Skip to content

Motivasi tak menjadi

Jun 17, 2008

Pada 15 dan 16 Jun 2008 iaitu hari Ahad dan Isnin datanglah satu bas siswa siswi UiTM Jengka, Pahang pada pukul 12.30 pagi ke SMK Padang Tengku dengan hasrat murninya untuk memotivasikan murid-murid SMK Padang Tengku. Murid murid tingkatan Lima yang hendak ambil SPM tahun ini. Memanglah motivasi itu baik tetapi kalau salah bikin dia jadi sebaliknya. Hempeh…

Program bermula katanya 8.30 pagi Ahad. Tapi aku tengok pukul 8.30 murid-murid masih berkeliaran lagi di Pekan Sahari Padang Tengku (Pasar Minggu). Satu motivasi gagal. Menepati masa sudah tak berjaya diterapkan. Aku tidak menilai apa yang dibuat. Tentulah ada Ice Breaking sebagai permulaan bicara. Kata murid-murid ku lepas itu ada explore race. Buat apa explore race atau program mencari harta karun bagi bebudak yang nak ambil SPM tak sampai enam bulan lagi. Harta karun yang hendak dicari ada dalam buku teks atau nota-nota mereka, bukan menyusup-nyusup mencari bebenda yang entah apa-apa.  Siswa siswi ni nak bakar apa. Nak bakar lemak bebudak tingkatan lima aje. Letihlah bebudak itu.

Sepatutnya tetamu diraikan. SMK Padang Tengku sepatutnya meraikan siswa siswi UiTM Jengka yang berjasa tu. Tetapi nampaknya siswa siswi sendiri tak aturkan program itu.  Untuk pengtahuan orang Universiti, pagi Isnin setiap minggu semua sekolah ada perhimpunan mingguan, mengapa tidak ada program bersama. Apa salahnya siswa siswi UiTM berhimpun bersama-sama dengan seluruh warga SMKPT. Sekurang-kurangnya dalam ucapan Pengetua dapatlah Pengetua SMKPT mengucapkan terima kasih kepada UiTM. Sekurang-kurangnya dapat juga siswa siswi melihat gelagat bebudak sekolah yang beradab lebih baik daripada bebudak UiTM tu.  Ada sahabat guru-guru kata, hebat sungguh tetamu kita ni. Mereka duduk bersantai dan tidur di Master Bedroom kita tuan rumah tidur didapur dan dijamban. Mengapa jadi demikian?  Biasanya waktu perhimpunan kita berhimpun dalam Dewan Besar SMKPT tetapi pada hari Isnin lalu kita berhimpunan di Dataran Bakti (car park depan pejabat aje) sedangkan program motivasi UiTM dibuat di Dewan Besar. Siapa yang bodoh dan yang pandir aku tak tau!!

Bagaiman hasil motivasi?  Hebat!!  Pada hari ini, selasa 17 Jun 2008, apabila aku masuk ke tiga kelas tingkatan lima, hasilnya sangat mengecewakan.  Aku lihat dari aspek kedatangan. Ada kelas yang terbaik, yang tak hadir enam orang biasanya satu atau dua sahaja.  Ada kelas, murid yang tak hadir melebihi sepuluh orang biasanya dua atau tiga sahaja. Satu kelas yang teruk sekali. Yang tak hadir adalah lima belas orang. Mengapa tak hadir, kata mereka yang hadir, kami letih. Mereka letih kerana programnya meletihkan. Itulah motivasi bebudak universiti, MELETIHKAN!!.  Hasil lain tak ada. Semangat meningkat ke?  Jauh api dari ikan. Jadi ikan tak akan masak, ikan akan jadi busuk ajelah. Haa.. berjayalah motivasi kamu wahai bebudak UiTM Jengka. Budak letih, semangat turun, ulangkaji tak dapat dibuat. menghabiskan bores aje. Sekian posting aku yang agak kemarahan ini. TQ    

Advertisements
2 Komen leave one →
  1. Jun 21, 2008 3:45 am

    terima kasih cikgu/pakcik (tak tau nak guna gelaran apa)

    pengajaran yang baik untuk kami pelajar university jika ada program bersama pelajar.. 🙂

  2. Ummu Aniq permalink
    Jun 23, 2008 10:53 am

    Salam.

    Harap-harap entry ni dibaca oleh adik-adik pelajar universiti yang berminat untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah menengah… Bulan 7 nanti, sekolah saya akan didatangi oleh pelajar-pelajar UIA untuk program bersama pelajar-pelajar Islam. Tapi yang agak mengecewakan kerana ianya tak dibincangkan secara formal dengan pihak sekolah, tup-tup pihak sekolah dapat surat arahan daripada Kementerian Pelajaran agar program dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan, sedangkan pada tarikh tersebut pihak sekolah telah merancang untuk program lain. Terpaksalah program tersebut ditunda pada hari lain. Apabila ditanya kepada ketua fasilitator, dia kata mereka tak tetapkan tarikh, cuma bagi cadangan tarikh. Tapi bila surat tu datang daripada Kementerian, nak tak nak kena patuh sebab sekolah adalah pihak “Yang menurut perintah”. Bengang Pengetua sekolah saya! (pengetua saya berbangsa cina, tetapi sangat understanding)

    Lain kali adik-adik, akak nak ingatkan, bincang dengan pihak sekolah dulu, kemudian forwardkan ke Jabatan Pelajaran Negeri. Sebabnya kita nak juga bincang sumber kewangan perlu diambil dari mana, mentaliti pelajar sekolah macamana, rasional buat program sampai 3 hari 2 malam dan sebagainya, jangan terus pergi ke KPM walaupun ada kabel kat KPM.

    Bukan marah ye, tetapi sebagai peringatan. Harap program nanti dapat memberi kebaikan dan keinsafan kepada pelajar sekolah saya yang lebih banyak main-main daripada belajar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: