Hari Pertama Persekolahan 2008
Semasa perhimpunan pagi tadi, Pengetua bersemangat menyampaikan nasihat kepada semua murid. Membahasakan dirinya “ayahanda” kepada semua murid dengan harapan murid akan berubah sikap. Malangnya apabila saya masuk kelas tingkatan lima dah ada 6 orang murid ponteng. Betullah kata pepatah Arab, “We can bring the horse to the water but we cannot make sure the horse drinks the water.”
Sedih juga rasanya. Sebabnya aku dah mengajar 30 tahun, sikap murid semakin teruk. Rasanya aku tak larat dah nak beri nasihat. Denda jauh sekali. Hanya pringkat mula ni cubalah pujuk mereka. Aku akan layan mana yang nak belajar aje, yang tak hendak biarkan mereka terjun dengan labu-labunya.
Aku rasa semangat pengetua tu juga akan pudar kalau keadaan ini tidak dibendung cepat. Yang hendak menghadapi peperiksaan adalah mereka, yang hendak merubah nasib adalah mereka, yang hendak berjaya adalah mereka, tak payah cakap tentang cemerlang.
Esok aku masuk lagi kelas itu nak tengok bagaimana perangai 6 orang pelajar ini. Nak interview mereka, nak tanya sebab mereka ponteng. Buat kajian kes dan kajian tindakan. Moga-moga aku berjaya. Insya Allah.