Skip to content

Anakdot Pengetua 8

Februari 21, 2008

Beliau pengetua yang membujang, hanya balik bertemu keluarga dihujung minggu.  Oleh itu beliau dapat menumpukan kerja dan mengisi masa lapangnya di sekolah.  Beliau berkelulusan Pengajian Islam dari UKM.  Isteri beliau juga seorang guru yang juga berkelulusan Pengajian Islam dari UKM.

Beliau sangat mengambil berat tentang kurikulum dan sangat menumpukan usaha untuk meningkatkan disiplin dikalangan murid-muridnya.  Memegang prinsip sekiranya disiplin meningkat, keputusan peperiksaan (akademik) akan meningkat.  Beliau juga mahir dalam pengurusan kewangan sekolah.

Malam-malam tertentu beliau akan mengajar di surau-surau di sekitar sekolah di satu gugusan Felda. Ini merupakan cara bagi beliau memberikan sumbangannya kepada masyarakat.  Oleh itu masyarakat gugusan Felda menghormati beliau (terutama yang selalu ke surau).  Beliau juga mempunyai hubungan yang erat dengan pihak pengurusan Felda di gugusan itu dan memudahkan beliau mendapat bantuan kewangan untuk sekolah.  Beliau sering menjadi tetamu diacara-acara yang dijalankan oleh pihak pengurusan Felda.

Beliau mengajar dua kelas tingkatan lima mata pelajaran pendidikan Islam sebagai bukti komitmen beliau terhadap peningkatan kurikulum serta sebagai contoh dan tauladan kepada para guru.  Dengan mengajar itu beliau kenal murid-muridnya dengan lebih dekat lagi dan tahu perangai baik atau buruk murid-muridnya itu.

Selepas makan di kantin selalunya beliau akan balik kerumahnya (dalam kawasan sekolah) untuk merokok.  Ini hanya diketahui oleh orang-orang yang rapat dengan beliau. Dalam hal ini beliau cukup menjaga disiplin.  Hubungan beliau dengan para guru adalah baik, malah beliau menganjurkan hari keluarga staf dan guru di kawasan sekolah dengan acara disertai oleh seluruh warga staf dan guru.

Beliau adalah pengetua yang melantik saya sebagai GPK1 sebaik-baik saya melapor diri ke sekolahnya (bertukar dari daerah lain).  Apabila beliau bertukar dari sekolah itu saya terpaksa menanggung kerja pengetua selama sebelas bulan setengah sebelum pengetua baru DG2 datang melapur diri.

Oleh kerana dia masih DG3 (peringkat tingkatan kanan dalam skim lama) beliau sangat takut kalau-kalau tak layak mendapat DG2, dan kalau tak dapat DG2 beliau terpaksa bertukar sebab sekolah itu adalah sekolah gred A (Pengetua mesti DG2).  Oleh itu beliau memohon bertukar kembali ke negeri asalnya iaitu negeri pesisir pantai.  Apabila bertukar ke negeri pesisir pantai itu beliau dilantik menjadi pengetua sebuah sekolah yang jaraknya lebih 50 km dari rumahnya.    Apabila beliau dapat DG2  tiba-tiba beliau dihantar kembali ke Pahang menjadi pengetua disebuah sekolah yang baru dibuka.  Beliau bertugas di sekolah itu sehingga bersara.  Kini beliau kembali ke negeri pesisir pantai dan menetap disana.   Sekian hingga bertemu lagi Insya Allah.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: