Lompat ke isi kandungan

Anakdot Pengetua.

Februari 7, 2008

Bermula pada siri ini, saya akan memperihalkan perangai Pengetua sekolah dimana saya pernah berkhidmat dibawah tadbiran mereka.  Saya telah berkhidmat selama lebih dari 30 tahun sebagai guru, Guru Penolong Kanan 1, Pengetua dan juga Guru Cemerlang. Dalam coretan akan datang  secara bersiri pastilah banyak cetusan permerhatian yang dibuat terhadap stail, kaedah dan perangai seorang insan yang digelar Pengetua. Ada pengetua yang bekerja sambil dia menunjukkan cara. Ada pengetua yang bertugas dengan penuh ikhlas. Ada pengetua yang berperangai mengejar glamor, nama dan pangkat. Ada pengetua sangat takut kepada orang-orang atas angin, nazir dan lain-lain. Ada pengetua takut kepada PIBG. Ada pengetua yang suka buat program nak tunjuk yang dia sangat sibuk dan dia sangat hebat.  Ada pengetua yang lesap dari sekolah, mentadbir secara remote control. Ada pengetua yang kedekut, kedekut duit dia, kedekut nak guna duit sekolah. Ada pengetua yang pandai cari duit dan pandai guna duit. Ada pengetua yang takut guna duit walau pun ia sepatutnya guna duit itu.

Oleh kerana pengetua sekolah adalah manusia biasa, pastilah segala perangai manusia itu didedah, terdedah untuk penilaian masyarakat guru yang dipimpinnya. Semoga paparan ini nanti dapat menghilangkan kekusutan fikiran dikalangan guru-guru yang menghadapi situasi yang mungkin sama. Semoga ia menjadi iktibar kepada para pengetua, para guru untuk menjadi bertambah baik.

Kepada para pengetua yang masih bertugas masa kini, ingatlah bahawa yang ditadbir itu ialah manusia seperti pengetua itu juga.  Guru-guru itu ada perasaan, guru itu ada keluarga, ada anak, ada rumah tangga. Jangan mesyuarat sampai lebih daripada pukul lima petang.  Guru-guru itu tak jadi pengetua lagi sebab mereka masih muda.  Pengetua jadi pengetua setelah berkhidmat 15 ke 20 tahun, kecuali kes-kes khusus.  Kalau dah tau tua kenalah jadi orang tua bukan pembuli.

Kepada guru-guru yang belum jadi pengetua atau GPK perhatikan gelagat tuan-puan Pengetua dan GPK, belajar mana yang baik, yang sesuai dengan kemanusiaan, jadikan sempadan mana-mana yang tak elok, tak molek dan tak senonoh.

Sekian, untuk pagi ini. -Selamat Bercuti.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: