Ramadhan 9
Posting kali ini aku hendak menulis tentang etika berpuasa. Bahan ini aku ambil dari buku Bersama Rasulullah di bulan Ramadhan. Kita maklum setiap ibadah itu ada etikanya dan etika inilah merupakan rahsia diterimanya ibadah tersebut oleh Allah. Sebagai contoh; Etika tauhid ialah, ikhlas dan cocoknya suara hati dengan ucapan mulut. Etika solat ialah, khusyu’ dan tawadu’. Etika zakat ialah, rendah hati dan tidak mengungkit-ungkit pemberian, juga tidak menyakiti orang lain. Etika haji ialah tidak berbuat main-main, tidak berbuat kefasikan dan tidak boleh berbantah-bantah.
Bagaimana pula etika puasa? Etika puasa ada dua. Pertama ialah berlaku dermawan dan ringan tangan dalam menolong orang lain. Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) Barang siapa yang memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia beroleh pahala seperti orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikit pun.
Kedua ialah sikap pemaaf dan penuh tolerensi. Baginda sangat suka kepada sifat tersebut. Kerana itulah Baginda pernah bersabda (bermaksud) Seseorang yang mahu memaafkan kezaliman saudaranya, maka kerananya Allah akan mengangkatnya satu darjat.
Begitu pula firman Allah SWT dalam surrah Ali Imran, ayat 134, bermaksud …. dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain, Allah akan menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Sekiranya orang yang sedang berpuasa Ramadhan mahu konsisten mengamalkan semua itu, nescaya etika tersebut akan mendarah daging, menjadi perangai yang biasa dilakukan setelah selesai menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan.
Sekian, TQ