Skip to content

Anakdot Pengetua 9

Februari 25, 2008

Beliau adalah sahabat lama saya.  Bersama-sama sebagai guru biasa semasa saya muda dahulu.  Dia menjadi pengetua saya yang ke 9.  Perangainya sudah banyak berubah terutama dari segi komitmen kerja.  Hubungan sahabat tetap sama malah dalam keadaan saya menjadi Guru Cemerlang ini beliau lebih menghormati saya.

Beliau memang mudah dibawa berbincang.  Beliau sendiri akan mengemukakan ideanya kepada saya sebelum dibawa kepada perbincangan dengan para guru.  Tujuannya ialah meminta saya memberi pandangan, menyuburkan idea dan mengkritik jika perlu.  Dengan yang demikian idea itu sukar ditolak oleh para guru.  Apabila idea-idea itu dibentangkan kepada para guru dia tetap yakin bahawa idea dalam bentuk program atau acara itu tetap diterima dengan rela hati oleh guru-guru.

Selepas beliau membentangkan program atau apa-apa acara untuk sekolah, beliau akan serahkan kepada guru-guru yang ditentukan untuk melaksanakannya.  Setelah memberi sedikit penerangan dan arahan beliau akan meminta guru-guru buat ikut stail mereka sendiri.  Dal hal pelaksanaaan apa-apa kerja beliau memegang kepada prinsip berikut, (a) Semua guru adalah graduate atau telah terlatih oleh itu mereka tahu menyelesaikan masalah, (b) Guru-guru kena belajar membuat sesuatu berdasarkan ilmu pengtahuan, kemahiran dan sikap yang betul, (c) Guru-guru jangan takut untuk bertanya atau merujuk sesuatu kepada yang tahu, dan (d) Guru-guru jagan takut minta bantuan dari guru-guru yang lain dalam melaksanakan sesuatu.   Dari prinsip ini beliau mudah meminta para guru membuat apa-apa kerja disamping melatih para guru untuk maju dan menokok pengalaman dalam kerjaya.

Akibat dari keadaan ini banyak kejayaan telah diraih oleh sekolah semasa beliau mentadbir sekolah itu, antaranya menjadi juara 3K bagi Pahang dan bertanding keperingkat kebangsaan.   Menjadi sekolah tempat pelancaran Portal Utusan bagi Pahang dan beberapa kejayaan yang lain.

Beliau pengetua yang berani memulakan aliran sains setelah sekolah ini berumur 38 tahun.  Dalam hal ini beliau meminta komitmen dari saya untuk melakukan kerja-kerja asas.  Selain meminta saya memulakan kelas aliran sains beliau juga memberikan kepercayaan kepada saya untuk meningkatkan keputusan Bahasa Inggeris dalam PMR.  Alhamdulillah keputusan Bahasa Inggeris meningkat 9% selepas program itu dilaksanakan.

Dalam hal pengurusan sekolah beliau bersikap seimbang antara kurikulum, kokurikulum dan keceriaan.  Oleh kerana sekolah yang ditadbir adalah di luar bandar, maka banyak kerja-kerja yang berkait dengan kurikulum perlu diberikan perhatian. Beliau telah memberi perhatian yang sewajarnya.  Walaupun begitu keputusan PMR dan SPM adalah dalam peringkat naik dan turun tetapi tidak merudum.

Kini beliau telah bersara, sedikit uzur dan menjaga cucu.

Saya akan tangguhkan dahulu tentang anakdot pengetua ini sehingga selepas 8 Mac 2008 kerana saya hendak menulis tentang tanggungjawab memilih pemimpin dan kemahiran membuat keputusan.  Posting berikutnya ialah tentang kemahiran membuat keputusan. Sekian.

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: