Skip to content

Ramadhan 5

September 6, 2008

Hari ini adalah hari ke enam kita berpuasa. Alhamdulillah setakat ini aku dan ahli keluarga belum lagi pergi ke pasar Ramadhan. Ini kerana isteri aku masih rajin memasak, masih ada idea apa yang hendak dimasak. Lagi pun isteriku ini memang rajin memasak. Itulah jihad baginya. 

Memanglah persoalan pertama yang difikir masa puasa ni ialah makan. Ini berlaku kerana apabila buka TV aje iklan-iklan makanan dan program tentang makan ditayang. Secara tak langsung budaya berpuasa di negara kita ini dipengaruhi oleh program makan. Itu belum masuk program raya. Orang lain raya sehari atau dua hari sahaja kita di Malaysia akan berprogram raya sepanjang Syawal, sebulan puasa, raya pun sebulan juga.  Memang hebat orang Malaysia kalau tentang hal-hal perayaan ini. Tak banyak program yang nak bincang bagaimana seorang muslim melaksanakan puasanya dan juga nak laksanakan rayanya yang betul ikut ajaran syariat Islam.

Sepatutnya program TV dan media perlu beri bantuan agar rakyat Malaysia boleh melaksanakan amalan puasa dengan betul. Umpamanya kita sebarkan maklumat bagaimana sepatutnya kita berpuasa mengikut ajaran Islam. Mungkin selepas bersahur kita diingatkan supaya membaca Al Quraan sebelum ke masjid untuk bersolat jemaah subuh. Seusai solat subuh berjemaah, adakan tahlil dan diiringi dengan tazkirah pendek 10 ke 15 minit.

Selepas itu bertebaranlah dimuka bumi ini mencari rezeki yang halal.  Kalau ada peluang berjemaahlah waktu solat zuhur.  Kalau tempat kerja itu pejabat, ketua pejabat itu kalau boleh jadi imam. Kalau di sekolah kenalah pengetua atau penolong kanan jadi imam waktu solat zuhur itu. Buatlah tazkirah pendek selepas solat jemaah itu. Waktu asar usahakanlah juga berjemaah di masjid atau di surau. Bolehlah membaca Al Quraan selepas solat asar sementara menunggu waktu maghrib. Pada waktu ini ada baiknya menonton TV. Kalau TV 1 ada program Syahadah. Ada program tijarah. Di TV3 ada Jejak Rasul 14, Rihlah Ibn Batutah dan program Salam (Khamis), baguslah program ini. Sudah mestinya selepas maghrib ketika perut kenyang kita perlu sedikit rehat sementara menantikan waktu isyak dan solat tarawikh.

Di masjid kampung aku masa tarawikh ni yang agak pelik sedikit. Kalau awal solat itu (8 rakaat) ramai yang datang, saf penuh. Tetapi selepas itu ahli jemaah akan merosot. Kalau mula ada enam ke tujuh saf pada awalnya akan tinggallah dua saf selepas itu. Persoalannya ialah mengapa jadi begini.  Nampak sangatlah manusia ni tak mahu mendapat pahala lebih. Sewajarnya setiap muslim diberikan kefahaman bahawa bulan Ramadhan ini merupakan bulan dimana kita berusaha mengumpulkan pahala sebanyak mungkin, tetapi nampaknya orang Islam kampung aku ini berpada aje dengan yang sedikit.

Aku tak banyak isu yang hendak dikongsikan kerana aku kurang berinteraksi dengan orang ramai apatah lagi bulan puasa ni. Di masjid kita tak sempat nak berborak sebab kita sampai orang hendak adzan dan seterus kita solat sunat dan di akhirnya selepas solat witr dan tahlil serta doa, kita bergegas nak balik. Oleh itu tak sempat nak borak-borak.  Bagus juga situasi ini, banyak borak banyaklah mengata, mengumpat dan lain-lain.     

Dibulan Ramadhan ini kita juga sepatutnya membanyak sedekah. Bersedekah untuk orang berbuka, bersedekah untuk fakir miskin untuk buat persediaan berhari raya. Bersedekah untuk anak-anak yatim dan juga anak-anak yang sedang belajar. Kalau nak bersedekah mestilah ada benda yang hendak disedekahkan. Sudah tentu kita sebagai muslim kena menjadi orang yang berada.  Orang yang berada, yang kaya tetapi tidak kedekut. Tapi kalau tak ada orang miskin atau orang fakir itu sebagai petunjuk (indikator) bahawa negara kita ni negara kaya.  Tetapi realitinya masih ramai rakyat negara kita yang miskin dan ada juga yang papa. Lihatlah program TV3 (bersamamu).  Rupanya masih ada rakyat Malaysia yang hidupnya susah.  Masih ada ruang bagi orang yang berada, berduit serta berwang untuk membantu terutama di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Bulan bagi muslim untuk menggandakan pahala sebagai bekalan di yaumil mahsyar nanti.  Sekian untuk entri ini, TQ.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: