Skip to content

Maklumat terkini bagi guru-guru!!

April 27, 2008

Minggu lalu (21 hingga 25 April 2008) aku bersama rakan-rakan dari seluruh negara berkampung di Hotel Mahkota, Melaka. Kami buat satu kerja untuk kegunaan para guru yang menyediakan murid-murid mereka untuk SPM setiap tahun. Kami dipanggil oleh Unit Psikometrik, Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk menulis Kupasan Mutu Jawapan bagi beberapa mata pelajaran penting SPM 2007.

Disamping menyediakan Kupusan Mutu Jawapan (KMJ) bagi setiap mata pelajaran, kami juga dibekalkan oleh pihak penganjur KMJ tahun 2005 bagi semua mata pelajaran penting diperingkat UPSR, PMR, SPM dan STAM. Tiada KMJ dibuat untuk tahun 2006.

Bagi aku yang telah terlibat menulis KMJ semenjak 2003 lagi, aku merasakan KMJ sangat penting kepada setiap guru kerana sekurang-kurangnya ia memberikan aku panduan bagi mengajar murid-murid aku membuat persediaan menghadapi peperiksaan yang mereka ambil.  Aku rasa tak ramai guru yang ambil pusing tentang KMJ ini. Atau mungkin mereka tak pernah dengar tentang KMJ ini.

Bagi guru biasa yang tidak terlibat membuat soalan peperiksaan atau menjadi pemeriksa mana-mana peringkat peperiksaan awam wajarlah mereka membaca, meneliti dan membincangkan KMJ ini dalam mesyuarat panitia mata pelajaran masing-masing. Ini adalah salah satu kemahiran asas sebagai seorang guru (kemahiran pentaksiran).

Masalahnya dimanakah KMJ ini boleh didapati.  Rasanya perkara ini akan diedarkan kepada setiap sekolah melalui Unit Peperiksaan di PPD dan Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPN masing-masing. Kami dibekalkan dengan CD. Kalau tak ada juga di PPD atau JPN mintalah terus kepada Unit Psikometrik Lembaga Peperiksaan Malaysia, KPM. Pihak penganjur berjanji nak letakkan dilaman maya mereka di alamat www2.moe.gov.my/¬lpm. Cuba-cubalah layari laman maya ini.

Aku juga berhasrat nak buat catatan panduan kepada para guru tentang bagaimana nak gunakan KMJ mengikut persepktif seorang guru bilik darjah menggunakan KMJ bagi menyediakan muridnya menghadapi peperiksaan umum. Aku harap dapat siapkan segera. 

Sebenarnya aku telah menggunakan KMJ ini (dulu nama lain) semenjak tahun 1986) lagi. Ia bermula dengan pengetua aku ketika itu membuat salinan fotostat KMJ bagai semua mata pelajaran dan diedarkan kepada ketua panitia. Ketika itu aku ketua panitia. Beliau arahkan agar dibincang dalam mesyuarat panitia untuk difahami oleh semua guru. Aku buat dan aku dapat manfaatnya serta rakan guru juga dapat manfaat tidak terkecuali juga murid-murid dapat manfaatnya.  Selamat mencari KMJ, membaca dan berusaha. TQ.

5 Komen leave one →
  1. cikgu zana permalink
    November 10, 2008 9:55 pm

    Saya bersetuju dengan pendapat diatas,namun KMJ ini bagai tidak wujud disekolah. sewajarnya ia dapat dijadikan panduan untuk p&p kita. Jika guru itu seorang pemeriksa mungkin tiada masalah untuk memahami apa itu KMJ tetapi bagi yang bukan pemeriksa .. tidak akan dapat membaiki keadaan yang sedia kabur. kami disekolah akan terus menunggu kemunculannya. TQ

  2. cikgupakansarawak permalink
    Mei 23, 2009 10:05 pm

    KMJ memang banyak banyak membantu guru guru dan pelajar.dengan adanya KMJ kita dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan calon. Cuma KMJ ini susah sikit nak dapat.

    Cikgu kalau nak KMJ sains SPM saya boleh kirimkan, saya harap cikgu dapat perkenalkan diri sedikit untuk kita bersilaturrahim. Sekian TK,

    • kamaruzaman permalink
      Disember 20, 2011 2:50 pm

      saya berharap untuk dapat kmj sains spm.

  3. Oktober 27, 2009 10:27 am

    boleh bagi kupasan bagimutu jawapan kimia

    Insya Allah saya akan e-mail Kupasan Mutu Jawapan bagi MP Kimia 2005.

  4. Oktober 27, 2009 10:29 am

    saya tak penah tahu ada KMJ ni di peringkat sekoah dan tak pernah dipanggil untuk KMJ
    macamana saya nak melibatkan diri dalam KMJ ni?

    kami guru sains dan matematik jarang di panggil untuk terlibat dalam kursus sains..jadi katak di bawah tempurung tak tahu perkembangan luar…alahai sedihnyer

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: