alberangque

“Hidup Ini Kita Nak Bahagia di Dunia dan di Akhirat, dan Tak Nak Kena Celup Dalam Neraka” 

Nama: Al-Berangque

Pekerjaan: Pendidik Dulu, Kini dan Selamanya….

Kediaman: Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

Tarikh Lahir: Ramadhan, 1372 Hijriah

Hikayat Al-Berangque: Anak kampungnya yang pertama ke menara gading. Dibesarkan di kampung. Persekolahan awal di kampungnya. Hidup bergelumang dengan kesukaran dan kesusahan kerana dia anak penoreh getah dan penanam padi. Membangun diri secara sendirian, berbekal kecekalan untuk menebus maruah diri, keluarga, masyarakat setempat, bangsa dan agama. Masa bersekolah rendah berjalan kaki merentasi belukar untuk ke sekolah sejauh 2 kilometer. Ke sekolah Inggeris di peringkat menengah hingga ke Tingkatan 6. Memasuki universiti yang sudah bertukar nama di peringkat Diploma dan Ijazah. Bertugas sebagai Pendidik dari Guru Penolong, Penolong Kanan, Pengetua dan Guru Cemerlang di daerah Lipis, Bentong dan Raub.  Berpengalaman mengajar di luar bandar, di bandar, di felda dan SBP. Sambil berkidmat di sekolah sempat menabur bakti di PPK, LPM, EPRD, JPN Pahang dan PPD.   1 Julai 2009 merupakan hari akhir berkhidmat sebagai PPP Siswazah DG 52.  Bermula 2 Julai 2009 bersara. Walau bagaimana pun sumbangan kepada pendidikan diteruskan.

Blog Al-Berangque: Laman blog Wadah Orang Kampung ini hanya dipunyai oleh Al-Berangque dan beliau berhak untuk mencoret segala ide-ide tentang keilmuan kepada mereka yang mahu berfikir. Penulisannya merangkumi hal-hal duniawi dan ukhrawi yang membawa kepada insan yang bergelar manusia untuk berfikr. Terbuka pada sesiapa yang mahu komen. Sebagai insan kita tidak terlepas dari ikrar yang kita buat setiap hari dalam doa iftitah kita. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabb bagi seluruh sekelian alam. Selamat membaca!!!

 

29 Respons to “Profil Penulis”

  1. As-Semanggoli Says:

    Salam.. moga apa saja yg dicoretkan ini dapat membaw 1001 kebajikan utk ummah sejagat. Amin. Teruskan..

  2. gurucyber Says:

    Tahniah cikgu , semoga lebih banyak blog sebegini untuk menjulang martabat perguruan.. Bersamalah kita memanusiakan manusia..


  3. Assalamu’Alaikum,

    Hai cikgu. Saya teruja baca catatan cikgu. Syok baca pengalaman senior. Saya baru 13 tahun mengajar dan banyak lagi perkara yang saya tak pernah hadapi. Sebagai guru muda saya banyak menumpu perhatian kepada peningkatan teknik menyampaikan ilmu agar menyentuh jiwa dan minda pelajar. Saya mengajar budak kecik je, sekolah rendah tapi cukup memuaskan hati bila dapat memotivasikan pelajar lemah agar lebih memikirkan masa depan. Saya skarang sibuk sambung belajar. Skarang dah masuk tahun kedua Masters Pendidikan sains di USM. Walaupun saya masih belum dilantik ke DG41. Lambat betul proses perlantikan berjalan. Sejak 2006 saya menunggu dan akhirnya julai 2007 saya sambung belajar di USM. Umur makin bertambah dan keupayaan juga makin berkurang. Saya terpaksa belajar tanpa kebenaran JPN hanya berbekalkan kepercayaan dan keizinan Guru Besar, saya teruskan perjuangan. Janji saya hanyalah tidak akan mencampuradukkan urusan pelajaran dengan kerja. Setakat ini saya berjaya, alhamdulillah. Cikgu,
    Saya ingin bertanyakan pendapat cikgu, adakah betul jalan yang saya pilih ini? Saya bukan berhajat untuk kenaikan gaji atau imbuhan tetapi hanya ingin mempertingkat pengetahuan dan kebolehan dalam pengajaran sains kerana saya hanya cikgu BM suatu masa dulu. Kadang-kadang timbul keraguan tapi kekadang semangat ini menyala semula memikirkan anak bangsa di luar bandar yang amat memerlukan guru sains yang mampu membuat kan mereka teruja dengan sains. Saya sayang anak-anak di sekolah ini yang rata-ratanya menggelar saya dengan gelaran teacher.
    Cikgu,
    Saya mohon nasihat apa yang perlu saya lakukan demi masa depan saya dan anak bangsa kita di sekolah ini.
    Wassalam. TQ

  4. fitri Says:

    salam…semoga dgn segala coretan dapat membantu diri kita semua dalam mentarbiyyah diri ke arah insan yg nak bahagia di dunia dan di akhirat…teruskan perjuangan…

  5. comel Says:

    Assamualaikum…coretan dalam blog ini amat bagus untuk santapan bagi semua warga pendidik. diharap coretan ini tiada noktahnya. amin. teruskan perjuangan dalam memartabatkan bidang perguruan kita….

  6. abuSyatibie Says:

    salam…pak itam….mai lawat blog saya….http://syathibie.blogspot.com/


  7. Sdr. ,saya telah membaca catatan tentang Haji Zahari kawan saya sekampong dan sama masa UKM.Beliau rupanya telah pencen sebagai PPD, saya telah membuat saranan sebelum pencen supaya ditubuhkan Yayasan Tok Linggi bagi membolehkan kami membuat Penyelidikan Tentang Lembah Bama Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Asia Tenggara Yang Lebih Mendahuli Kerajaan Melaka.Saya telah diperingkat akhir Kajian ini bersekali kajian Tok Linggi adalah juga Sultan Ahmad yang memerintah Kerajaan Riau-johor Linnga ketika dulu.Hj zahari pernah mengajar diPadang Tengku tempat saya bersekolah zaman Pakcu saya Haji Zakaria (Alahyarham) menjadi guru besar.Cadangan hj zahari menulis sejarah hidup keluarganya diBukit Berangan adalah memanafatkannya bila pencen, begitu juga sdr agaknya yang berjuang dalam politik tidak Kesampaian ?

    Sekian wassalam.

    Dr Aminudin (Budak Relong dari Sg.Batu)

  8. SHARIZAM Says:

    apa keutamaan pendidik hakiki.siapa pula guru murshid, siapa guru kamil mukamil.

  9. Dr Aminudin Says:

    Saya telah membaca komen saudara tentang terusiknya saranan supaya haji zahari menulis catatan pengalamannya dan saudara menidakan berkecimpung dalam politik adalah benar segi fizikalnya tetapi segi batiniah saudara berjiwa parti politik tertentu dan inilah membuat ada kalangan perisik kementerian pendidikan telah berpendapat demikian tetapi tiada bukti.Tentang diri saya yang tidak tinggal dikampong relong.saya masih melawat dan menyanginya dan malahan kajian saya akan diterbitkan adalah tentang lembahbama adalah sejarah kampong relong,berang,keledek,telang,Tg jambu dan lain-lain.Juga termasuk catatan tentang Sistem Pondok Bukit Berangan yang ditubuhkan oleh HjUda dan Ustaz Mohamaad yang bersama Hj Abdul Karim pergi menuntut bersama diPasirmas Kelantan yand dihantar oleh Paksaudaranya Hj Ibrahim (tapi sayangnya anak-anaknya pernah tidak mengenali Hj Karim semasa dia berjumpa mereka diKuala Lumpur)

    Sekian.Wasalam

  10. Dr Aminudin Says:

    Sdr Yusof dari Berang.saya akan terus menulis kepada penduduk relong dan sekitarnya dalam http://sungaibatuderelong.blogspot.com pohon hebahkan.Artikel terbaharu berkaitan sejarah kampong relong dan behrang dan salam pencen buat ustaz zahari hj uda.

    Wassalam Dr Aminudin

  11. B1800 Says:

    Alhamdullilah….segala pandangan ayahanda Hj.Yusof bertepatan dengan kata nur dihati saya yang insyallah berkekalan keikhlasannya dalam pendidikan. Masih Syahdu dengan memori bersama Prof Atan Long (UPM)….sukar mencari pengganti guru berjiwa pendidik dan lilahitaala masa kini tetapi insyallah setiap zaman akan lahir walaupun seorang kerana Nur yang bersinar walau dari seorang dapat menyinari debu kejahatan dari seribu orang. Mengenali ayahanda dalam tempoh waktu yang singkat amat memberi impak maksimum pada kerinduan jiwa ini. Terima Kasih. Banyak kata-kata di dalam wadah orang kampung ini yang saya print dan edarkan di dalam mesyuarat guru-guru sebagai “manisan jiwa” buat mereka. Terima Kasih…. BERSARA DI DUNIA TIDAK BERERTI BERSARA DI JIWA. Tau jiwa ayahanda sentiasa segar mulia. Moga Allah memberkati ayahanda sekeluarga hingga ke keturunan Nabi Adam setiap masa.

  12. yaribayanderil Says:

    kita perlu bersatu untuk membangunkan kampong jangan harapkan justeru perlu melatih golongn muda supaya menghayati perjuangan kita

  13. mujaddid Says:

    Assalamu’alaikum wbt cikgu,

    apa khabar cikgu..
    saya merupakan bekas pelajar smapt yang pernah mendapat didikan cikgu semasa kelas2 tambahan yang diadakan. saya percaya semangat pendidik yang ada pada cikgu dan guru2 lain yang telah membuka mata kami semua mengenai tanggungjawab sebagai khalifah yang membangun bangsa dan agama. terima kasih cikgu. juga terima kasih cikgu junaidah yang bersungguh-sungguh mengajar kami berbahasa inggeris.

  14. sani bin hashim Says:

    Assalamualaikum.
    Pertama kali sya melawati laman web tn hj. Ianya bagus untk pendidik. saya mohon untuk dapatkan tips spm sains utk bahan ceramah/utk guru dan murid spm .
    Sila bantu saya.
    t. kasih

  15. Mohd Najib b. Pendek Says:

    Assalamulaikum, Kita bersama di SABS (1972-73) dan UPM (1974-76 bertemu diruang vitual. Beza anda pendidik saya pegawai peladang pernah bertugas di Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan, dan Rompin.Kini di Kuala Terengganu Kita berjumpa semula bila-bila…. tk salam Najib Pendek

    1. Mohd Najib b. Pendek Says:

      Minta maaf contact saya najib5227@yahoo.com

      Insya Allah akan di hantar email kepada Tuan


  16. salam ziarah.dari Kianabatangan, sabah

  17. Asmanurhayat Says:

    Salam. Saya mohon bantuan ckgu dlm mendptkn bahan utk ldp JSU. Tkasih.

    1. Zoyak Says:

      Macam mana nak tolong, alamat tak ada, no tel tak ada, alamat email tak ada. Bahan saya ada tapi nak hantar kat mana?

  18. B1800 Says:

    SELAMAT BERSARA AYAHANDA…Semoga segala usaha ayahanda selama ini akan dibalas allah dengan syurga firdausi. Teruskan perjuangan keikhlasan dan wadah islami hingga ke hayat terakhir. Kerinduan hati kepadaNya dan sesama hati kita semua akan diubati dengan Nur dariNya. Walau jauh tapi dekat di hati. Ya…Allah ampunilah dosa kami dan dosa semua muslim muslimat dan kurniakanlah rahmatMu dan keberkatanMu kepada ayahanda Tn Hj Yusof yang hatinya hanya DIRIMU sahaja yang Maha Mengetahui. Andai ada kesilapannya selama ini ….hanya KAULAH sahaja Ya Allah…yang Maha Mengampuni. Bahagiakanlah hidupnya di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabalalamin. Terimakasih ayahanda di atas segala budi baikmu selama ini di atas ilmu dan pengalaman, pandangan dan nasihat yang banyak membina Nur hati ini. Wassalam.

  19. zahalina Mat Yusof@Ismail Says:

    Setiap titipan nasihat yang di paparkan di AlBerangque adalah pembakar semangat untuk menjadi pendidik sehebat pak Itam


  20. Assalamualaikum Cikgu!
    Tahniah & terimakasih dengan pelbagai perkongsian ilmu/pengalaman/idea/gagasan dalam blog cikgu ini.SANGAT2 bermanfaat & berkesan.

    InsyaALLAH saya akan terus mengikutinya mulai sekarang,dari semasa kesemasa.

    Harap cikgu dpt membimbing saya membantu org2 kampung saya, KG GUA dalam bidang pendidikan/sosial/pembangunan diri dll.rasanya amat bersalah kerana sebagai anak KG GUA yg antara terawal (ke 7)melangkah ke menara gading tetapi masih tidak berupaya merancang/melaksanakan sbrg tindakan/program/gerakan untuk membantu anak2 KG GUA berjaya dalam bidang pendidikan & kerjaya.Pengetahuan/kemahiran serta kesedaran sudah ada tetapi masih tercari2 bagaimana?????nk buat sorang2 tak mampu,tetapi masih tk ada team!serta MENTOR.begitu juga sumbangan bakti utk SMKPT yg tercinta! tempat membentuk diri selama 5 tahun (1982-1986).rasa diri ini mcm sibuk sentiasa saja untuk turun padang ke SMKPT.mungkin juga sbb tak ada TEAM.insyaallah dgn mengikuti blog cikgu ini saya kembali bersemangat semula untuk membantu adik2 diSMKPT tercinta ini.harap dapat berkongsi cerita/rasa bagaimana saya berjaya mengharungi kehidupan pembelajaran d SMKPT menjadikannya tapak hingga saya berjaya seperti sekarang!

    Harap cikgu sudi menjadi MENTOR saya!

    ZULKIFLE MALEK(ZulGua)
    Kaunselor SMK Tinggi Kajang
    merangkap PhD Student(Counselling Psychology)UKM,Bangi

    http://www.dRZulkifleMalek(ZulGua).blogspot.com.
    Terima Kasih kerana menziarah blog saya. Kalau rajin boleh buat kajian bagaimana kami di Relong buat program kecemerlangan untuk murid-murid di sini.


    1. Terimakasih cikgu.
      InsyaALLAH cuti semester sekolah akan datang (OGOs),saya akan jumpa cikgu.


  21. boleh tak datang jika dijemput untuk berkongsi ilmu/pengalaman ke Daerah Hulu Langat bersama guru2 sains @ kaunselor?

    Bagi saya kalau dijemput untuk kongsi pengalaman dengan guru-guru di sekolah Insya Allah saya bersedia. Pucuk dicita ulam mendatang. Kalau boleh segala pengetahuan dan pengalaman ini patut dikongsi, kalau tidak nanti dia hilang. Oleh itu ribuan terima kasih…

  22. Mohd Najib b. Pendek Says:

    Alhamdulillah, saya bertukar ke Pahang pada 20 Ogos ini dan berkhidmat di Pertubuhan Peladang Negeri Pahang sebagai Timbalan Pengurus Besar setelah 2 tahun di Kuala Lumpur, 5 tahun di Rompin dan 4 tahun di Kuala Terengganu. buat persediaan pencen 3.5 tahun lagi Tq.

    Tahniah, dan selamat menjadi Timbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Pahang…. Kalau datang ke Lipis jangan lupa hubungi saya.

  23. saedan abd karim Says:

    assalamualaikum sahabat lama

    saya tumpang kagum dengan sumbangan saudara. sesungguhnya saudara adalah seorang verstile dan ikon yang perlu dicontohi oleh warga lipis.

    syabas dan teruskan berbakti. terima kasih.

    teman lama di hostel clifford,
    Dorey (masih berkhidmat di kppm)

    Terima Kasih kerana menziarah blog saya. Siapa tak ingat kat engkau? Dua minggu lepas aku ada beri ceramah motivasi kepada murid UPSR Zon Benta. Selepas ceramah aku jumpa YB Sofi Razak (adik Salbiah). Masa sembang-sembang sebutlah nama engaku. Saya harap deme’ orang sebelah jalan Benta-Jerantut baliklah bagi sumbangan kat kampung masing-masing. Kesian orang kampung!!


  24. assalamualaikum…tersusun dan menarik sangat tahap kehidupan cikgu.tahniah


  25. Salam cikgu,

    senang-senang ziarahlah blog sy yg berkait dgn silsilah Tok Linggi Relong.

    Rasanya tak perlu nak lawat blog saudari kalau nak tengok silsilah Tok Linggi. Saya ada salinan sendiri di rumah. Kemudian salinan yang sedang di rumikan sedang dibuat di Relong. Saya tinggal di Relong, buat apa lihat melalui laman maya. Ada tulisan dalam blog saudari yang salah fakta.

  26. wan zura Says:

    Salam, cikgu..
    Saya banyak mendapat ilmu daripada cikgu sepanjang saya mengajar di Bera, Pahang. Sekarang sudah bertukar ke Kelantan dan ilmu Sains itu saya bawa sampai ke hari ini..

    Terima kasih..
    Harap dapat berkongsi bahan-bahan untuk disampaikan kepada pelajar..
    Terima kasih..

Tinggalkan jawapan