Skip to content

Esok kita mengundi

Mac 7, 2008

Esok, 8 Mac 2008 seluruh negara akan berlaku pilihanraya umum ke 12.  PRU 12 bertujuan untuk memilih satu kerajaan baru bagi satu penggal pemerintahan.  Bagi Be End (BN) dia telah memerintah 50 tahun (termasuklah dia memerintah dalam Perikatan).  Tetapi perlu diingat bahawa UMNO tak pernah bertanding  sebagai UMNO dalam pilihanraya umum. Jadi UMNO sebenarnya parti yang penakut. Dulu bendera UMNO tak pernah kelihatan ketika pilihanraya. Saya masih ingat ketika kecil dahulu lambang UMNO tak nampak pun tapi kini agaknya orang UMNO rasa mereka orang tak tau, takut dianggap bendera UMNO sama dengan bendera dacing jadi baru kini nampaklah bendera merah putih dengan keris tak bersarung dalam bulatan kuning itu bersama-sama tenggelam dalam kebiruan dacing.  Sebenarnya UMNO penakut untuk bersendirian.

Perangai takut bersendirian ini sebenarnya telah menjadi budaya dikalangan generasi muda seperti anak-anak sekolah.  Kalau ke tandas pun mesti berteman, bukan tak baik tetapi perangai perlu berteman setiap masa ini ada juga tak baiknya.  Kalau orang bercinta yang memerlukan teman bersama-sama akhirnya membawa kepada kerja-kerja negatif akan berlaku.

Penyakit sentiasa berteman ini akan makan tuan dalam politik masa kini, kerana bila bergaduah antara teman atau hati teman diusik atau diherdik akan berlaku pecah kongsi akibatnya porak peranda organisasi.  Ini yang berlaku dalam BN, waktu pilihanraya berampas tempat bertanding (kerusi) lihatlah PPP bergaduh dengan MIC, Gerakan bercakar dengan MCA, akhirnya kerusi UMNO jadi korban.  Lihatlah apa yang berlaku di Perak.

Esok akan banyak hantu-hantu keluar mengundi, ada 8,600 lebih nama pengundi yang umur mereka melebihi 100 tahun. Di bawah ini sebahagian daripada no. kad pengenalannya, cubalah lawat ke web SPR.

801018775059 800311086231 811028045577 830416610017 841207065917 851222740019 850513106435 851117106729 850802106378 850916086838 860320145365 861101105077 860208145701 860320145357 861217145011 860126145839 871205740015 870914105781 870418105790 871016146308 881231100432 881103750027 880505066047 880906087033 881030136332 891102740096 891129740088 890520610089 890112146416     890920076065    890403615016     910609755079    920622710069    920612740045

Lawatlah laman SPR untuk lihat dimana hantu-hantu ini mengundi. Dato’ Siti Norhaliza yang kini sebuk berkempen di tempat Pak Lah Badui dan Melaka pula rupanya tak berdaftar sebagai pengundi (No. KPnya 790111 06 5624).  Cakap suruh orang mengundi tapi dia sendiri tak mengundi. Inilah cikgu ketam yang suruh anaknya jalan betul dia sendiri jalan senget.

Semalam aku duduk ditepi jalan pukul 11.00 malam, ku lihat konvoi kereta menghala ke Kelantan sangat banyak, harap-harap tak adalah hantu dalam perjalanan itu.  Selain itu SPR dah berniat untuk menipu kerana mula kata nak pakai dakwat tiba-tiba batal atas hujjah yang sangat kebudak-budakan. Takkanlah orang dah berumur 60 tahun pakai hujah seperti budak-budak sekolah rendah tak buat homework. Agaknya pengerusi SPR ini dah kembali kezaman kanak-kanaklah.

Tapi kalau fikirkan apa yang Be End buat sepanjang dia memerintah rasanya aku tak terhingin hendak memilih mereka sebagai pemerintah.  Mula dengan harga minyak naik, diikuti dengan harga barang naik. Tarif air, elektrik naik. Subsidi kepada IPP (pengeluar tenaga elektrik swasta) diberi subsidi lebih 9.0 billion setahun tapi nak subsidi minyak untuk rakyat 4.4 billion tak boleh. Untuk rakyat tak beri bantuan untuk orang dah kaya ada pula duit untuk dibayar.  BN bailout projek yang diberi kepada kroni, tapi anak-anak muda diberi pinjaman PTPTN dengan bayaran berbunga (riba). Inilah contoh Be End nak ajak rakyatnya yang cerdik masuk neraka kerana paksa mereka mengamalkan riba. Oleh itu kalahkanlah Be End itu.

Undilah PAS, Keadilan atau DAP.  sekian.

 

Advertisements
One Comment leave one →
  1. penamaya permalink
    Mac 7, 2008 6:02 pm

    Selamat Mengundi !

    http://penamaya.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: