kesannya dan telah melalui beberapa kali ujian maka bahan sama ada berbentuk ubat atau barangan bolehlah didaftarkan hak ciptanya. Bahagian inilah rakyat Malaysia selalu ketinggalan.

Pengetahuan begini tidak sampai kepengetahuan orang ramai. Biasanya isu dan kefahaman sebegini tidak dimasyarakatkan. Jadilah perkara hak cipta itu milik orang tertentu sahaja dan adakalanya orang lain dan orang luar merampas peluang hak cipta yang dimiliki oleh rakyat biasa. Perkara ini akan menjadi lebih teruk lagi apabila semua maklumat tentang proses pendaftaran hak cipta hanya terdapat dalam bahasa tertentu sahaja. Usaha untuk mempelajari teknologi dalam BI boleh menyebabkan perkara ini menjadi lebih parah. Rakyat terbayak tidak akan faham proses sains dan teknologi. Oleh itu yang akan untung hanya segelintir rakyat sahaja.

Kepada para pembaca budiman, sekiranya terdapat lagi maklumat tentang usaha melembutkan daging melalui pengalaman atau petua-petua orang lama, harap tambah dalam enteri saya ini. Sekian dahulu buat kali ini. TK

About these ads
7 Komen leave one →
  1. ashley permalink
    Jun 10, 2009 12:18 pm

    betik dan tempurung kelapa tu adalah di dalam pengetahuan saya..

    di utara tanahair, orang perlis kadang kadang melembutkan daging dengan mencampurkan belacan selain menambahkan perisa dalam masakan itu…
    kalau masak kicap ke apa ke yang bersesuaian..

    Masalahnya orang dikawasan tempat saya tinggal ni tak berapa gemar belacan tu. Tapi kalau dirumah saya tu boleh guna belacan sebab isteri saya berasal usul dari Jitra Kedah. Walau bagaimana pun kalau masak gulai tempoyak tu dia mahir juga….

  2. NSAM permalink
    Jun 11, 2009 1:45 am

    oo..mcm tu rupanya nk melembutkan daging. yang saya tahu, kalau tak nak daging liat cara potong daging kene menentang urat/jalur daging..

    lepas ni boleh la cuba letak daun-daun tu..

    Cara memotong menentang urat tu memang patut dibuat. Bagaimana kalau daging itu dari kerbau atau lembu tua atau dari ayam pencen. Itu yang jadi masalah kalau memasak. Lagi pula masak dalam kuantiti yang banyak. Sekawah atau seperiuk besar. Kalau masak dalam kuantiti sedikit mungkin ada cara lain kot…

  3. Jun 12, 2009 12:47 pm

    Salam,
    Ada g guna panadol utk melembutkan daging ayam.
    Sesuai terutama yg selalu pening kepala!!

    selamat mencuba.

  4. Kak Long permalink
    Jun 12, 2009 1:28 pm

    Banyak juga bahan yang ada di sekeliling kita boleh digunakan untuk memudahkan, cuma kadang-kala tu terlepas pandang. Terima kasih beri tips ni. Nak cuba lepas ni.

  5. Jun 13, 2009 11:21 am

    Salam, jangan lupa lembutkanlah juga hati-hati anak bangsa yang kian membarat kagum dengan barat bahasapun barat.

    Untuk lembutkan hati-hati anak bangsa tak bolehlah pakai ramuan daun atau pokok. Ramuannya pelebut hati ialah bacaan Al Quraan, wirid-wirid yang khusus, solat hajat dan amalan-amalan kerohanian. Kalau dah pemimpin negara sendiri tak berapa minat tentang hal ini maka tinggallah kita buat kerja ini melalui badan dakwah dan usaha-usaha masjid dan surau yang sentiasa buat program yang baik.

  6. Jun 24, 2009 9:09 pm

    Ibadah semua tu. InsyaAllah banyak pahalanya tu…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: