Skip to content

Kerja Masa Cuti Sekolah

November 29, 2007

12 hari saya tidak melihat laman ini, saya ada kerja diluar kawasan. Kerjanya di KL. Sempat tengok perhimpunan Hindraf dari tingkat 39 bangunan di Jalan Ampang.  Sayang tak ada kamera untuk ambil gambar. Hanya simpan dalam ingatan sahaja.

Kepada ibubapa jagalah anak-anak waktu cuti ni. Mana-mana yang ada motosikal jangan biarkan anak-anak mengambilnya secara suka-suka. Petang semalam dalam perjalanan pulang dari KL saya terjumpa sekumpulan anak-anak dalam lingkungan umur 12 ke 15 tahun sedang merempit. Ini berlaku di satu kawasan kampung berhampiran dengan kampung penulis. Apa akan jadi kalau belaku kemalangan? Pastinya anak-anak itu tidak mempunyai lesen memandu! Apa-apa pun ibubapanya yang bertanggungjawab atau tidak mampu mendisiplinkan anak-anak mereka.

Kalau tinggal di kampung, sepatutnya JKKK Kampung atau JK Masjid buatlah apa-apa program untuk mereka supaya mereka mendapat kesedaran bagi bekalan masa dewasa mereka.  Sebenarnya anak-anak masa kini kekurangan kesedaran untuk menghadapi hidup atau tak sedar diri.  Anak-anak kampung masa dulu sedar mereka anak orang susah, anak penoreh getah, anak pesawah, anak nelayan dan anak orang miskin oleh itu tertanam dibenak pemikiran anak-anak desa ini untuk membela nasib, ini menjadi faktor kepada mereka berusaha untuk berjaya.

Anak-anak kampung sekarang sebahagian besarnya tidak dapat meresakan keadaan ini. Walaupun ada yang sedar. Sebabnya ramai orang kampung dah selesa hidupnya, anak-anak tidak merasakan hidup mereka susah, apa hendak mesti dapat. Tapi keselesaan itu juga dugaan dalam hidup. Itu juga ujian dari Allah.  Betullah apa yang dinyatakan oleh seorang sahabat ketika saya masih muda dahulu. Beliau menganalogi keadaan itu dengan beruk. Beruk kalau dia lapar semasa duduk di atas dahan kayu, walau pun ribut kencang melanda dia tidak akan jatuh, tetapi kalau dia kenyang tidak perlu angin ribut melanda, akan mengantuk dan angin tiada, ribut tiada akan jatuh juga. Oleh itu sentiasalah ingatkan Allah sewaktu susah dan senang. Sekian untuk kali ini.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: