Skip to content

Ramadhan 4

September 4, 2008

Kali ini aku nak bicara tentang perlakuan insan dibulan Ramadhan dari pemerhatian aku sendiri. Perkara pertama ialah tentang amalan solat tarawikh di Masjid Kampung aku. Setiap malam perkara ini pasti berlaku. Sewaktu solat isyak memang jemaah ramai. Diikuti dengan ketika lapan rakaat pertama solat tarawikh, jemaah masih ramai. Sebaik sahaja doa selesai dibaca setelah rakaat ke lapan maka ramailah yang bergegas keluar masjid dengan diiringi dengan bunyai motosikal bergerak dari masjid. Syukurlah mereka datang juga berjemaah solat isyak dan mereka buat juga solat tarawikh. Tetapi rugi rasanya kerana mereka tidak ambil kesempatan untuk membanyakkan amalan bersolat tarawikh. 

Mengapa jadi begini. Ada beberapa sebab, antaranya ialah ramai dikalangan para jemaah ini tidak sedar pentingnya solat tarawikh ini. Solat tarawikh ini hanya dikhususkan dibulan Ramadhan sahaja. Kedua, mungkin mereka merasakan bahawa umur mereka masih muda. Mereka tidak tahu bahawa Allah SWT kagum terhadap anak muda yang akhlaknya baik semenjak dari mereka muda lagi. Ketiga, mereka ini tidak mementingkan urusan masa dalam hidup mereka, sebabnya selepas mereka keluar dari masjid mereka pergi melepak dipondok bas ditepi jalan raya dengan berborak-borak kosong (ini kerja lagha’ atau kerja yang sia-sia belaka.  Jalan keluarnya ialah mereka yang meninggalkan masjid awal ini perlu diberikan kesedaran tentang pentingnya amalan solat tarawikh ini.  Ini adalah kerja AJK Masjid.  AJK Masjid perlu buat program memberikan kesedaran ini.

Dikesempatan ini suka juga saya terangkan sedikit kelebihan bulan Ramadhan dan amalan puasa berkait dengan kejayaan dalam pembelajaran.  Dalam posting aku yang lalu ada disebutkan bahawa doa orang yang berpuasa akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Allah SWT memakbulkan doa tak kira waktu siang atau malam.  Oleh itu kita berharap bahawa anak-anak yang sedang belajar terutama yang akan menghadapi peperiksaan atau penilaian hendaklah membanyakkan doa kepada Allah SWT agar doa kita dimakbulkan, hati kita dilembutkan, kita dimudahkan mengingat pelajaran.  Selain daripada perkara di atas kita juga memohon kepada Allah SWT menjadikan kita orang yang boleh memberi tumpuan (fokus) semasa membuat ulang kaji, kita cepat ingat dan faham apa yang kita pelajari serta kita mempunyai masa yang cukup untuk membetulkan kelmahan-kelemahan yang ada. Semoga anak-anak pelajar sekelian dapat menggunakan keberkatan Ramadhan ini untuk menyediakan diri bagi membuat persediaan menghadapi ujian dan peperiksaan. 

Sekian untuk posting kali ini. TQ

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: