Skip to content

Kemahiran Membuat Keputusan

Mac 2, 2008

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) melalui buku “Penerapan Kemahiran Berfikir dalam P&P Sains telah menjelaskan tentang langkah-langkah membuat keputusan (ms 45)

Membuat keputusan ialah memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan, melalui beberapa langkah pelaksanaan berikut;

(a)  Mengenal pasti matlamat  (b) Mengenal pasti alternatif (c) Menganalisis alternatif (d) Menyusun alternatif mengikut keutamaan (e) Memilih sekurang-kurangnya dua alternatif terbaik (f) Menilai alternatif yang dipilih (g) Membuat keputusan.

Memilih pemimpin melalui pilihanraya adalah satu keadaan dimana kemahiran membuat keputusan perlu diaplikasikan/digunakan.  Berikut adalah contoh penggunaan Kemahiran Membuat Keputusan itu.

(a)  Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui pilihanraya dinegara ini? Melalui pilihanraya rakyat malaysia berhasrat untuk memilih pemimpin negara.  Sebagai orang Melayu Islam pemimpin yang hendak dipilih mestilah pemimpin yang selari dengan doa yang kita sebut setiap kali berdoa iaitu “Wahai Tuhanku, kurnialah aku kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan jauhkanlah aku daripada api neraka”.  Oleh itu pemimpin negara yang hendak dipilih ialah pemimpin yang boleh membawa rakyatnya bahagia di dunia (ketika hidup), bahagia di akhirat (selepas mati) dan tidaklah kita ini dicelup dalam api neraka akibat persekitaran yang diwujudkan oleh para pemimpin yang dipilih itu. Sebenarnya ini adalah wawasan hidup seorang insan terutamanya yang beragama islam. Oleh itu matlamat kita ialah memilih pmimpin yang dapat membawa kita bahagia di dunia dan bahagia di akhirat serta pemimpin itu tidak membawa kita ke neraka atau pemimpin yang menyekat pengikut-pengikutnya masuk syurga. 

(b)  Apakah alternatif yang ada?   Melalui proses pilihanraya ini kita mempunyai sekurang-kurangnya tiga alternatif.  Ini kerana dikebanyakan kerusi yang ditandingkan adalah merupakan pertemuan antara Be End (BN) dengan salah satu parti alternatif sama ada PAS, Keadilan atau DAP, kecuali dibeberapa kerusi yang ada calon bebas. Oleh itu alternatif yang ada ialah (i) Be End (BN), parti yang membentuk kerajaan selam 51 tahun sebelum PRU 12.  (ii) BA (Barisan alternatif – Barisan Rakyat) yang dianggotai oleh PAS, Keadilan dan DAP (iii) Tidak keluar mengundi atau merosakkan undi kerana tak suka kedua-dua parti (i) dan (ii).

(c) Menganalisis alternatif yang ada.  (i) Memilih Be End (BN) bererti kita hanya berhajat untuk untuk bahagia di dunia (Selamat, Aman dan Makmur). Hakikatnya rakyat tak selamat, tak aman dan tak makmur kerana akibat jenayah yang meningkat, salah guna kuasa, polis tidak diguna menjaga keamanan tetapi menjaga kepentingan pemimpin Bee End, rasuah, harga barang naik, tol naik, harga minyak naik.  Rasuah telah ditukar istilah kepada komesyen dan politik wang untuk kelabukan minda rakyat. Salah guna kuasa( wang rakyat digunakan untuk bailout projek seperti Port Klang Free Trade Zone). Makmur bagaimana? kalau ada rakyat yang masih papa kedana tetapi pemimpin duduk di mahligai besar yang pembinaannya tak tahu dari sumber mana. Be End juga menyekat perkembangan dan amalan peningkatan keilmuan terutama di masjid, menggalakkan judi (dengan diubah dengan berbagai nama). Usaha untuk kebahagian akhirat dilihat sangat minima. Banyak program yang dianjurkan adalah menggalakkan orang beriringan masuk neraka kerana maksiat sudah merata. Nampaknya Bee End sendiri tak buat apa yang di slogankan itu (Selamat, Aman dan Makmur) walau pun 51 memerintah.

Memilih PAS bererti ingin bahagia di dunia dan bahagia di akhirat sebab PAS membuat program selari dengan kehendak Al Quraan dan Hadith, menggalakkan peningkatan ilmu yang berkait dengan kesedaran untuk mendapat keredhaan Allah SWT.  Pemimpin PAS pula dilihat bebas daripada salah guna kuasa, mengajak rakyat mentaati Allah dan Rasul, meningkatkan ilmu pengetahuan, kempen kesedaran menjauhi api neraka dan mereka sebagai contoh teladan yang selari dengan kehendak agama. Contoh terdekat ialah kepimpinan Ulamak di Kelantan yang diketuai oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kepimpinan Ulamak di Kelantan mengajak rakyat menjauhi kesusahan dan kedaifan walau pun UMNO/BN tak nampak apa yang dibuat seperti Takaful Kifaalah dan Bantuan unruk Armalah. PAS yang hendak membina negara kebajikan sebenarnya telah melaksanakan sepanjang memerintah Kelantan selama 18 tahun dan ketika PAS memerintah Terengganu dulu mereka juga beri tumpuan kepada kesejahteraan rakyat dimana Tuan Guru Haji Hadi tidak hidup bermewah-mewah seperti Idris Jusoh.

Tidak mengundi atau merosakkan kertas undi adalah tindakan yang tidak hadari walau pun pilihanraya adalah had-had hari sahaja. 

(d) Pilihan terbaik ialah memilih PAS/Keadilan/DAP

(e) Pemilihan terhadap PAS adalah kerana pemimpinnya telah terbukti memberi harapan kepada rakyat, membela rakyat dan tidak menyeksa  atau mendera rakyat (Bee End siksa rakyat dengan harga barang yang meningkat sehingga tidak terkawal) Malah pemimpin PAS adalah merujuk kepada Ulamak sebelum membuat keputusan agar keputusan itu berlandaskan kepada kehendak Allah SWT dengan harapan Allah akan memberikan barkat kepada negara dan rakyat.  Pemimpin Bee End majoriti terpalik dengan skandal rasuah, salah laku seks dan lain-lain keburukan.

(f)  Keputusan, dimana PAS atau Keadilan bertanding maka pilihlah PAS atau Keadilan dan jangan pilih BN (Bee End)

Mengapa BN dieja Bee End?  Kerana kerajaan islam hadari Abdullah Badawi ini sangat suka guna Bahasa Inggeris jadi pilihanraya ini kita ‘be end’kan mereka (tamatkan mereka) dari memerintah negara ini.  Bukan aku benci guna Bahasa Inggeris tetapi Bahasa Melayu (kebangsaan) mesti diutamakan. Sekian….

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: