Skip to content

Anakdot Pengetua 4

Februari 15, 2008

Beliau adalah pengetua contoh.  Hari-hari hidupnya menguruskan sekolah dari pagi hingga ke larut malam.  Beliau tinggal dalam kawasan sekolah di rumah semi-D, bersama-sama isterinya yang juga seorang guru, adiknya yang masih bersekolah yang dipelihara sejak kecil dan dua anaknya seorang putera dan seorang puteri.

Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan pembelajaran dan penggunaan komputer kepada guru dan murid di sekolah dalam pertengahan tahun 80’an.  Sekolahnya merupakan antara sekolah yang pertama di Pahang menggunakan komputer dalam pengurusan sekolah dan menganalisis keputusan peperiksaan/ujian.

Beliau pandai bertukang. Hasil ketukangannya masih terdapat di sekolah tempat dia bertugas seperti pintu gerbang sekolah, penambahan kepada rumah kediaman, membina rumah guru secara gotong-royong, renovasi kepada surau sekolah.  Pekerja-pekerja sekolah yang berminat bertukang akan diajar dan mendapat bimbingan dari beliau. 

Beliau suka menganjurkan kursus perkembangan staf kepada para guru yang berkaitan dengan p & p, seperti menggunakan OHP dalam pengajaran.  Oleh kerana masa itu KBSM mula diperkenalkan beliau meminta guru-guru senior di sekolah untuk mengkaji dan menyediakan bahan untuk kefahaman konsep dan prinsip dalam KBSM.  Guru-guru yang diberikan tugas itu diminta untuk menyampaikan ceramah kepada para guru.

Diwaktu malam, beliau mengumpulkan semua guru yang tinggal dalam kawasan sekolah untuk diajar tentang pengurusan sekolah.  Bahan-bahan yang beliau perolehi dari IAB dibincangkan bersama-sama untuk kefahaman guru-guru.  Sesungguhnya apa yang beliau buat itu membuahkan hasil masa kini.  Dikalangan guru-guru yang pernah dilatih oleh beliau itu kini menjadi PPD, Pengetua cemerlang dan juga guru cemerlang.  Sesungguhnya usaha beliau yang bersikap futuristik itu sangat berguna kepada para guru.

Beliau yang sangat dedikasi dalam kerja, sehingga apabila jaga bercuti dihujung minggu beliau sanggup bertugas menjadi jaga bersama-sama dengan guru-guru yang tinggal dalam kawasan sekolah.  Banyak kerja-kerja menceriakan sekolah dibuat secara gotong royong bersama-sama murid asrama dan guru-guru.  Beliau tidak kedekut, setiap gotong- royong yang dianjur pasti ada makan. Isterinya guru ERT, memang pandai memasak, jadi isterinyalah yang menyediakan makanan untuk gotong-royong.

Antara perkara yang agak menarik tentang beliau ialah kalau ada gotong royong beliau akan take the lead bagi kerja itu.  Umpamanya waktu menebang buluh untuk buat lemang bagi majlis Aidil Fitri peringkat sekolah, beliaulah orang yang pertama menebang buluh lemang.  Kepimpinannya adalah melalui teladan.  Dia bukan pemimpin yang hanya beri arahan sahaja, tetapi dia akan buat dahulu sesuatu perkara.  Beliau mempunyi multi telent.

Semasa beliau memimpin sekolah keputusan peperiksaan SRP dan SPM sentiasa meningkat.  Hubungan antara guru sama guru adalah intim.  Saya pernah ditanya oleh Nazir yang memantau sekolah tentang bagaimana beliau dapat menyatukan guru-guru.  Pada saya antara keistimewaan beliau ialah beliau mengikat hubungan yang baik dengan guru-guru melalui usaha bergotong-royong bersama-sama, makan bersama dan kalau nak komen tentang beliau boleh komen.  Kalau ada guru yang komen pengetua dalam bilik guru, dimana isterinya ada disitu, isterinya akan mengiakan komen itu malah isterinya akan tambah lagi komen sehingga guru berkenaan tidak mampu lagi untuk menambah komen.  Oleh itu tidak terjadilah kaedah isterinya menjadi spy bagi beliau di bilik guru.

Selepas menghadiri satu kurus di IAB beliau telah meminta saya menganjurkan qiamullail bagi pelajar asrama.  Dia kata dia berminat untuk buat perkara itu tetapi tak berani nak jadi imamnya.  Oleh kerana saya ada sedikit kebolehan maka saya buatlah kursus pendek bagi penghuni asrama dan melaksanakan program qiamullail di hujung minggu.  Sesungguhnya program itu dan solat jemaah serta tazkirah pendek selepas jemaah subuh dan maghrib setiap hari menjadikan masalah disiplin asrama menjadi sangat minima.

Beliau juga suka kepada kanak-kanak kecil. Anak-anak kami para guru yang bermain-main dalam kawasan sekolah waktu petang akan dipanggil atau diajak oleh beliau ke rumahnya untuk makan-makan dan bermain komputer.  Sampai sekarang anak-anak saya masih ingat semangat kasih sayang yang beliau berikan kepada mereka.

Beliau sudah bersara dan kini berniaga.  Jawatan akhir sebelum bersara ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri.  Sekian, untuk kali ini. 

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: