Lompat ke isi kandungan

Menguasai Pentaksiran

Februari 6, 2008

Menguasai pentaksiran pula bermaksud; menguasai ilmu pentaksiran seperti yang diajar oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, mampu merealisasikan item yang piawai, mempu menilai item menggunakan sistem sembilan poin, memahami Format Pentaksiran LPM, boleh mengurus dan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah [PeKA, ULBS, Kerja Kursus], boleh mengurus proses pentaksiran yang berkesan diperingkat sekolah dan mampu menganalisis hasil pentaksiran untuk tujuan membuat pembaikan keatas proses pengajaran dan pembelajaran.

            Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam melaksanakan Dasar Tingkap Terbuka, bermula tahun 2000 telah berusaha mengajar guru-guru kaedah membina item untuk peperiksaan.  Ilmu dan kemahiran membina item (soalan) diajar kepada guru-guru melalui berbagai program yang dianjurkan oleh LPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah atau sekolah. Biasanya LPM akan menghantar fasilitator dikalangan guru-guru yang telah dilatih oleh LPM. Melalui program dan latihan ini diharapkan semua guru tahu cara membina item yang piawai berdasarkan apa yang dikehendaki oleh LPM.

            Item yang telah dibina atau direalisasikan itu hendaklah dinilai menggunakan kaedah penilaian yang dipanggil Sistem Sembilan Poin. LPM (2002) menjelaskan tentang kaedah pembinaan item yang betul dan cara membuat penilaian item yang sesuai.  Sesuatu item yang telah dibina hendaklah memenuhi sembilan perkara berikut iaitu akur kurikulum, akur spesifikasi, akur peluang, tepat konstruk, tepat tajuk/konteks, jelas komponen, sesuai aras kesukaran, sesuai penting dari segi konstruk-konteks dan sesuai adil. Item yang memenuhi perkara-perkara yang dinyatakan di atas adalah item piawai.  Seorang guru hendaklah boleh melakukan kerja-kerja membuat atau menilai item ini untuk kegunaan dalam ujian atau peperiksaan diperingkat sekolah agar hasil pentaksiran peringkat sekolah sama taraf dengan pentaksiran LPM.         

            Pada tahun 2003, LPM telah mengedarkan lapan buah buku Format Pentaksiran Mata Pelajaran bagi mata-mata pelajaran Sains dan Matematik. Seorang guru perlu tahu dan boleh menggunakan buku format pentaksiran LPM ini bagi memudahkannya mengurus pentaksiran mata pelajaran yang diajar. Guru berkenaan juga perlu menghebahkan kandungan format pentaksiran mata pelajarannya kepada murid-muridnya. Disamping itu semua guru mata pelajaran sains (dari sekolah rendah ke sekolah menengah) perlu  mengurus dan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu PeKA.  Guru berkenaan hendaklah tahu mengurus dan melaksanakan PeKA kepada murid-muridnya sebagai sebahagian daripada proses pentaksiran yang diambil kira oleh LPM kepada murid berkenaan.

            Pengurusan pentaksiran di peringkat sekolah biasanya merujuk kepada penyusunan jadual ujian bulanan dan peperiksaan setengah tahun dan akhir tahun di peringkat sekolah. Seorang guru mesti berkeupayaan untuk mengendalikan proses pentaksiran ini dengan baik dan juga tahu dan berupaya mengendalikan proses pentaksiran ini secara yang berkesan. 

             Hasil pentaksiran atau hasil ujian dan peperiksaan hendaklah dianalisis  untuk menyediakan perancangan strategik bagi  membuat pembaikan keatas proses pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara yang dibuat dengan analisis hasil ujian dan pentaksiran ialah membuat “headcount” bagi mengumpulkan murid-murid mengikut kumpulan yang perlu diberikan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Dari analisis yang dibuat guru berkenaan perlu tahu menyusun program yang tertentu bagi membantu meningkatkan pencapaian anak didiknya dari segi kuantiti dan kualiti.  Program itu mungkin berupa program utama, program sokongan dan program sampingan.

Sekian untuk kali ini, selamat bercuti Tahun Baru Cina. 

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: