Skip to content

Anugerah Khidmat Cemerlang

Jun 23, 2008

Khamis yang lalu 19 Jun 2008, Aku ke SM Teknik, Tengku Ampuan Afzan, Bentong, menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Zon C. Ini kali kedua aku menerima anugerah khidmat cemerlang. Kali pertama aku terima ditahun 1995, untuk perkhidmatan tahun 1994. Ini kali kedua, untuk perkhidmatan tahun 2007. Nampaknya aku terima satu anugerah bagi satu abad. Syukur Alhamdulillah!! di atas pengiktirafan terhadap perkhidmatan.  Sehingga tarikh ini aku telah berkhidmat selama 31 tahun.

Hari Sabtu lalu, 21 Jun 2008, aku juga terpaksa ke sekolah sekali lagi kerana ada majlis besar. Sekolah aku menjadi tuan rumah perayaan hari guru peringkat Daerah Lipis. Persiapannya hebat. Hiasan dewan hebat. Persiapan jamuannya hebat. Itulah hebatnya guru-guru sekolah aku membaut persiapan. Harapkan guru memang hebat. Apa yang menjadi masalah besar ialah muridnya. Adakah mereka hebat?

Rabu yang lalu, 19 Jun 2008, aku menyampaikan ceramah kepada murid-murid sekolah aku. 8.30 pagi hingga 10.20 pagi, aku menyampaikan ceramah kepada murid-murid tingkatan tiga yang hendak ambil PMR. Aku beri ceramah berkaitan cara menjawab Sains dalam PMR. Aku bukanlah pandai sangat tetapi oleh kerana pengalaman mengajar sudah lama aku rasa aku boleh mengingatkan murid-murid ku sesuatu yang sangat berguna bagi mereka ketika menghadapi PMR nanti. Dari 11.00 pagi hingga 2.50 petang aku beri ceramah kepada murid tingkatan lima. Aku memang pakar bagi mata pelajaran Sains SPM. Inilah mata pelajaran kepakaran aku sebenarnya. Tetapi tidak ramai dikalangan murid-murid aku yang tahu tentang hal ini. Selama aku berceramah itu majoriti murid lelaki tidur. Itulah murid yang ada pada masa ini. Duduk dalam kelas tidur, duduk di surau pun tidur. Tak tahulah bila mereka belajar.  Bila mata ditutup, telinga juga tertutup.  Kita berinteraksi untuk belajar melalui dua deria ini. Kalau dua deria utama ini sudah ditutup bagaimanakah kita dapat belajar. Kini dah heboh mengatakan bahawa pelajar lelaki kurang ramai yang layak ke IPT.

Pendidikan Sepanjang Hayat.  Menjadi hasrat Negara kita untuk melihat konsep pendidikan sepanjang hayat diamalkan oleh warga negara Malaysia. Satu lagi konsep yang perlu diketengahkan ialah belajar melalui pengalaman. Bagaimanakah mengajar atau menerapkan kedua-dua konsep di atas. Asasnya ialah setiap murid masakini hendaklah memahami tiga asas kemahiran strategi berfikir, iaitu Kemahiran Mengkonsepsi, Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kemahiran Membuat Keputusan. Apa pentingnya tiga kemahiran ini?

Kemahiran Mengkonsepsi atau Membina Konsep, adalah satu kemahiran yang patut dikuasai oleh seseorang bagi memahami persekitarannya. Dalam hidup ini banyak berita, peristiwa dan maklumat yang berlegar sekeliling kita. Bolehkah kita memahami atau membina konsep terhadap apa yang kita temui itu. Berita, peristiwa dan maklumat itu adakah berguna kepada kita, apakah makna kepada hidup kita. Apakah ia membawa kebahagiaan kepada kita. Apa konsep bahagia? Apa konsep maju? Apa konsep jumud? Apa konsep hadari? madani? dan banyak konsep yang perkataannya kita sebut tetapi konsepnya kita tak faham.

Ambillah satu contoh. Konsep Bahagia. Ramai orang salah konsep tentang bahagia. Bahagia ialah ada kereta besar, rumah besar, pangkat besar dan mempunayai banyak benda besar.  Belum tentu bahagia!! Rasulullah SAW mengatakan bahawa seseorang itu akan bahagia kalau ada empat perkara ini. Pertama, isteri solehah (kalau orang perempuan, suami soleh). Kedua, rumah yang selesa. Ketiga, kenderaan yang selesa dan keempat, jiran yang baik. Itulah konsep bahagia disisi Islam. Kalau hendak disyarahkan tentu panjang. Diharapkan yang membaca posting ini dapat berfikir tentang membina konsep berkaitan dengan perkara yang ada dilingkungannya dan juga dalam posting akan datang aku akan berbicara tentang dua lagi keperluan pendidikan sepanjang hayat dan belajar melalui pengalaman. Sekian TQ

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: