Lompat ke isi kandungan

Pengajaran Berpusatkan Murid

Jun 16, 2008

Murid-murid hari ini sangat berbeza dengan murid-murid lima tahun dahulu. Kalau tahun-tahun 70′an, 80′an dan 90′an dahulu murid-murid duduk mendengar dengan tekun, ada juga yang nakal, kaki bising tetapi tak ramai.  Murid-murid kini kurang boleh mendengar. Masa tumpuan mereka untuk belajar sekejap sahaja.  Walau pun menggunakan alat bantu mengajar yang tercanggih pun masa tumpuan mereka tak dapat dipanjangkan.  Menggunakan alat pemancar LCD tidak menjamin masa tumpuan murid dapat dipanjangkan. Alat canggih itu mungkin tak berbaloi jika digunakan dengan CD yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Oleh itu pendekatan mengajar yang sesuai perlu dicuba.

Dalam pengalaman saya sebagai guru selama 31 tahun, saya menggunakan pendekatan dimana murid yang bercakap dalam kelas, saya hanya mendengar sahaja. Saya gunakan kaedah yang pernah digunakan oleh seorang guru saya ketika beliau mengajar Kesusasteraan Melayu tahun 1971 dahulu. Cik gu Muhamad Hassan (Dato’) telah menggunakan satu pendekatan yang sangat menarik. Mulanya beliau ajar dahulu asas-asas menganalisis sajak, cerpen dan novel kemudian setiap orang murid (kami) diberikan tugas untuk menganalisa sama ada cerpen, sajak atau novel. Beliau akan menetapkan masa pembentangan.  Bila sampai waktu yang ditetapkan murid tertentu akan membuat pembentangan dihadapan kelas. Murid-murid lain mendengar dengan teliti disamping menyediakan soalan yang bersesuaian dengan tajuk pada hari itu. Setiap orang murid mesti mendapat tugasan dan mesti membuat pembentangan. Hasil dari pendekatan ini 16 orang daripada 32 murid mendapat A2 Kesusasteraan Melayu dalam MCE tahun 1971 itu.

Pengalaman ini saya telah praktikkan dalam P & P masa kini. Malangnya bukan semua murid menyahut cabaran untuk membuat dan membentang tugasan. Saya applikasikan pendekatan ini dalam mengajar sains. Saya bentuk kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu sub tajuk untuk dibuat tugasan. Setiap kumpulan akan membentangkan empat perkara bagi setiap sub tajuk. Pertama mereka mesti mencari kata kunci dalam sub tajuk berkenaan. Kedua, membina peta minda atau peta konsep bagi sub tajuk berkenaan. Ketiga membina/mencari lima ke 10 soalan objektif, satu atau dua soalan struktur bagi sub tajuk berkenaan dan Keempat, setiap kumpulan mesti menyediakan nota berdasarkan Learning Outcome yang tertera bagi sub tajuk berkenaan. Tugasan mesti disiapkan dalam masa dua minggu, pembentangan bagi satu sub tajuk dibuat dalam masa satu waktu pembelajaran (40 minit). Pembentangan boleh dibuat menggunakan kertas sebak (mahjong) atau menggunakan power point. Pendekatan ini boleh menjadi applikasi kepada pendekatan Konstruktivisme dan Pembelajaran Kenteksual.  Pendekatan ini menjadi pendekatan Konstruktivisme kerana murid sendiri membina konsep tentang pembelajaran mereka. Usaha mereka melibatkan 5E (Engage, Explore, Explain, Elaborate dan Evaluate).  Pendekatan ini menjadi Pembelajaran Konteksual kerana murid membina konsep berdasarkan pengalaman yang bermakna dan juga melibatkan hands on.   Usaha mereka merangkumi konsep REACT (Relating, Experiencing, Applying, Cooperating and Transfering)

Kerja guru adalah menjadi fasilitator, ketika yang sama guru mengawal kelas, membetulkan apa yang salah atau silap dari segi konsep atau fakta, mengukuhkan perkara yang betul, membuat sedikit komenter dan memuji yang betul. Secara tidak langsung guru dapat menanam self confidence (keyakinan kendiri) kepada murid-murid kita, mengurangkan teachers’ talk dan mengwujudkan students’ centered learning. Suara guru akan kurang kedengaran, suara murid tidak bising tetapi terarah. Kepada rakan-rakan guru selamat mencuba.

Baru-baru ini (12 November 2009) ada rakan yang bertanyakan aku tentang Pengajaran Berpusatkan Murid, oleh yang demikian aku cuba tuliskan dibawah ini beberapa prinsip utama bagai melaksanakan pendekatan pengajaran ini. 

1. Murid bertanggung jawab sepenuhnya tentang pembelajarannya.  2. B ahan yang dipelajarinya mempunyai releven dan bermakna kepada pelajar.   3. Keterlibatan dan penyertaan adalah penting dalam pembelajaran   4. Hubungan interpersonal antara para pelajar  5. Guru sebagai fasilitator dan manusia sumber  6. Pelajar melihat dirinya berbeza sebagai hasil dari pengalaman pembelajaran  7. Pengalaman pelajar bertemu dalam pembelajaran

Kalau nak detail dan penjelasannya bolehlah menghubungi saya. (Ditambah entri pada 14 November 2009)

Cerita dari kawan lama

Sabtu lalu (14.06.08) aku ke majlis menjemput menantu sahabat sekampung. Aku jumpa abang Kob, duda anak sebelas yang baru menikah seorang janda anak enam. Abang Kob ni orang kuat UMNO ditempatnya. Ustaz yang dah pencen. Dia beritahu aku tentang sifat orang UMNO, dia kata “Mereka itu orang-orang UMNO mesti ada tiga sifat kalau nak berjaya dalam UMNO, iaitu pertama, ampu sini ampu sana.  Kedua tipu sini tipu sana. Ketiga sapu sini sapu sana.”  Abang Kob tambah lagi “Ahli-ahli ampu ketua cawangan untuk dapat subsidi, ketua cawangan ampu ketua bahagian nak dapat kontrak-kontrak kecil, ketua bahagian ampu Presiden atau MKT UMNO untuk dapat kontrak besar atau saham”. “Oleh itu” kata Abang Kob “jangan percaya UMNO dan selamanya aku memang ahli UMNO tapi setiap kali pilihanraya aku pangkah PAS.” 

Agaknya memang ramai orang UMNO jenis ini. Jenis semut berkumpul ditempat gula banyak, bila dapat gula semut akan usung gula ketempat lain.  Bagaimana kalau UMNO dah tak jadi tempat kumpul gula, alamatlah semut-semut itu akna berbondong-bondong lari ketempat lain. Kita lihat selepas 2013 nanti. Sebab ikut firasat DS Sanusi Junid, UMNO pupus tahun itu.

Kembali kepada cerita Abang Kob ini, aku minta dia tulis buku tentang pengalamannya. Beliau ni pandai bercakap, banyak juga pengalamannya yang boleh dimanfaatkan walau pun tak nafikan bahawa kelentongnya banyak juga. Dari coretan ceritanya, aku dapat menyambar khabar bahawa dia ditakuti atau disegani oleh dua Menteri Besar Negeri tok gajah ini. Itulah hebatnya Abang Kob. Sekian posting kali ini, TQ

About these ads
Satu Komen leave one →
  1. wani permalink
    September 25, 2010 3:15 pm

    saya ingin memohon serba sedikit maklumat yg lbey padat ttang pembelajaran berpusatkan murid …

    Cik Wani. Saya rasa saya sudah paparkan apa yang sepatutnya. Dibahagian enteri tambahan saya sudah menyatakan prinsip bagi pengajaran berpusatkan murid/pelajar. Dipermulaan enteri saya telah kemukan dua contoh, pertama contoh yang saya lalui sebagai murid dan kedua contoh saya lalaui sebagai guru.
    Mungkin Cik Wani juga telah melalui pengalaman ini ketika bersekolah dahulu…. Untuk mengetahui konsep dan prinsip pengajaran berpusatkan murid ini bolehlah lihat dalam buku-buku yang berkait dengan P&P. Mungkin pengajaran berdasarkan pengalaman (experiencal learning) juga ada berkait dengan student’s centered learning….
    Selamat mendalami kaedah mengajar ini….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: