Skip to content

Catitan Pengetua 4

Mei 9, 2008

Diserang oleh satu bas orang estate.  Pagi itu Cikgu Arowati beritahu aku bahawa radio yang beliau guna sebagai Alat Bantu Mengajar Bahasa Melayu hilang.  Radio dibeli dengan harga RM 450.00 tahun lalu dan disimpan di Pusat Sumber Sekolah. Setelah siasatan dibuat aku buat keputusan untuk memberi tahu Pegawai Perhubungan Polis yang menjaga SM Batu Dua.  Aku telefon Insp. Razali, pegawai polis yang berkenaan yang juga OCS Bandar. Aku beri tahu beliau sekadar  makluman sahaja dan bukan hendak buat laporan polis.

Tidak semena-mena datang satu Land Rover polis ke sekolah aku. Beberapa orang polis datang diketuai oleh seorang Inspektor muda yang baru keluar daripada Maktab Latihan Pegawai Polis. Dia kata dia nak buat kes.  Aku kata tak perlu. Aku hanya maklum sahaja kepada Pegawai Polis yang jaga sekolah aku.

Dia tanya guru-guru, dia tanya jaga, dia tanya tukang kebun. Akhirnya dia dapat tahu ada sekumpulan murid India merupakan kumpulan yang terakhir meninggalkan sekolah diwaktu petang pada hari radio itu hilang. Polis dah dapatkan beberapa orang murid India lelaki dan perempuan yang balik lewat pada hari kejadian itu. Inspektor Muda hendak buat siasatan. Aku kata buatlah dalam bilik pengetua, tapi inspektor Muda berkeras nak bawa murid-murid India itu ke Balai Polis Daerah. Waktu dia minta izin sebenarnya dia telah menghantar murid-murid India itu ke Balai Polis. Aku hanya dapat memerintahkan seorang guru disiplin pergi ke Balai Polis untuk mengikuti keadaan selanjutnya. Akibat dari peristiwa itu murid-murid India itu balik lewat, melebihi pukul 3.00 petang dan seorang murid perempuan dikatakan dipukul oleh pihak penyiasat dengan host getah dalam bilik penyiasatan.

Dua hari selepas peristiwa itu satu bas (mutan 28 penumpang) telah menyerang aku. Mereka terdiri daripada bapa dan penjaga murid-murid India dari sebuah estate (13 km. dari sekolah).  Meraka park bas mereka ditempat letak kereta guru-guru. Ketua guru disiplin datang mengingatkan aku bahawa ribut hitam akan berlaku untuk melanda sekolah. Aku kata releks dan sediakan kerusi dalam bilik pengetua untuk mereka.

Aku jemput mereka yang 28 orang itu kebilik pengetua. Seorang anak muda sebagai juru cakap memperkenalkan diri. Dia kata dia berkerja dipejabat peguam di Kuala Lumpur. Aku kata tak ape!!, awak kerja di pejabat PM ke, di pejabat Menteri Pendidikan ke atau di pejabat Kerja Raya pun tak ape!!. Kemudian si orang muda kata dia nak telefon YB kawasan dia, nak beri tahu tentang hal ini. Aku kata silakan. Dia terus telefon YB berkenaan. Aku dengar dia menyebut nama SM Batu Dua dan dia tanya nama aku. Selepas itu anak muda itu keluar tanpa berkata apa-apa.

Sebenarnya YB kawasan mereka itu seorang Dato’.  Dia merupakan anak murid aku semasa dia belajar ditingkatan tiga. Agaknya YB itu marah kepada orang muda itu kerana kacau guru yang dia hormati.

Bila juru cakap orang muda itu lari, orang lain terpaksa jadi ketua atau juru cakap. Orang yang paling cerdik ketika itu ialah mandur estate yang juga driver bas. Dia pun mula cakap banyak. Aku biarkan sahaja. Bapa dan penjaga yang lain diam sahaja. Si Mandur pertikaikan mengapa murid-murid itu saya hantar ke Balai Polis.  Aku beri penjelasan panjang lebar tentang hal itu. Aku juga kata bahawa balai polis adalah tempat paling ‘selamat’, kalau tak selamat itu diluar kemampuan aku nak kawal. Aku kata TPM (Anwar Ibrahim) pun kena belasah dalam lokap polis. Itu realiti.

Setelah berlaku cabar mencabar, debat berdebat, akhirnya aku tanya si Mandur estate yang pandai cakap, yang tunjuk seolah-olah dia tahu semua, dia cerdik, dia bijak, dimana di belajar dan apa kelulusan dia? Ada pergi Universiti ke?  Si Mandur tergamam. Aku beri tahu dia aku lulus Universiti. Si Mandur tunduk malu dan yang lain diam tak kata apa-apa. Akhirnya mereka tanya aku apa nak buat? Aku kata pergilah ke Balai Polis. Tanya apa sebenarnya berlaku.  Semua terus diam.  Aku beri tahu mereka aku akan telefon Balai Polis, beri tahu Balai ada satu bas India dari estate A nak datang ke Balai Polis. Si Mandur juru cakap mereka kata jangan! jangan!.  Mereka bergegas keluar dari bilik aku cepat-cepat!!!.

Apabila aku maklumkan hal ini kepada Inspketor Razali, Pegawai Perhubungan Polis bagi SM Batu Dua barulah aku tahu duduk perkara.  Ramai orang India dari estate A itu ada masalah dengan polis. Insp. Razali kata kalau aku telefon awal polis boleh masukkan semua mereka ke lokap. Nasib baik aku tak telefon awal pihak polis, kalau tidak nyaya aje bapa dan penjaga dari estate itu.

Apa-apa pun banyak pengajaran dari peristiwa ini. (1) Kalau kita sebagai pengetua diserang, kita kena tenang. Jangan aggresif (2) Kalau boleh jatuhkan moral ketua mereka dahulu, biar mereka rasa kecil. Matikan ego ketua mereka dahulu. (3) Kalau ada yang suka bercakap, kita jangan menyampuk. Biar dia habis bercakap. Bila dia dah habis bercakap minta yang lain diam, kita pula bercakap (4) Tunjukkan kita lebih pandai daripada mereka, turunkan emosi mereka dengan merendahkan emosi kita. dan (5) Kalau perlu hubungi pihak keselamatan (polis), kita boleh cas mereka sebagai the intruder.

Sekian untuk posting kali ini. TQ       

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: