Lompat ke isi kandungan

Menunggu Solat Berjemaah dan Saf

Mac 20, 2012

Di antara kelebihan yang akan dikecapi oleh sesiapa yang datang ke masjid untuk solat fardhu berjemaah ialah menunggu didirikan solat berjemaah. Rasulullah SAW telah memberitahu ummatnya bahawa, sesungguhnya sesiapa yang menanti dan menunggu didirikan solat berjemaah sama ada di dalam masjid atau di mana-mana tempat yang dikhususkan untuk solat berjemaah maka dia akan diberi ganjaran dan pahala seperti orang yang sedang melakukan solat. Dalam pada itu para Malaikat pula memohon keampunan dan rahmat untuk dirinya.

Di antara hadis-hadis tersebut, ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ra. Katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya sesiapa saja dari kalangan kamu yang duduk di dalam masjid kerana menunggu didirikan solat berjemaah maka dia akan dikira sebagai orang yang sedang melakukan solat selama mana dia tidak berhadas, sementara para Malaikat pula sentiasa berdoa untuknya dengan kata mereka: ‘Wahai Tuhan kami!! Berikanlah keampunan Mu untuknya dan cucurilah rahmat Mu ke atas dirinya’.”

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW juga memberi tahu kita; Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ra. katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Para Malaikat berselawat ke atas sesiapa saja dari kalangan kamu selama mana dia berterusan berada di tempat solat yang dia solat padanya selagi dia tidak berhadas. Para Malaikat juga akan berdoa untuknya dengan ucapan: “Wahai Tuhan kami!! Berikanlah keampunan untuknya. Wahai Tuhan Kami!! Limpah-kanlah rahmat Mu ke atasnya.” – Hadis riwayat Imam Bukhari.

Ketika menlaksanakan solat jemaah penjagaan saf adalah perkara penting. Perihal menjaga saf dalam solat ini diterangkan oleh Rasulullah SAW seperti maksud hadis di bawah.

Daripada Abu Mas’ud al Ansoori ra., katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW  telah merapatkan bahu-bahu kami ketika hendak didirikan solat sambil Baginda SAW bersabda: “Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu. Jangan jadikannya bengkang-bengkok, nescaya nanti akan berselilsih hati-hati kamu. Hendaklah saf paling dekat dengan daku, terdiri daripada orang cerdik pandai dan matang fikirannya dari kalangan kamu. Kemudian hendaklah mengikuti saf seterusnya orang yang baligh tetapi belum matang pemikirannya atau orang-orang yang hampir mencapai umur baligh. Kemudian hendaklah mengiringi saf seterusnya kanak-kanak yang telah mumayyiz dan yang sepertinya.”  Berkata Abdullah bin Mas’ud: “Aku melihat kamu semua hari ini kuat berselisih dan bertelingkah.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Hadis ini menjelaskan bagaimana ahli jemaah perlu menyusun dirinya didalam saf solat secara berdisiplin. Saf mesti lurus dan bahu bertemu bahu. Sekiranya perkara ini tidak dilaksanakan maka akibatnya hati-hati para jemaah akan berselisih. Sebenarnya inilah formula bagi perpaduan masyarakat. Perpaduan masyarakat bukan dibentuk oleh faktor lain tetapi perpaduan dalam masyarakat dan negara adalah dibentuk oleh tertegaknya solat berjemaah disemua masjid dan surau di seluruh negara. Malah asas yang penting ialah penyusunan ahli jemaah dalam saf solat dengan melihat kepada lurusnya saf dan rapatnya individu dalam saf itu .

Hadis ini juga menunjukkan heiraki dalam melaksanakan jemaah solat. Oleh kerana solat itu tiang agama maka apa yang digambarkan dalam pelaksanaan solat itulah yang menjadi panduan bagi membina heiraki dalam masyarakat. Orang yang memimpin masyarakat hendaklah orang cerdik dan pandai serta matang pemikirannya. Oleh itu ambillah pengajaran dari pelaksanaan solat berjemaah untuk memimpin masyarakat.

Sebahagian ulama’ berpendapat, bila hati tidak bersatu maka perpaduan tidak akan wujud. Seterusnya ia akan membawa kepada pertelingkahan dan perselisihan di dalam masyarakat. Wallah wa’lam. Sekian TK.

Satu Komen leave one →
  1. pak yahu permalink
    April 27, 2012 10:39 pm

    mengajak lah kepada kebaikan.Nabi Muhammad SAW menawan kembali Mekah dgn membawa kebaikan kpd masyarakt.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: