Skip to content

Apa UMNO buat selama memerintah

Februari 28, 2008

Kalau dimenongkan dan ditilik kepada performance orang melayu selama 51 tahun merdeka, kita akan dapati orang melayu yang tercorot dari segi ekonomi. Ini dapat dilihat daripada bukti jawapan dalam parlimen beberapa bulan dahulu.

Sengaja saya petik secara melebar komen penuh sentimen Ahli Parlimen Gerik yang juga bekas Timbalan Naib Canselor, UKM Bangi itu. Memang mainan bahasanya penuh simbolik dan makna. Maklumlah, mahaguru bahasa. Cuma yang hairannya, sebagai seorang pejuang bahasa, Wan Hashim tidak begitu menyerlah ketangkasannya membela kedaulatan bahasa Melayu di Dewan Rakyat apatah lagi bila berhadapan dengan isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Menjawab soalan Wan Hashim itu, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Zainal Abidin Osman menjelaskan bahawa pendapatan isi rumah kasar bulanan untuk tahun 2004 bagi kaum bumiputera adalah RM2,711 sebulan, Cina (RM4,437), dan India (RM3,456).

Statistik Jabatan Perangkaan itu, ujarnya menunjukkan peningkatan 5 peratus pendapatan isi rumah kaum India berbanding 1999 yang cuma berjumlah RM2,702 dan bumiputera tidak berubah (RM2,711). Menurut Zainal Abidin, kadar kemiskinan tegar kaum bumiputera jauh lebih tinggi iaitu 8.3 peratus berbanding kaum India (2.9 peratus) manakala Cina (0.6 peratus) pada tahun 2004. “Angka ini juga kalau dibandingkan dalam tahun 1999 adalah lebih baik di mana kemiskinan dan kemiskinan tegar keseluruhan bagi kaum India di tahun 1999 adalah 3.5% dan berkurang kepada 2.9% pada tahun 2004; jauh lebih baik daripada 8.3% di kalangan Melayu dan bumiputera,” katanya.

Jawapan Zainal Abidin itu disambut gembira sebahagian Ahli Dewan Rakyat penyokong kerajaan sehingga ada yang menepuk-nepuk meja. Tetapi sebenarnya jika mereka tidak buta mata, buta telinga dan buta hati (seperti diungkapkan Wan Hashim); pastinya mereka tidak akan gembira apabila melihat, mendengar dan merasa bahawa sebenarnya, bumiputera khususnya bangsa Melayu masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain termasuk India! Wan Hashim dan rakan-rakan MP-nya daripada Umno sepatutnya merasa malu dengan kedudukan ekonomi masyarakat Melayu. Setelah 50 tahun merdeka, dan Umno masih menjadi tunjang utama BN, kedudukan orang Melayu dalam bidang ekonomi masih jauh ketinggalan. Malah dalam perhimpunan agung Umno tahun lalu, isu ekuiti Melayu dalam ekonomi negara turut disentuh.

Pemilikan ekuiti kita pada tahun 2006 hanyalah 14 peratus sedangkan sasaran kita adalah sebanyak 30 peratus, manakala pemilikan aset adalah lebih parah lagi,” kata wakil Umno Melaka, Idris Haron. Bagaimanapun seperti kebiasaan, para pemimpin Umno akan menuding jari ke pihak lain untuk menutup kegagalan ini. Dan kali ini, pengendali jentera kerajaan yang hampir 85 peratus berkulit ‘sawo matang’ dijadikan punca kemunduran dan keciciran orang Melayu.”

Dari data di atas dapat dilihat bahawa UMNO gagal membawa orang melayu dalam bidang ekonomi yang merupakan tumpuan utama gerakan UMNO semenjak merdeka.  Saya masih ingat lagi apabila anak-anak muda tahun 70an dahulu mengajak UMNO menumpukan perhatian terhadap memurnikan akidah umat melayu Islam.  Jawapan yang diberikan ialah kita majukan dulu ekonomi kemudian baru tumpukan kepada Islam.  Tapi bila sampai krisis ekonomi melanda tahun 1997, dalam masa 2 minggu seluruh usaha ekonomi yang diberikan tumpuan selama 40 tahun merudum.  Tetapi akidah yang disuburkan oleh anak muda 70an dahulu masih kental hingga ke hari ini.  Itulah UMNO yang tidak berjuang berlandaskan Islam.  51 tahun merdeka ekonomi tak dapat akidah pun meleset.  Oleh itu kalau hendak bahagia di dunia dan akhirat serta tidak dicelup dalam neraka jangan undi UMNO/BN.  (Setiap hari bila berdoa minta bahagia di dunia dan akhirat dan jangan dimasukkan kedalam neraka).  Sekian dahulu. 

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: