Skip to content

Anakdot Pengetua 2

Februari 10, 2008

Beliau merupakan pengetua pertama yang berkelulusan universiti, membuat pengkhususan pengajian melayu dari UM. Bertugas sebagai Ketua Jabatan Bahasa di sebuah maktab perguruan di Selatan Tanah Air sebelum menjawat jawatan Pengtua. Beliau ini ada perangai pelik sedikit. Antara perkara yang wajar dicatatkan ialah;

Takut kepada pelawat atau Nazir.  Suka tulis pada papan kenyataan di bilik guru ayat berikut, “Sila ambil perhatian ada pelawat datang hari ini ke sekolah.” Oleh kerana dah selalu sangat ingatan itu ditulis tetapi pelawat/nazir tak datang juga maka ingatan itu sudah menjadi basi, malah ada guru yang menggantikan huruf ‘t’ pada perkataan pelawat menjadi ‘k’. Pelawat menjadi pelawak.  Bayangkan seorang pengetua sudah dipermainkan oleh anak buahnya.

Menjengok bilik guru 23 kali dalam masa 2 waktu (80 minit). Entah apa tujuannya hanya beliau yang tahu. Perkara ini direkodkan oleh beberapa orang guru yang ada dibilik guru ketika itu. Salah seorangnya masa kini menjadi YB bergelar dato’ di Negeri banyak negeri.

Suka mengintai guru mengajar dari luar kelas (dari belakang kelas yang hanya ada tingkap sahaja) terutama apabila guru-guru tertentu mengajar. Agaknya buat pemantauan (istilah pengurusan masa kini).

Isterinya juga mengajar di sekolah yang sama. Kalau ada apa-apa yang kontravesi tentang pengetua dalam bilik guru, esoknya pasti ada reaksi dari pengetua. Cepat bertindak ikut kata bini.

Takut kepada guru-guru tertentu, terutama guru-guru yang suami dan isteri mengajar di sekolah yang sama.  Ketika itu ada lima pasang guru mengajar di sekolah itu selain beliau sendiri.

Sangat kedekut untuk berbelanja, usahkan untuk para guru dan muridnya, malah untuk anak-anaknya dia sangat berkira.

Akibat dari perangai atau tabiat yang pelik itu sekolah menjadi tidak terkawal. Dia tidak dapat mengawal keadaan di sekolah dan malangnya tidak ada yang sudi menolongnya hatta GPKnya sendiri. Rasa hormat dikalangan semua warga sekolah hilang malah disatu peristiwa ada murid yang berani sembunyikan seliparnya ketika di surau.

Walau pun begitu sebenarnya hatinya baik. Dalam hal selain yang berkait dengan duit, dia sedia membantu para guru atau muridnya. Mungkin kerana ikhlas hatinya itu dia dinaikkan pangkat selepas bertugas di sekolah dan akhirnya sebelum bersara dia sempat menjadi Pengarah.  Sekian dulu sehingga diikuti oleh Pengetua 3, insyaAllah..

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: