Skip to content

Anakdot Pengetua 6

Februari 19, 2008

Beliau masa itu hanya memangku jawatan pengetua kerana belum dilantik ke DG2, tetapi dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkesan.  Beliau tegas dalam hal-hal yang berkait dengan kurikulum.  Sebenarnya beliau telah bertugas sebagi Pengetua sejak 10 tahun sebelum itu di sebuah sekolah gred B di satu kawasan felda. Oleh itu pengalaman mentadbir sangat banyak pada dirinya.  Beliau selalu mengingatkan guru-guru bahawa kurikulum atau mengajar adalah core business yang mesti diutamakan. 

Hubungannya dengan guru baik, waktu petang beliau akan turun padang bermain sepak takraw atau bola tampar dan malam badminton di dewan sekolah. Bergaul dengan beliau, seseorang tidak tahu bila dia senyum atau masam sebab raut wajahnya sememangnya begitu.  Ini menyebabkan ramai guru dan murid takut kepadanya.  Oleh kerana saya dah kenal dia lama sebelum dia jadi ketua saya maka saya arif tentang keadaan itu.

Suatu yang pelik dengan pengetua ini ialah harta dia adalah harta sekolah tetapi tidak sebaliknya. Contohnya dia beli kamera video dengan duitnya sendiri tetapi kamera itu boleh diguna oleh semua guru dan disimpan di sekolah.  Ada lagi barangan lain yang beliau beli sendiri dengan duitnya tetapi disimpan di sekolah.  Kalau ditanya mengapa dia buat begitu. Beliau kata tak boleh bawa balik ke rumah nanti orang di rumah akan tanya banyak soalan.

Beliau sangat teliti dalam urusan kurikulum seperti hal penulisan buku rekod mengajar,  pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, soalan peperiksaan/ujian, analisis soalan dan analisis keputusan peperiksaan. Contoh ketelitiannya ialah ketika memeriksa buku rekod mengajar  setiap minggu, beliau baca dan kalau ada ejaan salah beliau betulkan, kalau kandungan salah dia buat tanda tanya besar pada ruang berhampiran, kalau tak masuk nilai-nilai dalam p&p beliau akan buat tanda tanya juga dan beliau tulis komen pada buku rekod.  Apa yang ditulis akan dipantau pelaksanaannya semasa mengajar.  Beliau tidak menjadualkan atau memaksa guru buat kelas tambahan tetapi mengajar dalam kelas mesti betul.

Beliau merupakan pentadbir yang memberi perhatian kepada pengurusan stok dan semua guru dilatih untuk memeriksa stok yang ditentukan.   Beliau kini sudah bersara, jawatan terakhir ialah Timbalan Pengarah di satu lembaga dalam KPM dan bergelar Dato’.    Sekian, hingga beretmu dengan Pengetua 7

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: