Skip to content

Ramadhan 3

September 3, 2008

Entri ini adalah merupakan syarah kepada Hadith Qudsi yang tertera di Ramadhan 2.

Semua amal ibadat dan perbuatan taat mempunyai pahala dan ganjaran tertentu dan terbatas, yang akan diterima oleh orang itu sesuai dangan amalnya. Adapun puasa yang dilakukan dengan ikhlas menurut tuntutan syara’, pahalanya yang besar langsung dari kurnia dan Rahmat Nya yang Maha Pemurah lagi Penyayang. Puasa ibarat perisai, dinding dan benteng, kerana dapat melindungi pelaksananya dari kelemahan rohani dan jasmani. Puasa menjadi sumber penumbuh kekuatan cita-cita, kehendak dan kemauan. Puasa sebagai sumber yang memancarkan kekuatan beragama dan penambah kekuatan sinar di dalam batin. Selain dari itu puasa menjadi sumber pokok kekuatan dan kesihatan jasmaniah serta menambah lemah lembut dan kehalusan budi pekerti dan akhlak.

Manfaat puasa telah diakui oleh ahli-ahli kesihatan apabila puasa itu dilakukan menurut ketentuannya dengan ikhlas. Hadis Qudsi tersebut memberikan petunjuk dan bimbingan kepada orang yang berpuasa untuk melaksanakan adab dan tatacara berpuasa yang ikhlas dan bernilai tinggi:

1. Memelihara lidah dan anggota badan yang lain dari perbuatan dan tindakan yang tidak patut dilakukan oleh orang yang sering beribadah seperti; Mengucapkan kata-kata kotor, mencela, memaki, memfitnah dan lain sebagainya.

2. Menjaga diri jangan sampai terlibat dalam satu pertengkaran apalagi perkelahian. Apabila tanpa sengaja hampir terlibat dalam perkelahian, hendaknya ia segera ingat dan mengingatkan orang lain dengan baik, bahawa dirinya sedang berpuasa. Puasa yang baik memerlukan adab sopan santun dan tatakarma serta khusyu’ atau tawadlu’, ketenangan serta ketenteraman batin.

3.  Hendaknya yang berpuasa menjaga diri dengan sepenuh daya dan upaya agar puasanya benar-benar bukan hanya menahan lapar dan dahaga, tapi justru puasa dalam erti menahan diri dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah SWT dan tidak diredai Nya.

4.  Kedudukan orang yang berpuasa itu tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Mulut orang yang berpuasa akibat perut kosong dan mulut sering tertutup kerana kurang bicara ketika berpuasa mempunyai kedudukan yang khusus di sisi Allah SWT. Kelak di yaumil akhir baunya lebih wangi dari kasturi.  Tidak semua yang tidak disenangi manusia tidak berfaedah. Kadang-kadang sesuatu yang kita anggap enteng dan remeh, namun di sisi Allah SWT agung dan utama.

5.  Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, kegembiraan di dunia dan kegembiraan di akhirat. Kegembiraan di dunia terjadi ketika berbuka puasa dan ketika selesai ibadah puasa Ramadhan dengan menyambut ‘Idul Fitri. Pada saat itu ia merasa gembira kerana Allah SWT telah memberinya taufik untuk dapat menunaikan ibadat suci dengan menyelesaikan ibadah puasa itu dengan sempurna dan kerana telah lulus cubaan dan ujian hawa nafsu, terutama pada siang hari.

Kegembiraan di akhirat ialah ketika bertemu dengan Allah SWT, ketika ia mengetahui bahawa ketaatannya dan ibadahnya diterima dan ketika menerima balasan dan pahala yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.

Demikaian kesimpulan Hadith Qudsi di atas. Wallahu a’lam bisshawab. Sekian posting ini, TQ

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: