Hari-hari akhir persekolahan sesi 2007
Esok hari akhir persekolahan bagi seluruh negara kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu yang akan tamat persekolahan 2007 hari ini. Keputusan UPSR keluar hari ini. Yang ramai bergembira ial yang mendapat 5A tapi yang dapat 5C atau 5E gembira juga. Tahun depan tetap bersekolah, tak kira berapa yang mereka dapat dalam UPSR. Yang pandai ke sekolah baik yang teruk akan ke sekolah yang tak tersenarai.
Di sekolah menengah nanti guru-guru yang menerima muraid pandai mudahlah kerja mereka, tekanan juga kurang dari pihak pengurusan sekolah dan atasan. Tapi guru-guru yang terima murid yang tak pandai banyak D dan E tu nanti terpaksa berkerja sepenuh masa atau tak kira masa untuk menjayakan murid mereka. Usaha mesti lebih, kadang-kadang tak jaya juga dan padahnya kena marah orang atas angin yang tak faham keadaan.
Kepada yang terima banyak A dan B di tingkatan satu 2008 nanti gilaplah murid-murid itu biar mereka bersinar. Yang terima murid-murid banyak C, D dan E tu bersabarlah , berusahlah dan berdoalah agar usaha anda berjaya dan berharga. Buat dengan ikhlas, sedarkan anak murid bahawa mereka kena belajar bersungguh-sungguh. Bekalkan mereka dengan keinsafan, kesedaran, kesungguhan dan kemahiran belajar. Banyak contoh dalam kehidupan manusia dimana mereka bukan cerdik sangat pada masa kecil atau kanak-kanak tetapi boleh memanjat kejayaan sehingga ke tahap profesor yang terkenal. Oleh itu kepada ibubapa yang anak mereka tak dapat 5A jangan berduka. Asalkan anak hendak belajar, ada keupayaan, ada usaha dan betulkan sikap mereka insya Allah berjaya. Betulkan niat, ikut kehendak syariat, jauh dari maksiat, hidup pasti barkat dan bahagaia di dunia cdan akhirat. Sekian untuk kali ini.
Setuju! Asalkan anak hendak belajar, ada keupayaan, ada usaha dan betulkan sikap mereka insya Allah berjaya Pengalaman saya sendiri, dan mungkin yang lain juga setelah dilalui liku liku hidup. Malangnya ramai juga ibubapa yang lupa pengalaman sendiri – seolah memaksa anak dapatkan gred tinggi dengan apa cara sekalipun. Ada kes budak budak jadi terlalu tension sampai jadi lain pula!
Memang ramai ibubapa yang tak ambil kisah tentang pengalaman mereka, mereka lebih sibuk dengan perkara lain.