Majlis konferens guru ibubapa 1 2008
Jumaat 18 Januari 2008, sekolah mengadakan majlis konferens antara guru dan ibubapa/penjaga. Kerja aku jadi penyambut tetamu, tapi belum siap kerja, aku dipanggil pengetua untuk berucap tentang perkembangan akademik semasa kepada ibu bapa yang hadir.
Oleh kerana bidan terjun, aku cakaplah apa yang teringat sahaja, persediaan dalam masa 20 minit. Bercakap untuk setengah jam. Aku memperkatakan kepentingan SPM berbanding UPSR dan PMR. Aku tegur ibubapa yang mengambil peduli bersungguh-sungguh masa anak dia ambil UPSR tapi kurang ambil peduli prihal anak masa nak ambil SPM.
Aku terangkan juga keperluan asas bagi anak-anak semasa di sekolah menengah, selain menguasai 3M semasa di sekolah rendah. Antara keperluan asas yang mesti dikembangkan ketika di sekolah menengah ialah kemahiran mengulangkaji, mengukuh dan mengingat.Ini termasuklah kemahiran belajar, membuat dan mengambil nota, pengurusan masa, kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik dan lain-lain lagi.
Persoalannya apa yang ibubapa boleh buat untuk membantu anak-anak ketika dirumah. Anak-anak kepada guru ada kelebihan, mak ayah boleh tolong ajar dirumah , bagaimana pula yang bukan guru? Oleh itu ibubapa mesti ada kemahahiran memujuk dan memotivasi anak-anak.
Ibubapa juga mesti memahami EQ (Kecerdasan emosi) antaranya mendidik anak-anak agar sedar diri (Kesedaran diri), mampu mengurus emosi sendiri, memotivasi diri sendiri, empati dan pandai membuat hubungan interpersonal. Selain dari itu aku nyatakan kaedah mendidik anak-anak dari pandangan Dr Abdullah Nanseh al uluwan. Dr Nansh menyatakan pndidikan anak-anak ada lima pendekatan, iaitu:
Mendidik melalui contoh dan tauladan
Mendidik melalui adat kebiasaan
Mendidik melalui nasihat dan bimbingan
Mendidik melalui pemerhatian dan pengawasan
Mendidik melalui denda dan hukuman
sekian untuk kali ini