Skip to content

Ramadhan 10

September 17, 2008

Hari ini kita memasuki hari ke 17 puasa. Nampaknya posting aku tertinggal 7 hari. Kira-kira aku tak boleh capai target 75 % posting sepanjang Ramadhan. Itulah kelemahan aku. Kadang-kadang idea datang tapi tak sempat nak tulis. Kadang-kadang duduk depan komputer nak tulis idea pulak tak datang. Lemah sungguh aku ini sebagai manusia.  Semoga Allah memberikan kekuatan kepada aku untuk menulis.

Dua malam berturut-turut Jemaah Tabligh duduk memakmurkan Masjid Kg Relong dan malam ini nanti malam ketiga. Mereka datang beramai-ramai dari Seri Petaling dan Jerantut. Mereka bawa bersama anak muda yang hafaz Quraan. Oleh itu dapatlah berkesempatan anak kariah Masjid Relong berimamkan orang hafiz Quraan. Pagi tadi selepas solat fardhu Subuh salah seorang Ustaz yang bersama rombongan Jemaah Tabligh itu menyampaikan kuliah subuh. Aku memang tertarik cara ustaz ini mengupas tajuk Nuzul Quraan dari segi isi dan cara penyampaiannya.

Setelah lebih tiga puluh tahun aku mengenali Jemaah Tabligh, aku dapati bahawa Jemaah Tabligh di Malaysia ini telah banyak berubah dari segi penyampaian dakwahnya. Semasa mula-mula berkenalan dengan Jemaah Tabligh tahun-tahun 70’an dulu aku dapati mereka lebih banyak membawa sifat-sifat ke Indiaan. Bercakap ala orang India, baca buku-buku dari India, ada program keluar mereka pergi India, pakaian ala India, seolah-olah kiblat mereka adalah di India. Malah aku masih ingat lagi bila mereka beri salam pun ala India. Perlu dingat bahawa mereka ahli Jemaah Tabligh itu adalah orang Melayu. Lidah Melayu dah hilag yang timbul ialah lidah India.

Sememangnya tidak dinafikan bahawa Jemaah Tabligh ini berasal usul dari India tetapi mengapa apabila menyebut  kalimah-kalimah Arab dari Quraan mesti ikut cara India. Lidah orang Melayu adalah sangat flexible. Oleh itu kalau perkataan itu asalnya perkataan India tak mengapalah disebut ikut kaedah sebutan Hindi atau Tamil tetapi kalau perkataan itu adalah dari Quraan atau Hadith hendaklah disebut mengikut mahraj Arab yang betul. Itu cerita Jemaah Tabligh tahun 70’an dan 80’an dahulu.

Sebenarnya Jemaah Tabligh ini sangat banyak memberikan kesedaran kepada masyarakat Islam di Malaysia. Malah ada bidang yang tidak diceburi oleh Jemaah-jemaah dakwah yang lain tetapi dapat digembeling oleh Jemaah Tabligh. Menjemput manusia Islam ke Masjid dengan berjalan dari rumah ke rumah hanya boleh dibuat oleh Jemaah tabligh. Jemaah lain tak sanggup. Bab ini aku memang tabik kepada anggota Jemaah Tabligh.

Dahulu kalau ahli Jemaah tabligh ini bercakap di surau atau masjid mereka hanya merujuk kitab fazilat sahaja. Kitab itu diulang tutur dari masa ke semasa. Malah ada dikalangan anggota Jemaah Tabligh tidak membenarkan ahli-ahlinya merujuk kepada kitab yang lain. Mungkin itu kelemahan mereka yang berada di Malaysia ketika itu.

Setelah bergaul dengan mereka ini, masa kini aku dapati kaedaan yang aku cerita di atas sudah berubah. Ahli-ahli Jemaah Tabligh sudah membuat anjakan paradigma dari segi sumber bahan rujukan mereka. Kini mereka sudah berbincang akademik sesuatu isu. Bacaan mereka sudah melampaui fazilat-fazilat amal sahaja. Mereka kini sudah ada centre of learning sendiri. Membincangkan hadith secara bersanad. Malah mereka merupakan kumpulan pertama di Malaysia membuat pengajian hadith secara bersanad ini.  Kini sudah kurang bentuk-bentuk keIndiaan pada mereka.  Kepergian mereka dari masjid ke masjid adalah merupakan latihan untuk hidup dalam environment yang mukmin. Masjid merupakan tempat manusia menjadi tetamu Allah. Disamping hidup dalam bi’ah hasanah atau environment yang baik mereka juga menghidupkan suasana peningkatan ilmu. Maka dalam kepergian mereka (keluar kejalan Allah) itu tercerna tiga perkara yang penting iaitu melakukan dakwah, peningkatan ilmu dan pensucian nafs. Ketiga-tiga perkara ini merupakan kerja yang dibuat oleh Rasulullah SAW dalam misinya sebagi nabi dan rasul. Tahniah diucapkan kepada Jemaah Tabligh. Semoga usaha mereka mendapat keredhaan Allah SWT dan dapat mencelikkan mata manusia untuk tertarik kepada Islam dan amalan Islam. Sekian TQ.

One Comment leave one →
  1. sampah hina permalink
    April 20, 2009 10:50 pm

    amin… bersatulah kita tanpa mengira bangsa demi islam tercinta..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: