Skip to content

Penaut Silaturrahim

Jun 24, 2008

Pagi ini, ketika aku baru habis mengajar Biologi di tingkatan Lima, aku membuka laman “Wadah Orang Kampung” terpegun aku dibuai gembira. Lama yang aku kendali semenjak November 2007 mencapai hit tertinggi untuk sehari iaitu 68 hit. Pertama aku nak ucapkan terima kasih kepada semua penziarah laman ini yang aku sendiri tak kenal wajah, yang aku tahu adalah tulisannya sahaja, itu pun bagi yang membuat komenter. Kedua, laman aku ini tidaklah sepopular laman orang politik, ia sekadar banyak menumpukan hal yang berkait dengan pendidikan.  Ketiga, kadang-kadang apa yang hendak ditulis tak kesampaian.

Aku masih ingat lagi ketika aku menyampaikan ceramah kepada guru-guru sains Daerah Lipis pada 11 Jun 2008 (Rabu) yang lalu, bahawa aku menggalakkan setiap seorang dari mereka yang hadir hendaklah mempunyai laman sesawang sendiri. Tujuannya adalah untuk berkongsi pangalaman dan pengetahuan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta kerenah anak-anak yang dididik disekolah. Sama-samalah kita kayakan literature pendidikan negara untuk tatapan insan-insan yang bergelar guru dan sesiapa sahaja yang ingin memahami kerja-kerja dalam bidang pendidikan.  Saranan ini juga ditujukan kepada khas guru-guru muda (yang baru berkhidmat) kerana mereka mempunyai asas yang cukup dalam mengendalikan internet. Mereka belajar dan menggunakan alat multimedia ini sewaktu belajar di Universiti dahulu.  Buat masa ini setiap sekolah menengah mempunyai kemudahan internet. Sambil-sambil mengembara dari satu sesawang ke sesawang yang lain, sambil tengok-tengok karya bestari orang lain apa salahnya kita juga sampaikan idea kita.  Mungkin pengalaman rakan, sahabat dan taulan kita dapat membantu kita menapak gembira mencari kaedah terbaik untuk mendidik anak-anak yang ada dihadapan ruang bicara kita dibilik kelas yang kita kuasai.

Kemahiran Membuat Keputusan. Dikesempatan bicara kali ini ingin saya menambah satu lagi kemahiran yang perlu dititiskan kepada anak didik kita iaitu Membuat Keputusan.  Rata-rata kita terpaksa membuat keputusan setiap hari. Kalau guru perempuan contohnya, pagi-pagi lagi dia terpaksa membuat keputusan tentang apa yang hendak dimasak bagi menjadi sarapan pagi untuk suami dan anak-anaknya. Keputusan mesti dibuat berdasarkan apa yang ada dalam simpanan peti sejuk atau stor makanan.  Selepas itu cik gu itu mesti membuat keputusan tentang apa yang hendak dipakai pada hari itu. Baju dan kain mesti sesuai dari segi warna dan gayanya. Diikuti dengan pemilihan warna tudung dan kasut. Pendek kata cik gu berkenaan terpaksa berfikir untuk membuat keputusan itu. Malah dalam berbagai keadaan dan interaksi seharian kita terpaksa membuat keputusan.

Bagi murid tingkatan lima mereka terpaksa membuat keputusan selepas keputusan SPM keluar. Para guru terpaksa membuat keputusan untuk memilih sama ada mengikuti skim pencen atau skim KWSP. Penjawat Awam kena pilih dan buat keputusan sama ada nak pencen pada umur 55, 56 atau 58 tahun. Ada keputusan yang mesti dibuat perlukan masa berfikir atau sedikit masa sahaja sebelum keputusan dibuat. Sebagai orang Islam, kita ada cara untuk membuat keputusan muktamad iaitu dengan bantuan Allah SWT. Kita disyariatkan untuk melakukan solat sunat Istikharah, solat sunat dua rakaat diikuti dengan membaca doa khas.  Solat sunat Istikharah ini bukan sahaja digunakan ketika memohon pertolongan Allah SWT dalam memilih jodoh tetapi sewajarnya diguankan dalam penentuan keputusan bagi hal-hal yang lain juga.

Langkah-langkah tertentu hendaklah dibuat untuk membuat keputusan. Pertama, hendaklah ditentukan matlamat yang hendak dicapai. Kedua, mengenal pasti alternatif untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Ketiga, susun alternatif mengikut keutamaan.  Nilai setiap alternatif dan  Pilihlah alternatif yang terbaik. Untuk melihat contohnya bolehlah saudara saudari meneliti posting yang dibuat awal bulan Mac 2008 yang lalu. Posting ketika menghadapi pilihanraya.

Tajuk posting kali ini adalah Penaut Silaturrahim. Tujuan aku gunakan tajuk ini adalah untuk mengenengahkan idea kepada para pembaca sekelian bahawa laman sesawang ini bolh menjadi penaut silaturrahim antara penulis dan pembaca. Silaturrahim bukan sekadar datang mengziarah laman sesawang tetapi juga mungkin mengenali antara satu dengan lain. Perkenalan bertujuan mempertautkan ukhuwah. Sesunnguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Melalui media ini kita berukhuwah. Menjalin silaturrahim untuk kebarkatan bersama. Mungkin para pembaca budiman boleh mencadangkan kaedah dan pendekatannya.  Tetapi yang penting adalah bagaimana idea itu hendak dioperasikan. Saya menyambut baik cadangan dan penokokan idea. Sekian TQ 

Advertisements
One Comment leave one →
  1. Ummu Aniq permalink
    Jun 26, 2008 12:16 am

    Salam.

    Saya setuju dengan saranan tuan bahawa laman sesawang boleh menjadi penaut silaturahim dan penjalin ukhuwwah, lebih-lebih lagi dengan tuan yang mempunyai pengalaman 31 tahun sebagai seorang pendidik berbanding dengan saya yang baru menjangkau 12 tahun… Dan yang membuatkan saya teruja sangat adalah sebab saya juga orang Pahang (dari daerah Pekan)dan tercampak di Pulau Mutiara ini kerana mengikut suami.

    Tulisan-tulisan tuan tentang kaedah P&P dan catatan-catatan pengalaman banyak memberi panduan kepada saya dalam menghadapi anak-anak didik yang mempunyai pelbagai latar belakang dan seribu macam perangai yang belum pernah saya hadapi kerana sebelum ini saya mengajar di salah sebuah sekolah elit di Selangor dan pernah mendapat tempat dalam Sekolah Harapan Negara. Berhadapan dengan anak-anak di sekolah baru ini memang sangat mencabar, amat menggugat kesabaran dan boleh melunturkan semangat untuk mendidik anak-anak yang langsung tidak berminat untuk belajar!

    Terima kasih daun keladi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: