Skip to content

Mengaplikasi Pembelajaran Masteri

Jun 7, 2008

Para guru sering diperdengarkan dengan pendekatan mengajar yang bernama pembelajaran masteri. Dari segi teorinya pendekatan ini memerlukan seorang guru mengajar sesorang murid atau sekumpulan murid sesatu hasil pembelajaran (learning outcome) sehingga murid itu mencapai hasil pembelajaran itu dengan betul dan tepat. Oleh kerana seseorang murid atau kumpulan murid itu tidak sama kadar pembelajarannya (having different pace of learning) maka pencapaian hasil pembelajaran tidak akan sama. Mengikut pendekatan ini selagi hasil pembelajaran tidak dicapai maka pembelajaran tidak boleh berubah. Murid dan guru mesti mengulang pembelajaran berkali-kali sehingga hasil pembelajaran yang dikehendaki tercapai.  

Akibatnya guru akan menghadapi masalah dalam menghabiskan sukatan pelajaran. Mengikut pengalaman, pendekatan ini tidak boleh diguna untuk mengajar sesuatu tajuk yang mempunyai banyak hasil pembelajaran untuk kali pertama.  Kali pertama mengajar sesuatu tajuk yang mempunyai banyak sub tajuk dan setiap satu sub tajuk ada beberapa learning outcome itu hendaklah menggunakan pendekatan lain seperti pendekatan pengajaran kontekstual atau pendekatan konstruktivisme. Dengan menggunakan pendekatan kontekstual atau konstruktivisme ini guru akan dapat mengatur pengajaran mengikut perancangan pengajaran yang dibuat. Oleh itu sukatan akan dapat disiapkan mengikut perancangan.

Bila hendak guna pembelajaran masteri? Ada dua cara yang dicadangkan untuk menggunakan pembelajaran masteri. (1) Melalui kaedah Test and Retest (2) Menggunakan bantuan tutor/guru Muda.  

Test dan Retest.  Kaedah ini digunakan untuk mengulangkaji mata pelajaran yang ada soalan objektif dalam kaedah pentaksirannya (dalam soalan peperiksaan sama ada pada peringkat PMR, SPM atau STPM). Mata pelajaran yang yang bersifat fakta seperti sains (biologi, kimia dan fizik), sejarah dan ekonomi asas sangat sesuai menggunakan kaedah ini semasa mengulangkaji. Pertama sediakan soalan objektif bagi tajuk pilihan. Seeloknya jumlah soalan antara 40 hingga 50 soalan. Kedua, jawab soalan itu di atas kertas jawapan dalam jangka masa yang ditetapkan (1 jam untuk 40 soalan, 1jam 15 minit untuk 50 soalan). Periksa jawapan (minta orang lain yang buat pemeriksaan).  Selagi jawapan yang betul tidak mengatasi 90%, sesorang itu mesti buat sekali lagi ujian objektif dari tajuk yang sama menggunakan soalan yang sama. Antara sesuatu test dengan test berikutnya murid hendaklah membuat ulangkaji. Kaedah ini hendaklah dibuat berulang kali sehingga jawapan betul mencapai 90% atau lebih. Ini bererti seseorang murid itu menguasai (master) semua hasil pembelajaran dalam sesuatu tajuk sebelum dia boleh berpindah ketajuk yang lain. Sekiranya sesorang murid itu menguasai semua tajuk sebelum hari peperiksaan maka murid berkenaan telah master subjek itu.

Menggunakan bantuan tutor/ guru muda.  Kaedah ini menggunakan bantuan seorang guru muda, rakan sebaya yang menjadi tutor untuk membimbing seseorang murid bagi memahami sesuatu tajuk.  Guru boleh membekalkan tutor/ guru muda dengan instrumen (kertas soalan) untuk digunakan bagi menguji kebolehan dan pencapaian seseorang murid.  Menggunakan kaedah ini menguntungkan kedua-dua pihak (situasi menang-menang) dimana tutor akan dapat lebih memahami apa yang diajar (pengajar boleh mengingat 90% apa yang diajar) dan penguasaaan murid dapat dikesan oleh tutornya. Bagi masyarakat Islam kaedah ini sudah biasa digunakan ketika mengaji Quraan, dimana seorang guru Quraan boleh mengajar berpuluh malah beratus murid sekaligus. Sebenarnya guru akan mengajar murid-murid yang senior dan setelah itu murid senior menggunakan kemahirannya untuk mengajar murid murid junior.  Murid tak akan beralih ayat atau surah yang dibaca selagi aspek tartil, fasahah serta tajuwid tidak betul. Belajar dari kaedah mengaji Quraan ini boleh memberikan para guru kefahaman untuk mengoperasikan pendekatan pembelajaran masteri ini.

Mengambil dua kaedah diatas dalam amalan P & P maka pendekatan pembelajaran masteri dapat dilaksanakan. Selalunya orang orang yang melawat sekolah sama ada Nazir Sekolah, Pegawai JPN atau Pegawai PPD tidak dapat memperincikan kaedah yang boleh digunakan dalam P & P seharian. Kalau tak percaya tanya mereka apabila mereka bercakap tentang berbagai pendekatan yang dicadangkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dalam P & P. Oleh itu para guru hendaklah mampu untuk menginovasi apa-apa pendekatan yang diperkenalkan oleh PPK dan cuba mengopersikan pendekatan itu dengan menggunakan kefahaman sendiri. Semoga para guru berjaya dalam membuat dan mencipta inovasi bagi P & P saudara dan saudari.  Sekian untuk posting ini. TQ

One Comment leave one →
  1. Ummu Aniq permalink
    Jun 8, 2008 1:49 am

    Salam.

    Saya baru terjumpa dengan entry ni secara tak sengaja, Alhamdulillah… Banyak manfaat yang saya dapat, lebih-lebih lagi dalam usaha mendidik anak-anak yang tidak diajar untuk mengenal Allah dari rumah, yang sanggup duduk dalam tandas dari pergi amali solat, yang disuruh mengucap tergagap-gagap, yang disuruh sebut Rukun Islam diberinya Rukun Negara dan sebagainya!

    Semoga tulisan dari tuan dapat memberikan semangat kepada saya dalam mendidik anak-anak ini supaya mereka tahu tujuan hidup mereka sebenarnya, InsyaAllah…

    p/s : Saya baru bertukar ke sekolah ini yang mana pelajarnya 100% contrast dengan pelajar saya yang dulu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: