Laluan Menjadi Guru Cemerlang
Banyak kali aku ditanya bagaimana aku boleh menjadi Guru Cemerlang (GC) setelah menjawat jawatan Pengetua. Semasa aku menjadi Penolong Kanan 1 di SMK Sungai Koyan (1994), aku mendapat makluman tentang jawatan GC. Apabila Jemmah Nazir Sekolah (JNS) dari Raub datang melawat SMK Sungai Koyan aku sempat bertanya kepada Ketua Nazir dari Raub berkaitan dengan jawatan GC itu. Ketua JNS dari Raub itu takdirnya adalah guru aku semasa aku belajar di SMK Sultan Abu Bakar Kuantan dahulu. Beliau ialah cikgu Aman Shah (Kini Datuk Bergelar bagi Negeri Selangor yang bermastautin di Kuala Kubu Baharu). Setelah beliau menerangkan perihal jawatan itu kepada aku, beliau meminta aku memohon jawatan tersebut. Beliau menyuruh aku berjumpa dengan PPD Lipis ketika itu (Dato’ Haji Abdullah Abdul Kadir) meminta pihak PPD Lipis mencadangkan aku ke jawatan berkenaan. Aku berbuat seperti yang beliau minta. Dato’ Abdullah telah mencadangkan hal itu kepada JNS Negeri Pahang.
Pada bulan April 1995 aku berkursus selama sebulan di Institut Aminuddin Baki (IAB) Utara, di Jitra Kedah. Sekembalinya aku dari kursus itu aku didatangi oleh dua orang JNS dari Kuantan untuk membuat penilaian terhadap aku. Oleh kerana aku tak sempat membuat apa-apa persediaan untuk P&P pada hari itu dan juga aku sibuk dengan mesyuarat dengan PIBG membincangkan tentang beberapa perkara yang berkait dengan pembangunan sekolah (masa itu aku adalah Pemangku Pengetua SMK Sungai Koyan), maka aku gagal untuk mendapat jawatan GC.
Pada akhir 1996 (15 November) aku ditukarkan ke SMK Setia Wangsa, sebagai Pengetua. Ketika itu aku masih menjawat jawatan DG3, GC pada ketika itu ialah DG2. Aku terus menunggu kalau-kalau aku ditawarkan jawatan GC itu. Sementara itu aku sempat membuat beberapa inovasi dalam P&P dan ketika yang sama aku sibuk mentadbir SMK Setia Wangsa (SMKSW). Satu kesempatan yang berkaitan ialah apabila aku diminta oleh Pengetua Sekolah Menengah Agama Padang Tengku (SMAPT) agar dapat membantu mereka menyediakan calon-calon SPM bagi mata pelajaran Sains. SMAPT tiada guru Sains bagi mengajar murid Tingkatan Lima. Aku ke SMKPT seminggu sekali, mengajar selama dua jam. Untuk mengatasi masalah tidak siap sukatan pelajaran aku menggunakan kaedah P&P menggunakan Peta Minda. Aku ajar bagaimana membuat peta minda dan membahagikan kerja membuat peta minda kepada sepuluh kumpulan yang berbeza (masa itu sukatan sains SPM ada sepuluh tajuk sahaja). Minggu berikutnya semua kumpulan menghantar peta minda masing-masing. Aku baiki peta minda itu dan membuat salinan untuk diedarkan kepada setiap murid. Aku gunakan peta minda itu untuk mengulangkaji mata pelajaran sains. Alhamdulillah apabila keputusan SPM bagi kumpulan ini keluar, SMAPT dapat 100% lulus dengan beberapa orang mendapat A. Inilah pertama kali SMAPT dapat keputusan Sains SPM 100%.
Bertolak dari kejayaan ini aku memperbaiki kaedah P&P menggunakan peta minda dengan memperbaiki peta-peta yang ada semasa aku berpeluang berkongsi pengalaman dengan guru-guru Sains di Lipis, Raub, Bentong dan Jerantut dan juga dengan beberapa orang guru yang dikumpulkan oleh Unit Kurikulum JPN Pahang. Sehingga satu hari En Kang Tong Hang, pegawai Sains dari JPN meminta aku menyertai pertandingan dibawah kelolaan Malaysian Toray Science Foundation (MTSF). Oleh kerana tiada bahan inovasi lain yang terbukti berjaya, aku menghantar bahan ini untuk menyertai pertandingan (Using Mind Map as an innovation in teaching General Science). Aku dipanggil untuk temuduga di Petaling Jaya dan sebulan kemudian aku menerima keputusan penyertaan itu dengan hadiah Runner Up. Pada 8 November 1998 aku menerima hadiah itu di Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Awal 1999 aku membuat permohonan GC sekali lagi. Pegawai PPD Lipis (Tuan Haji Syed Mohammad Syed Agil) telah membuat cadangan bagi pihak PPD Lipis. Bulan September 1999, JNS dari Raub datang menilai aku. Pada 12 Mac 2001 aku menerima tawaran GC dan pada 16 Mei 2001, aku mendapat surat penempatan ke SMK Padang Tengku sebagai GC.
Dalam hal ini aku banyak terhutang budi kepada mereka yang aku sebut namanya di atas kerana merekalah antara orang yang membatu aku secara langsung atau tidak langsung sehingga membolehkan aku menjawat jawatan GC, pada aras DG2. Kemudiannya apabila SSM dijalankan DG2 menjadi DG 48. Ketika aku menduduki PTK aku mendapat kedudukan IV, IV. Sebelum aku bersara wajib aku ditawarkan jawatan DG 52.
Kepada guru-guru yang masih berkhidmat, aku mengharapkan supaya rajin-rajinlah membantu rakan-rakan sejawat dengan berkongsi pengalaman, bahan inovasi dan pengetahuan baru dalam P&P. Ujilah kaedah mengajar kepada anak-anak murid, carilah yang terbaik. Insya Allah dengan perkongsian anda akan dapat lebih, dengan inovasi P&P akan menjadi lebih mantap serta dengan pengetahuan dan kaedah baru, kita akan lebih terserlah dan lebih berjaya. Semoga rakan-rakan guru dibilik darjah tidak menjadikan kebosanan sebagai alasan dan dalih untuk tidak mencuba. Sekian kiriman yang dibuat diperantauan. Belfast Ireland Utara. TK.
Ada sesuatu yang aku ingin tambah!!! Pernah terjadi di sebuah sekolah yang terkenal, tempat aku pernah mengajar. Pengetua sekolah berkenaan seolah-olah menasihatkan kepada guru-guru yang baru menjawat GC bahawa GC akan rugi apabila pencen nanti kerana jawatan mereka bukan HAKIKI tetapi KUP sahaja. Pencen dan imbuhan pencen mereka akan dikira pada gaji HAKIKI. Sukar juga bagi rakan-rakan GC yang baru untuk mencari jawapan.
Apabila rakan GC tanya aku, jawapan aku senang sahaja, sila lihat formula mengira pencen dan imbuhan pencen. Semua pengiraan berdasarkan gaji terakhir dharab bulan berkhidmat dengan angkali tertentu. Detail sila tanya kerani kewangan sekolah masing-masing. ….. Sekian TK

SALAM..
SAYA GURU BARU (SETAHUN MENGAJAR DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH) YANG MAHU BERJAYA. BERJAYA DALAM MENDIDIK DAN BERJAYA SEBAGAI MANUSIA. KEJAYAAN TUAN PEROLEHI CUKUP MEMMBUAT SAYA KAGUM.
SAYA AKAN TERUS TABAH DAN GIGIH BERUSAHA UNTUK MENJADI GURU YANG SANGAT BERJAYA.
TERIMA KASIH ATAS PEDOMAN TUAN
Salam tuan. Saya baru mendaftar di Matrikulasi sebagai pegawai D44 (terbuka). Baru dapat surat GC 44. Mana lebih prospek kerjaya yang terbaik.
salam..
saya merupakan pelajar tahun akhir dlm bidang pendidikan..saya amat kagum dengan usaha tuan dalam membuat bahan p&p dan berjaya menghasilkan murid yang cemerlang. tetapi, persoalannya bagaimana pula hendak membentuk murid yang mencintai pelajarannya bukan sahaja untuk peperiksaan tetapi menanam ilmu tersebut ke dalam hati di sekolah, berkembang mekar di peringkat universiti dan menghasilkan buah yang baik kepada negara. seperti yang sedia maklum, kebanyakkan murid lepasan sekolah apabila di universiti, mereka menerima satu proses pengulangan semula dalam menanam ilmu terbabit. Hal ini kerana mereka bertanggapan belajar adalah untuk lulus peperiksaan..
salam…alhamdulillah laluan kejayaan tuan menjadi inspirasi untuk cuba menjadi seorang guru yang berkesan dan cemerlang. tuan, boleh tuan nyatakan di sini buku2 yang boleh saya jadikan panduan. dan apakah yang patut saya lakukan untuk meningkatkan keyakinan diri? terima kasih.
Terima kaseh atas nasihat tuan…Insha Allah…(Maher Zain)
assalamualiakum..
saya berasa kagum dengan semangat dan coretan tuan yang begitu bersemangat. saya seorang guru gc kemahiran hidup. saya begitu berminat untuk belajar teknik tuan membuat peta minda. bolehkah tuan menunjukkan contoh peta minda yang tuan telah hasilkan sebagai panduan saya.saya sebagai gc begitu berminat untuyk berkongsi ilmu dan pengalaman tuan sebagai gc…bimbing dan bantu lah saya. terima kasih.
A,kum cikgu. Sy baru je baca blog cg ni. Tahniah atas semangat cg yg begitu membanggakan.
Wlpun dah jadi pengetua masih lg berminat utk jd GC. Ini kali pertama sy dgr pengetua mohon jd GC. Biasanya bila dah pentadbir spt GPK ke pengetua ke org dah tak minat jd GC. Sy br je dpt jd GC Matematik. Cuma sy nak tanya boleh suatu hari nanti sy atau GC yang lain nak mohon jadi pentadbir pulak?
Salam, Saya sudah menagajar 14 tahun, tidak pernah merasai APC, apatah lagi merasai DGA32 kerana di penghujung zon 9 tahun sebelum layak mendapat DGA32 saya dilantik ke DG41 walaupun ketika itu keputusan PTK saya melayakkan saya mendapat kenaikan pangkat DGA32. Hanya angan-angan kosong saja, dalam mimpi saja.Rayuan telah dibuat untuk menimbang semula kenaikan tangga gaji DGA32 sebelum lantikan DG41, tapi mendapat jawapan yang mendukacitakan.Sekarang mengajar dengan tangga gaji DG41 yang jauh berbeza daripada rakan-rakan yang tidak sambung belajar menikmati gaji lebih tinggi dalam tangga gaji DGA32. Jika dilihat dalam Buletin NUTP, antara syarat-syarat memohon GC adalah 7 tahun mengajar di gred gaji DG41. Mustahil untuk saya memohon GC kerana kaedah 3+7 yang diguna pakai untuk naik ke gred DG44, kerana sekarang sudah 6 tahun di gred gaji DG41, tahun hadapan sudah layak memohon DG44.Apa kesudahan nasib kami yang nak mohon GC syarat tidak mencukupi, tapi dah hampir melayakkan kenaikan pangkat DG44. Hasrat untuk memohon GC kadand-kadang tenggelam timbul dek kerana masalah yang sering membelenggu kami para guru yang mulanya DGA29, sambung belajar mendapat gred gaji DG41.Luahan rasa
salam…sekadar berkongsi cerita, saya posting gred DG29, 1997, 98 sambung UKM, 2003 grad, 2005 dpt lantikan DG41, malang sama macam awak tak merasa DG32…slps 6 thn di DG41, 2010 memohon GC… alhamdulillah…rezeki saya jun 2011 dapat GC Pend Islam dan memangku gred DG44, kalau nak diikutkan 2011 saya dah boleh mohon DG44, tp sbb GC akan dpt pengesahan DG44, so saya tak mohon….sbb tunggu pengesahan….lagi sekali malang…Skim SPBA….di mana kedudukan GC yang memangku DG44 dan belum dapat pengesahan seperti saya ni?????
cikgu,
saya pernah mendengar kalu cikgu2 ada cita2 nk keluar dari status guru d sekolah, contohnya p ke jabatan atau kementerian, jangan apply GC. sbb ia akan membuatkan cikgu2 terus stay kat sekolah atas alasan kecemerlangan cikgu2 dalam subjeknya diperlukan untuk berada d kelas. so bagaimana pandangan cikgu ya? saya selama 4 tahun ngajar ni boleh la kate kerje ok, komited sementelahan lagi lelaki+bujang+muda. tp saya bercadang agar suatu hr nnt saya dapat keluar dr sekolah sbb rasa x letih dengan karenah budak tp dlm masa sama p&p saya i’allah berkesan.
tahniah di atas ketekunan tuan haji. Daokan saya semoga dapat mengikut jejak langkah tuan.
Tahniah Tuan Haji….saya pun bercita-cita untuk memohon GC, walaupun masih tak layak tapi saya akan berusaha dan terus berusaha bukan hanya kerana GC tetapi demi kecemerlangan murid-murid saya…
tahniah cikgu,sy juga merupakan pendidik dan kini sedang berusaha untuk menjadi gc disamping meningkatkan prestasi p&p supaya pelajar lebih banyak cemerlang dlm kimia.harap-harap saya pun akan jd gc mcm cikgu kerana di sekolah sy ada gc kimia.dia byk memeberi semangat kpd sy utk menjadi gc.
salam tuan,
sy menghormati GC memandangkan tuan sendiri sukar untuk mendapat GC. Tetapi baru2 ini ustazah di sekolah sy yg posting tahun 2006 telah dapat GC berkuatkuasa Disember 2011. Agak terkejut kerana beliau tiada inovasi dlm P&P, tiada pernah membuat kajian tindakan, tidak pernah dilantik menjadi JU, tidak pernah mendapat APC telah diluluskan utk jd GC. Semasa nazir datang observe, beliau sempat lagi mengarahkan murid-murid yang ” bodoh” masuk ke kelas lain ( ustazah ini mengajar bersama dgn guru j-qaf, murid dlm kelas dibahagikan dlm kumpulan. Memang ustazah ini mengeluarkan perkataan murid-murid yg bodoh sehingga ada murid yg tersinggung dan menceritakan perihal ustazah itu kepada ibubapa ). Ustazah ini mengwar2 kan nazir yg datang observe itu adalah org sekampung dgnnyer. Ustazah ini memang cukup dikenali sbg seorg yg suka menyakit kan hati org, suka menabur fitnah dan suka menipu. bila ustazah itu dapat GC, seolah2 GC mudah sj diperolehi oleh guru yg kurang berkelayakan..apa pendapat tuan..z
saya baru kerja 4 tahun di gred 41.ada cita cita nak dapat GC…Apa perlu saya buat untuk ke arah GC ni. terima kasih
salam, saya ingin bertanya apa kelebihan menjadi GC dan apa kelebihan menjadi guru akademik tingkatan 6?