Lompat ke isi kandungan

MALAM PERTAMA BULAN RAMADHAN

Julai 25, 2010

16 hari lagi, Insya Allah Ramadhan akan menjelang tiba. Sebagai mukmin kita wajar gembira untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan, bulan barakah bagi kaum mukmin, bulan latihan kepada kita semua untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Maka di bawah ini dinukilkan amalan-amalan yang wajar dibuat sebagai mensyukuri nikmat dapat bersama menlalui latihan sebulan Ramadhan.

Hendaklah kita membuat persediaan awal bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan ini semoga persediaan awal itu menjadikan azam kita lebih mantap. Persiapan awal juga dapat menggerakkan kita mendalami ilmu tentang Ramadhan dan amalan-amalan yang betul, bukan mengikut amalan kebiasaan yang mungkin tidak betul. Kita ingin memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah SWT bukan melayan nafsu makan seperti yang berlaku didepan mata kita masa kini.

Apakah amalan yang perlu kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan?  Kita mulakan berkaitan amalan bagi malam pertama Ramadhan, malam yang khas sebagai bersyukur menyambut ketibaan Ramadhan tahun ini..

Mari kita lihat hadith riwayat At Tarmizi daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya : “Apabila tiba hari pertama dari bulan Ramadhan akan dibelengu para syaitan, diikat para jin, ditutup pintu-pintu  nereka, dibuka pintu-pintu  syurga dan akan berserulah orang si penyeru”

Malam pertama bulan Ramadhan sangat ditunggu-tunggu oleh para sahabat kerana ia adalah malam yang agung dalam setahun. Lima perkara yang perlu dilakukan  :

1. Melihat hilal [anak bulan]. Lantas kita berdoa dengan doa yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Tarmizi, Ahmad, hakim dan Ibnu Hibban di dalam musnad Ad Darimi dari Ibn Umar R.A berkata , bahawa Rasulullah SAW apabila melihat hilal baginda bersabda : Maksudnya : “Allah Maha Besar. Ya Allah kurniakanlah kami keamanan, keimanan , keselamatan dan Islam serta taufek dengan apa yang Engkau sukai dan redhai. Tuhanku dan tuhan mu hanyalah Allah.”

Bulan Ramadhan bulan yang aman, aman daripada maksiat dan syaitan. Bulan selamat, selamat iman dengan ketaatan. Bulan selamat daripada api neraka. Bulan Islam. Tuhan kita tuhan yang sama.  Jika kita tidak melihat sendiri anak bulan pun boleh baca juga doa di atas.

2. Hantar ucapan tahniah melalui SMS, telefon, email dan sebagainya kepada mereka yang kita kenal mau pun tidak kenal, untuk menaikkan semangat-semangat mereka, untuk giatkan amalan ketaatan sepanjang bulan Ramadhan.

3. Bagi yang telah berkeluarga, jadikan anak-anak gembira dengan kedatangan Ramadhan , dengan memberi hadiah, memasang lampu, baju khas dan hiasan-hiasan di rumah. Kerana kita ingin mengikat hati anak-anak kita dengan kebesaran bulan Ramadhan. Menanamkan kepada mereka bahawa Ramadhan adalah bulan yang agung dan istimewa, bukan semata-mata kesusahan dan kepayahan berpuasa tetapi di dalamnya adalah  kegembiraan.

4. Qiamul lail . Pada malam pertama Ramadhan jangan lupa berqiamul lail. Termasuk Qiamul lail ialah melakukan solat Tarawikh. Satu-satunya solat sunat yang hanya ada dalam bulan Ramadhan.

 5. Himpunkan niat. Ini penting untuk memulakan Ramadhan.

Pertama : Kita berniat untuk berpuasa esok . Manakala  fuqaha’ mengharuskan untuk kita berniat berpuasa keseluruhan bulan .

Kedua: Niat kembali [ taubat]. Iaitu kembali secara total kepada Allah SWT. Kerana ini adalah satu peluang yang besar di dalam bulan Ramadhan untuk kita kembali, atau bertaubat kepada Allah SWT. Allah sangat gembira apabila hamba-hambaNya kembali kepadanya. Lantaran itu berniatlah bersungguh sungguh untuk kembali kepada Allah SWT dangan taubat yang sempurna , daripada semua dosa kecil dan dosa besar.

Rukun taubat ialah :

  • Meninggalkan perbuatan dosa
  • Menyesal
  • Berazam tidak akan mengulangi lagi.

Jika kita ada terambil hak orang, maka pulangkanlah.. sesungguhnya Ramadhan adalah sepenting-penting musim untuk pengampunan dosa.

Hadis Rasulullah SAW , di riwayatkan dari Abu Hurairah ; Maksudnya : Sembahyang lima waktu, solat jumaat ke jumaat, Ramadhan ke Ramadhan menghapus dosa di antara keduanya apabila dijauhi dosa-dosa besar.

Ketiga: Niat untuk melipat gandakan ibadah. Kita mesti mempunyai azam yang bersungguh-sungguh untuk beribadat kepada Allah Taala. Ibadat dalam bulan Ramadahan mesti berbeza daripada ibadat pada bulan-bulan yang lain, seperti kita menggandakan qiamullail, berdoa, berzikir dan sebagainya.

Keempat : Niat untuk kuatkan ikatan persaudaraan antara orang Islam, hubungkan silatur rahim yang putus.

Kelima : Berniat untuk mengajak orang lain sama-sama kembali kepada Allah, seperti mengajak orang yang merokok supaya berhenti merokok, mengajak wanita memakai hijab yang sempurna dan sebagainya. Kerana pada bulan ini syaitan di belengu, maka jadikanlah diri kita sebagai ’sebab’ orang lain dapat hidayah .

Maksudnya : Dan jika Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki dengan sebab kamu , adalah lebih baik daripada unta merah.

Ayuh!! sama-samalah kita ingat meningati, meningkatkan usaha semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik setakat hayat kita masih ada. Semoga Allah SWT memberikan barkat dan rahmat Nya yang melimpah ruah kepada semua mukmin yang taat kepada Nya. Wallah Wa’lam. Sekian TK. 

About these ads
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: