Skip to content

Belajar Dalam Kumpulan

Januari 21, 2008

Saya selalu menjelaskan kepada murid-muridku agar belajar dalam kumpulan, iaitu perbincangan kumpulan.  Kaedah ini banyak faedahnya. Antaranya boleh menambah dan mempercepatkan ingatan (more heads are better than one). Kedua ada kesempatan untuk mengajar rakan-rakan. Mengikut kajian kalau kita ajar orang lain kita akan ingat 90% dari apa yang kita ajar dan kalau kita terlibat dalam perbincangan kita akan ingat 75% daripada apa yang dibincang.

Dari sudut emosi, kumpulan perbincangan akan meningkatkan keakraban antara ahli kumpulan, ahli kumpulan akan sentiasa ingin membantu antara satu dengan lain. Oleh itu persengketaan, dengki mendengki dan benci membenci akan dikurangkan dan persengketaan akan ditiadakan.

Dari segi spiritualnya, kumpulan perbincangan ini ibarat solat berjemaah berbanding solat berseorangan. Pahalanya 25 kali ganda, barkahnya sudah pasti juga berganda, manfaatnya tidak terkira. Oleh itu belajar menjadi mudah dan kejayaan akan datang dengan segera.  Sekian untuk kali ini.

3 Komen leave one →
  1. Sa'adah permalink
    Januari 23, 2008 12:56 am

    Nurul setuju apa yang dikatakan itu,…tapi masalah yang paling besar dlm study group ni, suka lari dari tujuan asalnya…kalau dah seorang buka 1 topik, yang lain mulalah mengembangkan idea masing kpd topik lain. Tak pasal2 je buang masa kat situ..kecuali kalau ada yang dapat menyedarkan ahli yg lain….sebab itu ada yg lebih selesa study sorang-sorang.

  2. Februari 12, 2008 5:42 am

    Sejujurnya saya ini lebih ke arah belajar seorang diri. Bukan mahu menyombong, kedekut ilmu, apatah lagi mahu bersikap pentingkan diri sendiri, tetapi apabila belajar seorang diri, saya dapat menentukan progress dan pace saya bersesuaian dengan diri saya sendiri.

    Contoh apabila study dalam berkumpulan, maka saya terpaksa mengikut tahap purata. Kadang-kadang rakan-rakan berbincang terlalu laju dan cepat, saya terkial-kial dan tergesa-gesa mengikuti perbincangan. Adakalanya perbincangan sudahpun selesai tetapi masih ada rakan yang bertatih, maka semua ahli terpaksa memperlahankan rentak belajar demi memastikan rakan tersebut tidak ketinggalan.

    Dan sebagaimana komen cik di atas ini, kebanyakan kumpulan belajar tidak menggunakan masa 100% efektif untuk belajar. Biasanya masa dihabiskan untuk bertukar cerita, berkongsi kisah lucu, sesi umpat mengumpat, luahan perasaan dan sebagainya. Dan sudah pastinya, belajar sendiri lebih efisien dalam hal ini.

    Namun, benarlah, ilmu yang dikongsi itu lebih berkat. Sungguhpun lebih selesa belajar sendirian, saya tak pernah menolak sekiranya ada rakan yang memerlukan bantuan dalam perbincangan, bertanyakan soalan dan sebagainya. Dan saya suka menerangkan sesuatu kepada rakan-rakan, kerana bagi saya, itulah antara jalan pengaplikasian ilmu yang saya pelajari di tahap saya ini. =)

    Sekadar pendapat seorang pelajar.
    Ini adalah pendapat seorang yang sedang belajar, terima kasih

  3. April 25, 2011 11:15 pm

    slm.sy setuju sgt ngn pendapat leo..sbb mgkn sy pn stail mcm tu kot..kalau belajar sendiri, kita lebih tahu hala tuju kita..lebih fokus..

    tp kalau terlalu asyik..belajar senyap je..boleh tertidur dibuatnya..

    jd pandai2lah..
    kalu belajar sendirian..pastikan anda punyai hiburan tersendiri..cthnya…kalau dh terlalu bosan, berehat seketika, tarik nafas dalam2..minum air..tengok suasana persekitaran..sesekali tanya rakan apa yg kita boleh kongsi, spy kita tak ketinggalan daripada mereka..

    sekadar pendapat..papepn itu terserah pd diri masing dan mengikut keadaan..=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: