Lompat ke isi kandungan

Pencen

Julai 1, 2008

Insya Allah genap setahun Masehi dari tarikh hari ini aku akan bersara dari perkhidmatan kerajaan. Pada masa itu aku telah berkhidmat selama 32 tahun satu bulan. Kalau tentera, mereka akan dihantar untuk mengikuti kursus pra persaraan selama satu tahun setengah sebelum bersara. Para guru hanya perlu menunggu tarikh satu hari sebelum merayakan hari lahir ke 56 mengikut tahun Masehi. Kalau ikut tahun Islam perkhidmatan itu sudah melebihi hampir satu setengah tahun. Atau umur kita ketika bersara sudah lebih 57 tahun mengikut tahun Islam.  Sebab itu tak payah tunggu bersara 58 tahun kerana hakikat perkiraan umur kita dikira ikut kelendar Islam. Oleh kerana negara kita tidak ambil peduli kiraan kelendar Islam maka bila kita bersara umur 56 tahun Masehi, umur kita sudah melebihi 57 tahun ikut kiraan kelendar Islam.

Ramai orang tanya aku apa nak buat apabila bersara nanti. Aku sebenarnya ada rancangan yang aku kira baik untuk keluarga aku. Walau pun ada tawaran untuk bersara pada umur 58, tetapi aku kira cukuplah perkhidmatan aku setakat 56 ini. Aku ada memegang amanah dari adik beradik aku, untuk menjayakan tanah pusaka tinggalan ibu dan bapa aku. Aku tahu betapa susahnya ayah aku mengusahakan tanah kebun getah dan tanah dusun yang ada itu. Setelah 30 tahun ayah aku kembali kerahmatullah aku tidak nampak ada adik beradik aku atau anak-anak mereka yang hendak jayakan tanah bergeran itu. Jadi aku rasa bertanggungjawab atau terpanggil untuk memajukannya kerana akulah satu-satunya anak lelaki yang tinggal. Abang aku telah juga kembali kerahmatullah pada tahun 2004 yang lalu.

Dalam hal ini aku telah bercakap dengan anak-anak saudara aku dan semua mereka nampaknya bersetuju dengan hasrat aku itu. Aku hendak tanam semula tanah getah yang ada melebihi 10 ekar dan tanah dusun yang hampir 8 ekar, juga tanah sawah lebih kurang 2 ekar.  Harta tanah ini kalau tak diusaha akan jadi hutan belantara sahaja. Aku berdoa aku mampu menguruskannya. Memang aku tak mampu nak bawa cangkul dan parang untuk bekerja tetapi aku boleh mengupah orang-oarang yang boleh aku upah. Aku hendak jadi orang kampung, sebab memang aku orang kampung.

Masa ini kita menghadapi masalah kekurangan bekalan padi dan beras. Aku pun pelik, dahulu kampung aku memang mashor dengan usaha tanaman padi, tetapi dalam tahun 90’an datang idea daripada agensi pertanian agar sawah dikeringkan dan tapak sawah itu ditanam dengan limau manis. Aku masih ingat lagi dalam satu kuliah subuh yang aku sampaikan di Masjid ketika itu bahawa orang kampung aku ini akan tercirit kerana banyak makan limau. Tak sampai pun 10 tahun, semua pokok limau dah tak mengluarkan buah lagi.  Akibat dikorek untuk mengeringkan sawah itu aras air dalam tanah telah turun. Ini menjadikan bekas tanah sawah itu tak boleh ditanam lagi dengan padi, kerana bekalan air sudah tiada. Bagaimana kalau krisis bekalan beras berterusan? Alamatnya rakyat kampung aku akan kebulur. Zaman Jepun memerintah dahulu penduduk kampung aku tidak susah sangat sebab mereka ada padi. Walau pun Jepun cuba nak rampas padi tetapi penduduk kampung aku cerdik juga, taulah mereka dimana hendak sembunyikan padi itu.

Kini bekalan beras padi dah tiada, anak-anak kampung dah tak tahu mengusaha sawah untuk bertanam padi bagi kegunaan sendiri. Kalau apa-apa musibah melanda negara, bekalan beras tak cukup atau menjadi mahal (memang akan bertambah mahal) maka orang kampung akan melara dan merana. 

Beberapa minggu yang lalu aku kemajlis kenduri kahwin anak orang kampung asalku. Ketua kampung atau Tok Empat kampung asalku itu mengajak aku bersama-sama membuat projek menanam serai untuk dibeli oleh pengusaha dari negara Arab. Kata Tok Empat tu nanti pendapatannya lumayan. Aku tak hendak bersama dalam projek itu atas beberapa sebab. Pertama, aku dah kenal kehebatan kelentongan Tok Empat ini.  Dia kaki putar alam apabila bertemu dengan benda bernama duit. Dia memang jenis manusia yang tak boleh dipercayai dalam hal duit ini.  Kedua, aku tak tahu siapa Tok Arab yang hendak membeli pokok-pokok serai ini dan berapa harganya. Ketiga, aku lebih suka kalau Tok Empat menyedarkan anak buahnya tentang  krisis makanan dan mengajak mereka menanam padi untuk persediaan dari segi pengetahuan dan kemahiran menanam padi itu. Keempat, Tok Empat ini orang politik, ada udang sebalik mee dalam pngendalian projek ini.

Sebenarnya aku dah berpakat dengan beberapa orang yang ada tanah di kampung asalku tetapi tinggal di kampung lain untuk memajukan tanah-tanah mereka di kampung asalku itu. Semoga hasrat ini akan dapat direalisasikan apabila aku dapat mengusahakan tanah pusaka itu nanti. Rakan-rakan aku itu hanya menanti kepulangan aku sahaja walau pun aku kini tinggal sekadar 4 kilometer sahaja dari kampung asalku. Sekian untuk posting kali ini. TQ 

One Comment leave one →
  1. Amir permalink
    Julai 3, 2008 1:06 pm

    Tahniah kerana telah memiliki laman sesawang sendiri, dan tahniah kerana memiliki title orang kampung yang pertama memasuki universiti dan bukan setakat diri sendiri tetapi telah berjaya membimbing anak-anak sendiri dan juga anak bangsa untuk mengikuti jejak dan langkah ke universiti. Assalamualikum dan Salam perkenalan.
    Begitulah kitaran hidup kita ini. Dilahirkan di kampung, merantau jauh mencari ilmu, mencari rezeki dan tiba masanya melepaskan tanggungjawab hakiki kepada majikan yang memberi kita peluang menikmati kemudahan yang sewajarnya kita miliki. Kerjaya pendidik memberikan pemiliknya peluang untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Tahniah sekali lagi kerana tuan khabarnya dapat melaksanakan dengan cemerlang tugas yang telah diamanahkan. Guru cemerlang dan anugerah cemerlang telah diperolehi. Saya juga orang kampung yang terpaksa merantau jauh dari kampung mencari rezeki. Memang ada cita-cita untuk pulang ke kampung, tapi apakan daya, berbeza dengan tuan yang ada sawah ladang, saya hanya ada kemahuan tanpa ada tapak untuk bertandang. Memori indah semasa di kampung sentiasa mengamit kenangan ini. Betapa indah bermandian di sungai atau gedung, menahan tuwau untuk menangkap toman dan puyu, menjebak merbah dan puyuh, bermain konda-kundi dan bedil buluh, makan emping dan kekalu, menikmati pulut bukit beralaskan daun tutur. Ahhh… semuanya kenangan belaka. Saya memandang murni hasrat tuan untuk pulang ke kampung asal. Sememangang saya percaya kampung tuan tidak seindah seperti yang ditinggalkan dulu. Agaknya belukar tumbuh dilaman, leban bercambah di bendang, tiada lagi toman menyambar di lubuk, tupai bermaharalela dipohon kelapa, monyet dan kera berumahtangga di pohon mangga. Entah. Itu hanya andaian saya saja. Tentunya sedara mara tuan di kampung berharap benar adanya pemimpin akan pulang ke kampung bagi mengisi minda mereka, membimbing mereka. Semoga hasrat murni tuan tercapa.
    Sudah panjang celoteh saya. Jumpa lagi.TQ.

    Anak kampung.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: