Anakdot Pengetua 7
Beliau orang yang baik. Seorang lagi pengetua yang berulang alik setiap hari sejauh 45 km., dengan menggunakan Volvo Hijau. Seorang pengetua yang peramah, mesra dan lincah. Suka belanja guru-guru di kantin atau di tempat lain tetapi tidak akan beri peluang guru belanja dia. Suka berkawan dengan guru-guru bujang (lelaki) untuk diusahakan mencari pasangan tetapi setakat yang saya tahu beliau tidak pernah berjaya dalam program ini.
Beliau mengseimbangkan pengurusan antara kurikulum, kokurikulum dan keceriaan sekolah. Ketiga-tiga ‘K’ ini diberikan pertimbangan yang adil dan munasabah. Pengurusan beliau telus, beliau boleh dikomen dan mudah diajak berbincang. Bagi yang mengisi borang tukar kita boleh minta lihat ulasan yang dibuat dengan mudah dan ada masanya kita boleh cadangkan ulusan yang patut dibuat untuk diri kita sendiri.
Beliau suka promosi guru-guru dari sekolahnya naik pangkat kalau guru berkenaan sudah layak. Beliau merupakan pengetua yang pertama memberikan kepercayaan kepada saya untuk menulis teks ucapan untuk beliau gunakan di sesuatu majlis yang besar. Apabila saya bertukar beliau mempromosikan kebolehan saya itu kepada ketua baru saya. Sesungguhnya pengalaman itu sangat berguna kepada saya hingga kehari ini.
Beliau sudah bersara dan berniaga kecil-kecilan. Jawatan terakhir ialah Pengetua sebuah Sekolah Berarama Penuh. Sekian hingga bertemu di Pengetua 8