Penipuan Semasa Pilihanraya
Semalam Pengrusi SPR mengumumkan bahawa dakwat celup untuk pengundi PR 12 tidak jadi dugunakan. Pada hari Khamis sebelum penamaan calon keluar arahan untuk mematikan stem pada borang bagi calun-calun yang hendak bertanding. Sabtu malam Ahad sebelum penamaan calun arahan mematikan stem ditarik balik. Ini semua usaha-usaha yang berbentuk pembohongan yang sengaja dibuat untuk menyusahkan calun-calun pembangkang. Hakikatnya SPR pakar pembohong. Berbohong adalah tanda-tanda munafik. Ertinya Pengerusi SPR ada tanda-tanda munafik pada dirinya.
Abdullah Badawi Imam Hadari pun berbohong juga. Kata tak bubar perlimen pada 13 Februari tetapi tak sampai 24 jam perlimen dibubarkan. Kata tak beri kontarak kepada syarikat anaknya Kamaluddin, tetapi bina badan bas untuk Rapid KL dan Penang memang dibuat oleh SCOMI syraikat Kamaluddin. Takkan tok imam berbohong. Tetapi memang dia berbohong.
Sekali berbohong memang akan berbohong lagi untuk mengiakan bohong yang pertama. Oleh itu pembohongan akan berterusan dan berganda-ganda. Lebih banyak berbohong lebih jelaslah tanda munafiknya. Manakan nak berkat dalam memerintah kalau pemimpin sentiasa meningkatkan kaedah berbohongnya.
Kalau dalam solat kita baca fatihah. Antaranya memohon Allah tunjukkan jalan yang lurus dalam mencari bahagia di dunia dan bahagia di akhirat. Bagai mana nak dapat kedua-dua bahagia di dunia dan akhirat kalau sentiasa berbohong. Bagai mana nak dapat jalan yang lurus kalau hidup ini dilingkari oleh keadaan munafik.
Oleh itu jangan pilih BN kerana ramai pemimpinnya suka berbohong dan mengarahkan pegawai-pegawainya buat kerja bohong. Katakan tak nak kepada BN. Pilihlah PAS, Keadilan atau DAP, sekian