Skip to content

Ramadhan 13

September 23, 2008

Hari ini adalah hari ke 23 kita puasa. Aku masih lagi memikirkan tentang persiapan untuk anak-anak murid yang bakal menghadapi SPM tahun ini. Tarikh peperiksaan mata pelajaran yang aku ajar iaitu Sains SPM adalah pada 17 November 2008 (dua-dua kertas pada hari yang sama). Masa ini anak-anak murid aku masih menghadapi peperiksaan percubaan. Aku berhajat untuk membincangkan beberapa perkara yang aku rasa akan ditanya dalam peperiksaan itu nanti. Begitulah setiap tahun sejak tahun 1977 dahulu aku berusaha menyediakan anak-anak murid aku untuk menghadapi peperiksaan SPM dan PMR/SRP. Tahun ini adalah tahun terakhir aku berkesempatan membantu mereka ketika anak-anak murid bersedia untuk mengambil peperiksaan. Sebab tahun depan 2009 aku akan bersara wajib pada bulan Julai.

Pada pandangan aku usaha aku setiap tahun adalah hampir sama. Cuma pengalaman aku membezakan antara usaha aku sebelum tahun 1989 dengan usaha aku selepas tahun itu. Malah tahun-tahun 90’an usaha aku lebih sistematik kerana pengalaman aku dengan Lembaga Peperiksaan, Pusat Perkembangan Kurikulum, EPRD dan juga Bahagian Buku Teks. Sudah pastilah bila aku terlibat dengan bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran ini pengetahuan dan kemahiran aku lebih banyak dan lebih boleh diguna pakai bagi membantu anak-anak murid menghadapi SPM dan PMR. Jabatan Pelajaran Negeri banyak mengguna pakai kebolehan aku untuk manfaat semua. Sedihnya kadang-kadang daerah sendiri (Lepeh) tak nampak kelebihan aku. Oleh itu tumpuan aku banyak di bilik darjah, mengajar dan mentaksir anak murid aku. Setiap tahun anak murid yang berbeza aku didik. Setiap kohot ada kelebihan dan ada kekurangannya. Itulah yang menyebabkan keputusan peperiksaan akan flactuate (naik turun) antara tahun. Masalah inilah yang tidak difahami oleh ramai pentadbir sekolah. Bila keputusan turun mereka kata guru tak buat kerja. Bila keputusan meningkat mereka diam, pana, tiada komen dan tiada puji dan sanjung. Itulah hakikat guru dari penilian guru yang sudah berpangkat sedikit tinggi. Tak sedar diri.

Meninggalkan perbincangan ini untuk sementara waktu, aku ingin berpindah kepada bicara Ramadhan. Sepatutnya di sepuluh akhir Ramadhan manusia muslim akan lebih ramai mendatangi masjid. Tetapi realitinya muslim lebih menumpukan kepada perkara lain. Ramadhan menawarkan kehebatan dan kelebihan bagi mereka yang ingin bekalan untuk akhirat. Nampaknya manusia muslim tidak mahu menerima tawaran hebat dari Allah SWT. Maka terjadilah masjid semakin merosot kedatangan jemaahnya. Solat tarawikh menjadi tidak semeriah seperti di awal Ramadhan. Apa agak penyebabnya?

Penyebab utama ialah kurang kefahaman dan penghayatan terhadap Ramadhan. Tak ramai anak kariah yang faham maksud tawaran Allah SWT dibulan Ramadhan. Ini berpunca dari kurang mempunyai ilmu baik dari Quraan dan Hadith tentang Ramadhan dan kelebihannya. Oleh itu perlu ada usaha yang bersungguh untuk memberikan kefahaman tentang Ramadhan ini kepada semua anak kariah. Bila ada kefahaman diharapkan dengan taufik dan hidayah Allah SWT mereka akan menghayati kehadiran Ramadhan untuk keuntungan anak-anak kariah itu sendiri. Kajian tentang sikap anak kariah perlu dibuat. Analisis kajian wajar dibuat untuk menyusun plan tindakan bagi memakmurkan masjid dibulan Ramadhan. Bukan sekat memberi makan secara kenduri kendara sahaja (walau pun perkara ini memang digalakkan). Pemberian makanan rohani perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh. Semoga dengan sedikit usaha itu Allah akan membantu dengan melembutkan hati-hati anak kariah yang tak mudah faham dan semoga Allah SWT mematikan rasa malas dihati semua anak kariah. Agaknya inilah antara bidang yang akan aku buat dan tumpukan selepas aku bersara nanti. Semoga harapan ini dapat menjadi realiti.

Tarikan lain adalah program-program TV yang semakin hampir dengan Syawal semakin menjadi-jadi. Hendonisma memang meraja lela dikalangan masyarakat kita. Kita takut satu hari nanti hendonisma ini menjadi satu anutan baru mungkin cara hidup yang baru dikalangan insan muslim. Bibit-bibit ke arah itu sudah kelihatan. Tanda awalnya ialah ramai anak-anak muda kita gila glamour. Ramai nak jadi artis, ramai nak jadi penyayi. Apatah lagi TV amat mempromosikan kehebatan berseronok yang berlebihan ini. Mungkin hendonisma ini akan menjadi akidah baru!!!

Disini nampaknya ada satu masalah. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Penyelesaian Masalah adalah merupakan satu lagi strategi berfikir yang aku ajar dalam mata pelajaran aku. Insya Allah tajuk ini akan aku bincang diposting akan datang. TQ

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: