Skip to content

Tidur

Julai 27, 2008

Sebagai guru di sekolah dan guru bilik darjah ada tiga perkara yang ketara berlaku dikalangan murid-murid sekolah menengah hari ini. Ketiga-tiga itu aku kelaskan kepada tidur, tandas dan berborak. Mungkin guru yang menjadi pentadbir dan jarang masuk ke kelas tidak sedar perkara ini berlaku dan mungkin juga ada yang sedar. Apa-apa pun sesetengah sekolah telah mengambil tindakan keatas sebahagian perkara ini.

Semasa aku mula menjadi guru tahun 1977 dahulu dan masuk tahun 80’an dan 90’an aku jarang melihat murid tertidur dengan terjelepok di atas meja. Tetapi sejak 2003 hingga sekarang aku melihat masalah ini satu fenomena yang biasa.  Semasa aku mengajar di SEMESTA sebuah SBP aku melihat perkara ini berleluasa dikelas menengah rendah.  Seperti biasa aku cuba mengatasinya dengan membuat jenaka (jokes) semasa mengajar. Aku dapati ia tidak berkesan. Sebelum dari itu disekolah-sekolah lain tempat aku pernah mengajar kalau aku buat jenaka, insya Allah masalah mengantuk dan tertidur itu akan selesai.  Aku juga cuba atasi masalah ini dengan memicit bahu pelajar yang lelaki tetapi yang perempuan aku minta rakan mereka membuat picitan diatas bahu murid perempuan yang tidur itu.  Satu lagi kaedah ialah dengan meminta semua murid bangun dan duduk atau meminta mereka membuat senaman leher dan badan. Biasanya masalah tidur dan mengantuk itu akan selesai. Lain pula yang berlaku bagi murid masa kini. Buatlah bagaimana pun selepas beberapa minit mereka akan tidur balik.  Kalau dulu yang mengantuk atau tertidur itu satu atau dua orang sahaja tetapi kini jumlahnya melebihi sepuluh ke lima belas orang.  Jadi apa patut dibuat?

Semasa aku mengajar di SEMESTA dahulu aku pernah bertanya murid-murid yang mengantuk dan tidur ini mengapa mereka jadi demikian.  Majoriti menjawab mereka terpaksa bangun pagi, pukul 3.00 atau 4.00 pagi untuk membasuh pakaian terutama murid perempuan. Aku kata kepada mereka, “kan asrama ada dobi?”  Mereka menjawab, “Takkanlah pakaian dalam (seluar dalam, coli dan sebagainya) hendak hantar dobi”. Yelah, logik juga. Aku cuba membawa hal ini dalam mesyuarat guru mencadangkan agar diberi satu petang bagi murid-murid ini berpluang membasuh pakaian dalam mereka. Ikut giliran, F1- petang Isnin, F2 – petang Selasa, F3 – petang Rabu dan F4 & F5 – petang Khamis. Tapi nampaknya sehingga aku bertukar dari SEMESTA perkara itu tidak mendapat perhatian.

Di sekolah harian aku juga bertanya kepada murid yang tidur ini, ada yang menjawab meraka tidur lewat. Aku dapati mereka tidur lewat atas berbagai aktiviti. Murid luar (yang tidak tinggal di asrama) mereka berkesempatan membuat berbagai aktiviti, terutama bagi meraka yang ibubapanya tidak ambil kesah terhadap perjalanan hidup mereka. Ibubapa yang tak mengawal anak dengan betul. Bagi yang tinggal di asrama mereka suka berborak walaupun selepas masa lampu dipadamkan.

Aku juga menggunakan cara lain untuk mengatasi masalah tidur dan mengantuk ini. Antaranya, aku menggunakan alat bantu mengajar dalam bentuk CD yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Hasilnya murid masih tidur juga. Masa bertahan untuk tidak mengantuk atau tidur adalah lebuh kurang 15 ke 20 minit sahaja.  Selepas itu akan ramailah yang tidur.  Ini merupakan tamparan hebat ke atas mereka yang mengatakan bahawa alat bantu mengajar berbentuk elektronik (menggunakan LCD, overhead projector dan komputer) akan meningkatkan minat murid untuk belajar. Wang berbilion ringgit dilaburkan atas dasar ini, tetapi hasilnya tidak kesampaian. Kementerian Pelajaran perlu mengkaji semula keutamaan penggunaan wang rakyat dengan melihat kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sesuatu perkara itu. Aku berani mengatakan bahawa mengajar cara lama lebih berkesan berbanding mengajar menggunakan perkakasan elektronik ini. Sebenarnya penggunaan alat elektronik ini adalah satu bentuk chalk and talk juga, hanya yang ditulis itu bukan menggunakan chalk, guna tulisan bentuk persembahan multimedia.

 Cara lain ialah dengan mengadakan kerja kumpulan, meminta mereka membentangkan hasil kerja mereka dihadapan kelas. Malangnya aku gagal juga dalam pengembangan potensi ini. Bukan masalah murid tidur lagi yang dihadapi tetapi masalah mereka tak boleh bercakap dikhalayak secara formal. Yang aku perolehi ialah “lagu sunyi sepi“. Kalau ada kawan-kawan yang mempunyai kaedah lain untuk mengatasi masalah murid tidur dalam kelas ini harap berikan komen bagi posting ini. Ingatlah murid kita menerima pengajaran melalui tiga ‘pintu‘ sahaja, iaitu mata, telinga dan sentuhan. Penghiduan dan rasa jarang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kita.  Dalam hal pembelajaran ini kita mesti ingat “when the eyes are closed, the ears also closed and the thouch also not functioning than how learning can take place?”. Atau agaknya benarlah satu penyelidikan yang mengatakan bahawa semakin besar jarak umur antara yang mengajar (guru) dengan yang diajar (murid) semakin sukar yang diajar menerima pembelajaran.  Mungkin kerana aku dah tua menjadikan keadaan begini, oleh itu eloklah aku bersara cepat. Insya Allah tahun depan (2009).  

Tetapi wajar diingat bahawa masalah tertidur dan mengantuk dalam kelas ini sedang merebak dikalangan murid-murid. Oleh itu semua pihak perlu memberi perhatian untuk mencari cara dan kaedah penyelesaiannya sebelum masalah ini menjadi parah. Kita minta angkatan guru-guru kaunseling bergabung tenaga memikirkan kaedah dan cara bagi mengatasi masalah ini untuk generasi akan datang. Kita juga mengharapkan guru-guru yang aktif dalam kajian tindakan membuat kajian sambil mengperkenalkan kaedah penyelesaian kepada masalah ini. 

Untuk dua isu lagi iaitu Tandas dan Berborak insya Allah dibuat diposting berikutnya. Sekian TQ.

Advertisements
4 Komen leave one →
  1. Saya permalink
    Julai 28, 2008 9:45 am

    Macam cikgu saya dulu ..sapa tidur tolong berdiri….ala berdiri dalam masa 45 minit bukan lama sangat..Berdiri ni maksudnya belajar sambil berdiri…mungkin boleh kot..

  2. ibnu hussin permalink
    Ogos 11, 2008 2:25 pm

    …mesti lihat pada punca masaalah dulu.. antaranya adalah TIDAK MINAT NAK BELAJAR.
    mereka yang minat mengantuk macam mana pun akan buka mata untuk lihat dan fahami..contohnya cerita, filem, bola sepak, cerita2 kawan, dan sebagainya,
    …antara faktor tidak minat adlah merasa beban belajar…bagi mereka belajar adalah susah…dan boleh membuat mereka tension.
    ….pendekatan harus diberi antaranya mulakan dengan soalan2 yang senang..yang mudah dijawab ‘common sense’. ini adalah bertujuan minimbulkan keyakinan diri terhadap pelajar tersebut, terhadap sesuatu topik. kita kena kenalpasti pelajar yang ketinggalan bab2 yang lepas…

  3. adam sufee permalink
    November 5, 2009 8:10 pm

    isu pelajar tidur dalam kelas sememangnya sangat merungsingkan guru-guru.sampai sekarang masih mencari-cari kaedah yang berkesan kepada permasalahan ini.

    Perkara ini hanya disedari oleh para guru yang masuk mengajar dan guru yang prihatin untuk melihat muridnya berjaya. Kadangkala pengurus sekolah yang sibuk tidak sedar akan kewujudan perkara ini. Saya rasa ia boleh dibudayakan dalam sesuatu persekitaran. Katakan pengetua membuat peraturan khas tentang murid tertidur ini dan penguatkusaan serta pendidikan dilaksanakan bagi mentasi masalah ini, lambat laun sesebuah sekolah dapat mengatasinya. Perkara yang penting ialah kesedaran, perancangan, operasi dan penguatkusaan.. Selamat berusaha…

  4. arif wajdi permalink
    November 14, 2009 10:14 pm

    kadang-kadang faktor penyebab dan cara mengatasi telah dilaksanakan. tetapi ianya masih belum dapat membasmi masalah ini secara totally.tahun hadapan akan terjadi lagi.lebih2 bdk asrama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: