Skip to content

Aku Pilih 56

Jun 26, 2008

Kini Kakitangan Kerajaan sedang sibuk memilih jangka perkhidmatan mereka, antara 55, 56 atau 58 tahun perkhidmatan.  Aku memilih untuk bersara wajib pada umur 56 tahun.  Ramai yang mengajak untuk sambung dua tahun lagi iaitu 58 tahun. Aku rasa cukuplah aku berkhidmat sehingga 56 tahun. Iaitu tahun hadapan. Bulan Julai 2009. Pada ketika itu perkhidmatan aku adalah selama 32 tahun 1 bulan. Ada beberapa sebab mengapa aku hendak bersara pada umur mencecah 56 tahun itu, antaranya ialah:

Pertama:  Aku rasa cukuplah setakat itu perkhidmatan wajib aku kepada negara. Tetapi selagi hayat dikandung badan, aku akan tetap berbakti kepada bumi tempat tumpah darahku ini selagi terdaya dalam bentuk yang lain pula. Masih banyak bidang yang aku boleh terokai dalam hal berkhidmat untuk negara ini. Aku boleh berkhidmat dalam bidang pertanian. Mengusahakan tanah tinggalan ayah bonda yang sudah lama tidak dijayakan. Insya Allah aku akan fokus kepada perkara ini selepas bersara dari perkhidmatan kerajaan nanti.

Kedua: Aku merasakan bahawa perkhidmatan aku sebagai guru sudah melebihi klimeksnya. Selepas klimeks tentulah ia dalam proses menurun. Biarlah aku berhenti pada masa aku tidak mendatangkan masalah perkhidmatan. Banyak sebab tentang hal ini boleh aku coretkan. Ini termasuklah keadaan yang tidak kondusif kepada pemikiran aku. PPSMI sangat mengganggu reputasi perkhidmatan aku.  Kalau mengajar sains menggunakan Bahasa Melayu pun masih ramai murid yang tidak faham, inikan pula mengajar Sains dalam bahasa Inggersi, menjadikan anak-anak murid dua kali tak faham. Walau pun aku maklum bahawa pihak atasan (orang Kementerian, orang JPN, orang PPD dan pentadbir sekolah) sangat suka kepada PPSMI ini kerana kata mereka masalah globalisasi, belajar dari pengalaman Singapura ( selepas 20 tahu baru berjaya), duit dah banyak habis dan berbagai hujah yang diulang seperti kakak tua dari orang-orang tertentu. Hakikat sebenarnya hanya guru-guru yang berada dibilik darjah sahaja yang lebih arif akan hal ini.

Ketiga: Aku tak nak kena buli lagi. Cukuplah beberapa tahun aku sebagai guru Sains dibuli oleh orang-orang atasan. Sabtu ini, 28 Jun 2008, sekali lagi guru-guru Sains dan Matematik diseluruh negara akan dibuli. Mereka akan dikehendaki menduduki peperiksaan (Peperiksaan Tahap Profiesensi (PTP) penguasaan Bahasa Inggeris. Kemudian guru Sains dan Matematik dibuli lagi kerana mereka menerima Elaun Khas.  Dalam kelas dibuli lagi. Aku jadi serba salah, aku memang boleh berbahasa Inggeris sebab aku datang English Medium tahun 60’an dahulu. Tetapi bila aku mengajar dalam bahasa Inggeris murid tak faham. Kalau aku tak ajar dalam bahasa Inggersi Elaun BISP aku diugut. Ajar dalam BI murid tak faham, Tak ajar dalam BI aku kena marah. Dari rasa seraba salah baiklah aku berhenti bila sampai tarikh bersara wajib nanti.

Keempat:  Menurut satu kajian manyatakan bahawa semakin jauh jarak umur antara pendidik dan yang dididik (guru dan murid) semakin sukar untuk menyampaikan pengajaran.  Aku percaya dengan dapatan ini. Pengalaman aku mengajar memang mengiakan dapatan ini. Aku kini terasa sukar untuk menyampaikan pengajaran aku. Beza umur antara aku dengan anak muridku hampir 40 tahun, aku berumur 55 tahun dan anak muridku dalam lingkungan 15 ke 17 tahun. Aku sangat terasa sukarnya menyampaikan apa yang hendak aku sampaikan. Disatu pihak yang lain remaja masa kini memang sukar difahami tutur bicaranya. Perangai mereka terkeluar dari norma yang kita hendaki. Oleh yang demikian terasa satu gap yang besar dalam mendidik mereka masa kini.

Kelima: Aku hendak fokus dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Aku hendak belajar tentang Islam lebih mendalam lagi. Disamping itu aku hendak membanyakkan masa untuk berinteraksi dan membantu penduduk kampung aku. Aku rasa aku boleh menyumbangkan sesuatu yang berharga kepada penduduk setempat. Apa yang aku hendak sumbangkan itu biarlah menjadi rahsia aku sendiri buat masa ini.

Aku rasa cukup dengan lima perkara ini ini sebagai sebab utama mengapa aku perlu berhenti pada umur 56 tahun. Insya Allah aku masih sihat. Masih boleh naik ketingkat empat bangunan kelas tempat aku mengajar. Suara aku masih kuat. Hanya keinginan aku sudah agak luntur. Kelunturan itu disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah; waktu balik lebih pukul tiga petang, banyak sangat mesyuarat atau tak habis-habis dengan mesyuarat, perangai show off banyak sangat dikalangan orang tertentu, perangai suka cakap banyak tapi tak ada apa pun bertambah-tambah, kerja-kerja pekeranian semakin meningkat, lambat balik kerana jumlah mata pelajaran wajib dah meningkat ikut keinginan menteri (bila menteri bertukar satu mata pelajaran baru akan ditambah) dan yang penting sekali sudah tidak ada kepuasan bekerja.

Ada satu lagi perkara yang patut aku coretkan disini. Ini berkaitan fokus sebahagian guru yang mementingkan 10% berbanding 90%. Kokurikulum hanya untuk 10% sahaja dalam pentaksiran seseorang murid manakala akademik ialah 90%. Tetapi nampaknya tumpuan usaha untuk mendapatkan 10% itu sangat diberatkan.  Akibatnya ramai murid pergi menyertai berbagai aktiviti kokurikulum ketika mana waktu pengajaran dan pembelajaran berjalan (P&P).  P&P adalah usaha untuk mencapai 90% pentaksiran. Kalau kemenjadian akademik tak baik bagaimana kemenjadian kokurikulum boleh menyumbang. Masalah disini adalah keutamaan. Dalam banyak hal pengurusan keutamaan ini tidak sangat diberikan perhatian.

Diharapkan para pembaca sekelian, terutamanya guru fikirkan hal-hal yang aku coretkan di atas.  Walau pun aku bersara tahun depan, insya Allah aku akan sambung menulis pengalaman yang sempat aku rakamkan sepanjang perkhidmatan aku. Sekian untuk posting ini. TQ.

One Comment leave one →
  1. nurizan bt md ismail permalink
    November 11, 2009 11:16 am

    salam,I intend to apply for optional retirement next year. Im a science teacher and i feel that its high time for me to concentrate to my 4 kids and husband and business. I love teaching very much but my family commitment is a priority right now. I am 47 years old ,most of my friends support my intention but 20% say that its a loss to the country after the skills and experience for so many years.tq.

    Thanks for your visiting, I support your intention!! For me my family come first. It is very much happy for me when you see you kids get through learning process from primary school to secondary school than to university and graduate. I had the experince of feeling the happiness when seeing my three sons taking their scrool from three universities. Comming soon another three daughters will follow their brothers. So preparing our kids to be a better person is worth than clingging to unhappy situation if you already had the person to provide you with shelter, food and other basic needs. TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: