Skip to content

Kebimbangan Hati Guru

Jun 8, 2008

Kalau ditanya kepada pada para guru hari ini, apakah yang paling mereka bimbang dari segi profesion mereka, jawapan yang diberi akan berfokus kepada dua perkara. Pertama ialah masalah PTK dan kedua ialah Laporan Prestasi (LNPT). Walau bagaimana pun bagi guru sains dan matematik mereka akan menambah satu lagi iaitu masalah profisiensi mereka dalam berbahasa Inggeris. Sekiranya pihak pentadbir sekolah ingin melihat para guru tidak stress dari segi profesion atau kerjaya mereka tiga perkara di atas perlu diberi perhatian.

Bagi mengatasi kerisauan atau kebimbangan para guru dari segi Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) para pentadbir wajarlah menilai para guru dengan penuh adil dan saksama. Sentiasa berikan mereka markah lebih daripada 90% agar mereka  sentiasa terdorong untuk meningkatkan mutu kerja. Selalu adakan perbincangan dengan para guru memfokuskan kepada usaha mencapai dengan cemerlang apa yang dinyatakan dalam borang LNPT. Ikut pusingan kerja pengisian LNPT dengan betul dan jangan segan untuk confront guru-guru yang ada masalah. Jangan sekali-kali mengugut para guru dengan menggunakan LNPT kerana apabila sekali dibuat ugutan nanti padahnya akan menjadi buruk sekali. Yang penting selalu ingatkan para guru bahawa LNPT merupakan perkara penting bagi kenaikan pangkat serta peluang untuk melanjutkan pelajaran. Kalau guru mengajar dengan baik dan dokumen Buku Rekod Mengajar dibuat dengan betul tak ada sebab guru berkenaan tidak boleh diberi markah melebihi 90%.

Kerisauan kedua ialah masalah PTK. Pihak pengurusan sekolah sewajarnya menganjurkan peluang berwacana bagi para guru tentang perkara yang berkait dengan PTK. Ceramah dan perbincangan tentang soalan PTK wajar diadakan terutama kepada guru-guru DG41 atau DG29 dan DG32. Bagi mereka yang sudah berada di DG44 keatas pihak pengurusan wajar mengadakan sessi kefahaman tentang kursus yang bakal mereka tempohi. Bagaimana nak buat esei, bagaimana nak buat public speaking, bagaimana nak bentang esei dan bagaimana menghadapi Ujian Akhir Kursus. Kalau perkara sebegini dibuat oleh pihak sekolah atau diaturkan oleh pihak tertentu di sekolah sudah pasti tension dan stress dikalangan para guru dapat dikurangkan. Malah guru-guru akan bertambah termotivasi untuk berkerja.  Inilah cara untuk memenangi hati para guru.

Satu lagi punca tension dikalangan guru khususnya guru sains dan matematik ialah masalah profisiensi mereka dalam bahasa Inggeris. Apa yang malang ialah terdapat pihak pentadbir yang tak pandai berbahasa Inggeris yang sangat memberikan penekanan kepada guru Sains dan Matematik supaya menggunakan BI dalam P & P mereka. Sedangkan yang bercakap dan menggesa itu sendiri tak mampu berbahasa inggeris. Inilah dasar burung kakak tua. Sebagai guru sains, saya merasakan bahawa mengajar sains dalam bahasa yang anak murid cukup asing dan kurang cekap sangat membebankan. Menggunakan Bahasa Melayu dalam P & P Sains dan Matematik pun masih sukar untuk menyampaikan mata pelajaran sains dan matematik. Inikan pula menggunakan BI.  Fokus dalam P & P sains ialah pengetahuan, kefahaman, applikasi, kemahiran proses sains serta kemahiran dalam straregi berfikir. Kalau tanya pengawai yang menekankan P & P dalam BI bagi Sains dan Matematik bagaimana nak mengajar perkara-perkara di atas melalui mata pelajaran sains sudah pasti mereka sendiri tiada jawapan yang tepat dan betul. Tetapi kerana dasar burung kakak tua,  yang dianuti, maka mereka tetap memaksa para guru buat seperti yang mereka hendak. Akhir sekali hujah mereka ialah dah jadi dasar kerajaan, kita ni pegawai aje, kita laksanakanlah apa yang disuruh. Sekali lagi hujah burung kakak tua, muncul. Nampak sangatlah pegawai atau pengetua berkenaan bukan orang Malaysia tetapi orang dari negara atas angin bukan negeri dibawah bayu. 

Semasa mula-mula P & P Sains dalam BI (PPSMI) dulu dilaksanakan para guru digula-gula dengan BISP. BISP untuk galakkan dan encourage para guru agar mengajar Sains dan Matematik dalam BI. Ramai guru yang layak mengisi borang untuk dapatkan BISP. Tapi kena ingat ramai pegawai atasan tak layak dapat elaun 5% itu sebab mereka bukan orang sains dan matematik walau pun pandai berbahasa Inggeris. Dengki juga mereka. Tiba-tiba timbul idea bahawa wang BISP itu kononnya patut diguna untuk belajar BI. Ini satu lagi hujah yang sangat tak masuk akal. Masa suruh orang buat pujuk dengan duit tapi bila gagal cerita lain pula timbul. Sahlah pegawai-pegawai di KPM sentiasa menekan para guru. Inilah konsep pentadbiran hura hara dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. Kita harap pihak di atas janganlah sukarkan hidup para guru!! Jauhkan dari BULI!!

Masalah lain ada juga seperti masalah mengisi borang yang entah apa-apa gunanya. Semakin canggih penggunaan ICT sepatutnya semakin kurang guna kertas, tetapi kini semakin hebat ICT semakin banyak borang yang hendak diisi.  Nampak sangatlah orang-orang diatas ni tak menghayati pnggunaan ICT atau mereka ingat kerja guru ni isi borang sahaja. Sekian untuk posting ini. TQ

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: