Skip to content

Menguasai Pedagogi

Februari 5, 2008

 Menguasai pedagogi bermaksud; mengamalkan pendekatan dan kaedah mengajar yang pelbagai, memotivasikan murid-murid, menggunaan buku teks yang berkesan, peka dengan teknik-teknik baru terutama yang berkait dengan ICT dan mengurusan bilik mengajar yang cekap.            

Mengamalkan pendekatan dan kaedah mengajar yang pelbagai.  Oleh yang demikian guru-guru hendaklah mengetahui dan mengamalkan pendekatan pengajaran yang berbagai. Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengeluarkan dua belas modul pengajaran dan pembelajaran pada tahun 2001.  Dua belas modul ini dinamakan modul PuLKOS (Pukal Latihan Kursus Orientasi Sains KBSM).  Antara tajuk modul-modul itu ialah Inkuiri Penemuan, Konstruktivisme, Sains Teknologi dan Masyarakat, Pembelajaran Kontekstual, Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Akses Kendiri, Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, Belajar  Cara Belajar, Kemahiran Proses Sains, Penilaian Kendalian Sekolah (PBS) dan Kemahiran Berfikir.  Seorang guru hendaklah mempunyai kebolehan menggunakan semua modul ini dan menerangkan cara menggunanya kepada guru-guru yang lain dan dia sendiri mengamalkan penggunaan modul-modul itu dalam pengajaran dan pembelajarannya.           

Murid dalam satu kelas mempunyai berbagai tanggapan kepada apa yang dipelajarinya.  Bagi membolehkan mereka menerima pengajaran yang disampaikan guru perlulah memotivasikan murid-muridnya. Oleh yang demikian guru hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran sebagai seorang motivator yang mampu menarik minat pelajarnya untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya.            

Diawal tahun guru hendaklah mengambil peluang untuk menerangkan cara-cara menggunaan buku teks yang berkesan dalam pembelajaran murid-murid mereka.  Contohnya, bagaimana hendak menggunakan “Hasil Pembelajaran” yang terdapat di setiap awal sub tajuk. Apa guna “Kata Kunci” yang terdapat diawal tajuk pembelajaran serta bagaimana menggunakan ikon-ikon yang terdapat dalam buku teks itu.           

Ketika mengajar guru hendaklah pandai menggunakan alat bantu mengajar. Kalau dahulu alat bantu mengajar yang paling lumrah ialah papan hijau, kad manila atau kertas sebak diikuti dengan penggunaan transperensi yang dipancar menggunakan OHP. Tetapi hari ini guru berpeluang menggunakan alat bantu mengajar yang lebih canggih iaitu komputer dan alat pemancar yang mempunyai paparan yang berwarna-warni. Oleh itu seorang guru yang peka dengan teknik-teknik baru pengajaran hendaklah tahu menggunakan alat bantu mengajar yang berkait dengan ICT ini.           

Seorang guru perlu juga mempunyai kemahiran pengurusan bilik mengajar atau bilik darjah yang cekap. Ee Ah Meng (1994) memasukkan pengurusan perkara rutin dalam membicarakan tentang pengurusan bilik darjah yang cekap. Rutin menurut Ee Ah Meng (1994) adalah satu cara tetap yang berfaedah untuk  mendidik murid-murid. Antara perkara rutin yang perlu di buat oleh guru adalah menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah (lampu dan kipas berfungsi atau tidak, meja dan kerusi yang cukup, papan pamiran yang berfungsi, kebersihan kelas dijaga dan lain-lain lagi), mengutip dan memulang buku latihan, mengutip bayaran tambahan, menyediakan berbagai rekod, mengurus Skim Pinjaman Buku Teks dan sebagainya.  

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: