Kuasa Beli
Semalam aku ke bandar mencari keperluan dapur dan pagi tadi aku ke bandar sekali lagi untuk menghantar anak ke stesyen bas untuk kembali ke Universiti di Selatan Tanah Air. Biasanya kalau petang Jumaat dan pagi Sabtu memang bandar kecil ini akan sesak dengan kereta. Aku agak terperanjat apabila mendapati tak banyak kereta di banadar kecil ini.
Mengapa tak ramai orang ke pekan minggu petang Jumaat dan pagi Sabtu ni? Jawapannya mudah sahaja. Gaji belum keluar lagi, agaknya hari Isnin baru gaji keluar. Ini juga sebagai indikator bahawa kuasa beli rakyat di kawasan ini adalah rendah. Ini juga membayangkan bahawa ekonomi disini tidak memberangsangkan. Kan harga minyak sudah turun 15 sen? Oooo itu satu manipulasi BN untuk menghadapi PR di Permatang Pauh. Naik dulu 78 sen turun 15 sen, rakyat Malaysia masih lagi berduka. Turun harga minyak 15 sen tidak akan memberangsangkan perkembangan ekonomi rakyat Malaysia. Ini sekadar nak lepaskan batuk ditangga sahaja. Sedangkan harga minyak global dah turun dari $148.00 ke $115.00 dolar Amerika. Sudah turun $0.33. 33 sen ikut dolar Amerika. Mengapa tak turun 33 sen ikut ringgit Malaysia yang memang lebih tiga kali lebih rendah berbanding dolar Amerika. Tak ikhlas sahaja nampaknya. Sekadar nak tunjuk-tunjuk.
Apakah penurunan 15 sen itu akan menyebabkan harga barangan dan tambang kereta akan turun. Itu kita kena lihat beberapa hari lagi. Mungkin selepas 26 Ogos 2008 harga minyak naik semula. Itu satu kemungkinan!!
Cuti sekolah dah nak tamat. Lusa sekolah dibuka semula, Bahagian akhir untuk sessi 2008. Sudah tentu agenda utama bahagian ini ialah peperiksaan. Kepada semua guru, terutama yang mengajar dikelas peperiksaan bersedialah anda semua. Pertama, kena sembelih oleh Pengetua / Guru Besar semasa post mortem peperiksaan percubaan. Kedua, kena leter apabila keputusan turun, yang meleter tu bukan pengetua sahaja, sudah pasti penolong kanan kurikulum tumpang sekaki. Lebih parah lagi datang mamat-mamat dari PPD dan JPN yang nak tunjuk hero pada guru-guru kononnya mewakili Pengarah. Mamat-mamat atau minah-minah dari PPD dan JPN tu kalau diselidik balik masa mereka mengajar dulu kebanyakannya (bukan semua) punya prestasi mengajar lebih teruk dari kita di sekolah. Satu teori yang ramai bersetuju ialah, mereka yang membodek agar dapat kerja dekat JPN dan PPD itu selalunya yang banyak malas dekat sekolah dahulu. Ini dari pemerhatian aku. kalau dia rajin mengajar pasti dia akan stay di sekolah sebagai guru. Cukup dulu TQ.
Salam.
“Mamat-mamat atau minah-minah dari PPD dan JPN tu kalau diselidik balik masa mereka mengajar dulu kebanyakannya (bukan semua) punya prestasi mengajar lebih teruk dari kita di sekolah”
“kalau dia rajin mengajar pasti dia akan stay di sekolah sebagai guru”… Mungkin jugak ye?
Bulan Mac yang lepas sekolah saya di datangi 3 orang Nazir yang dihantar oleh Putrajaya. Saya pun kena cerap, Alhamdulillah… Takde le banyak komen cuma ada ke patut mereka bandingkan pelajar sekolah saya yang “terkebelakang dari semua segi” ini dengan sekolah Al-Masyhoor yang sememang pelajarnya adalah terpilih… Ish! Ish! Sedih betul.
Turun minyak 15sen. apelah sangat bnyk tu. Tapi minyak merah 22sen plak turunye. takkan la nak pki minyak merah kat kete2 yang mahal. lama2 rosak enjin kete. stakat nak bubuh minyak merah kat mesin rumput atau mesin chainsaw boleh la…hehehe