Anakdot Pengetua 1.
Pengetua ini merupakan pengetua pertama dimana penulis berkhidmat dibawahnya. Beliau sangat istimewa, walaupun tidak berkelulusan universiti. Kepimpinannya menjadi ikutan, contoh dan tauladan. Beliau merupakan seorang pemimpin dan ketua yang dedikasi dalam kerja. Beliau mengajar matematik. Buat kelas tambahan matematik selepas solat jemaah subuh di surau. (Sekarang ni susah nak cari pengetua yang mengajar subjek kritikal seperti matematik, pengetua yang suka mesyuarat ramailah!!)
Beliau berusaha membina surau yang boleh memuatkan jemaah sehingga 400 orang. Bersama-sama dengan guru-gurunya beliau mencari dana untuk membina surau dari guru-guru, ibubapa dan YB ketika itu. Dengan bermodalkan RM25,000.00 surau Ehsan berdiri megah ditengah-tengah kawasan sekolah.
Antara kehebatan beliau ialah boleh memperbaiki perangai guru-guru yang bermasalah yang dihantar dari tempat yang jauh. Guru-guru ini menjadi guru-guru yang baik, rajin dan menghormati pengetua dibawah tadbirannya.
Suka menganjurkan gotong royong dikalangan murid, guru dan ibubapa bagai menjayakan program sekolah. (memasyarakatkan sekolah) Biasanya mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari ibubapa.
Mencari murid-murid dari kampung yang tercicir ke sekolah menengah untuk diajak bersekolah dimana beliau berjaya mendidik anak-anak ini menjadi orang yang berjaya dalam pelajarannya dan menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara masa ini.
Memberikan motivasi atau kesedaran diri kepada murid-muridnya agar belajar bersungguh-sungguh dan sains serta matematik bukan mata pelajaran yang susah untuk dipelajari. Hasilnya ramai anak-anak kampung yang beroleh kejayaan dalam sains dan matematik. Perlu diingat bahawa tahun-tahun 70’an dulu sains dan matematik dianggap mata pelajaran yang menjadi fobia kepada anak-anak luar bandar. Pengetua ini telah berjaya menghilangkan fobia itu dikalangan murid-muridnya. Perlu diingat juga kepada semua pembaca bahawa kini fobia ini datang kembali.
Akibat dedikasi pengetua ini ramai anak muridnya menjadi insan-insan cemerlang. Hanya mungkin mereka ingat atau tidak jasa dan usaha dari beliau yang memimpin sebuah sekolah menengah di luar bandar.
Semoga segala penat lelah beliau mendapat keredhaan Allah SWT. Sekian untuk kali ini sehingga menunggu Anakdot Pengetua 2
untuk fobia coba bantu dengan tehnik SEFT