Skip to content

Keperluan asas seorang Guru

Februari 2, 2008

Seorang guru perlu mempunyai pengtahuan asas, pengetahuan yang memudahkannya beraksi sebagai guru yang berkesan dalam bilik darjah. Sekurang-kurangnya ada tiga keperluan asas yang wajar dikemaskini sepanjang masa.

Pertama: Menguasai Pedagogi, ini bermaksud mengamalkan pendekatan dan kaedah mengajar yang pelbagai, memotivasikan murid-murid, menggunaan buku teks yang berkesan, peka dengan teknik-teknik baru terutama yang berkait dengan ICT dan mengurusan bilik mengajar yang cekap.

Kedua:    Menguasai Kurikulum: ini bermaksud menguasai maklumat yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, menguasai sukatan pelajaran, menguasai matlamat mata pelajaran, menguasai huraian sukatan pelajaran dan peka dengan perubahan kurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran yang  diajar.

Ketiga: Menguasai Pentaksiran, ini bermaksud; menguasai ilmu pentaksiran seperti yang diajar oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, mampu merealisasikan item yang piawai, mempu menilai item menggunakan sistem sembilan poin, memahami Format Pentaksiran LPM, boleh mengurus dan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah [PeKA, ULBS, Kerja Kursus], boleh mengurus proses pentaksiran yang berkesan diperingkat sekolah dan mampu menganalisis hasil pentaksiran untuk tujuan membuat pembaikan keatas proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu seorang guru yang dinamik sentiasa akan memperkembangkan perkara-perkara di atas setiap masa sepanjang kerjayanya.   Sekian

One Comment leave one →
  1. Oktober 14, 2008 1:27 am

    bagus artikel ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: