Ramadhan 2
Kali aku salin Hadith Qudsi yang berkaitan dengan puasa (Shaum):
Rasulullah SAW dalam meriwayatkan Hadith Qudsi menyatakan bahawa Allah SWT berfirman (maksudnya): Semua amal perbuatan Bani Adam (manusia) menyangkut diri pribadinya, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk Ku (Allah), dan kerana itu Akulah yang langsung membalasnya. Puasa itu ibarat perisai. Pada hari melaksanakan puasa, janganlah yang berpuasa mengucapkan kata-kata kotor, tidak sopan dan tidak enak didengar, dan jangan pula ribut hingar-bingar bertengkar. Jika di antara kalian memakinya atau ajak berkelahi, hendaklah katakan kepadanya : “Saya sedang berpuasa”.
Selanjutnya Nabi SAW bersabda: “Demi Allah yang diri Muhammad di dalam kekuasaanNya, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah SWT dari bau kasturi.” Dan bagi orang yang berpuasa tersedia dua kegembiraan, gembira ketika berbuka puasa kerana berbukanya dan gembira ketika kelak di akhirat menemui Rabnya kerana menerima pahala puasanya. (Hadith Qudsi Riwayat Syaikhani, Nasa’i dan Ibn Hibban yang bersumber dari Abu Hurairah.)
Selepas ini dibentangkan syarah kepada ini berdasarkan buku Hadith Qudsi (firman Allah yang tidak dicantumkan dalam Al Quraan). Insya Allah dalam entri yang berikutnya, TQ